29 Apr 2011

Senjata Makan Tuan....



Dahulu bila bercerita pasal kebejatan dan kemungkaran yang kononnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umo/BN, pembangkang seolah-olah lupa bahawa sememangnya manusia tidak sunyi daripada membuat kesilapan.......Mereka sendiri juga seolah-olah terlupa bahawa Islam menuntut kita supaya "menyembunyikan" aib saudara kita...

Maka dalam ceramah-ceramah politik...Pemimpin-pemimpin Umno/BN dituduh sebagai mengamalkan rasuah, penipu, makan harta rakyaat, kaki betina, kaki minum arak, makan hasil judi dan banyak lagi.... Menuduh mereka yang kebanyakkannya tanpa disertakan dengan bukti...Sedangkan dalam dalam islam menuduh tanpa bukti adalah fitnah!!!

Untuk menguatkan hujah mereka maka selepas itu dikeluarkan pula fatwa, yang kononnya "menelanjangkan" pemimpin Umno/BN dibolehkan oleh Islam!!! Dalilnya kerana kononnya mereka adalah pemimpin-pemimpin yang zalim dan wajib bagi mereka menyedarkan rakyaat...

Hakikatnya... Itu semua adalah untuk mengaburi mata rakyaat dalam usaha untuk menempatkan diri mereka sebagai pemimpin untuk menggantikan Umno/BN sebagai pemerintah negara!!!

Sekarang apa sudah jadi??? Senjata dah makan tuan!!! Samada klip video lucah yang dikaitkan dengan Anwar itu benar atau sebaliknya, ianya dilihat tidak penting kerana pelaku dalam klip video berkenaan dilihat sememangnya seiras dengan beliau. Dan bagi kebanyakkan rakyaat ianya merupakan bukti bahawa selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan hanya ibarat,"ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Cakap tak serupa bikin....

Pastinya tanggung-jawab sekarang telah terletak di bahu Anwar untuk membuktikan bahwa beliau tidak bersalah. Tetapi jika penafian hanya dilakukan dengan kata-kata dan permainan sebegini dahulunya dipelopori oleh Anwar sendiri, bagaimana rakyaat mahu bersimpati dengan beliau. Yang jelas, senjata dah makan tuan???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.