28 Apr 2011

Beli dan Baca Utusan Malaysia Haram??? - Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Hari ini, Dr Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya.



Komen Isac;
 
Apa yang Dr Haron cakap sebenarnya lebih mirip kepada Harakah dan Suara Keadilan...
 
Lihat sahaja macam mana Suara Keadilan "spin" kenyataan Datuk Dr Haron Din Al Hafiz...
 
Nasihat penulis kepada Datuk Dr Haron Din Al Hafiz, tinggalkan ajelah Pakatan "Haram" tu demi agama, bangsa dan negara.....Dengan "title" al-hafiz pastinya kaitan beliau dengan pakatan yang dilihat kurang manis.... 


2 comments:

  1. JAWAPAN NYA SENANG SAJA..SESIAPA YG BACA SUARA KEADILAN DAN HARAKAH..HUKUMNYA HARAMMM SBB AKHBAR NI YANG BANYAK MEMBUAT FITNAH...

    ReplyDelete
  2. setahu aku akhbar utusan banyak iklan no ekor..HARAM TAU X UMNO ???!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.