bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

28 Feb 2011

Bekas Menteri BN Didakwa Isu PKFZ???


BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed. Feb 28, 2011 4:38 pm
ISAC at 17:28 1 comment:
Share

27 Feb 2011

Demo Hindraf Bertujuan Untuk Menyelamatkan "Lelaki Y" ???

Adakah Hindraf merupakan "senjata sulit" PKR terutamanya DSAI untuk mengelakkan diri daripada perhatian terhadap kes Liwat II???

Jika Pakatan Rakyaat sering melebelkan peneroka Felda sebagai "hamba" kerajaan BN, yang jelas kini para peneroka boleh menghela nafas lega kerana kehidupan mereka jelas semakin terbela dan selesa hasil usaha kerajaan BN.

Bagaimana pula keadaan Hindraf, "hamba" kepada PKR terutamanya DSAI? Yang jelas kedudukan kaum India di dalam PKR sendiripun dilihat hanyalah pada tahap "Paria"....

Sewajarnya Hindraf perlu memperjuangkan dahulu hak mereka di dalam PKR sebelum pergi lebih jauh...
ISAC at 16:03 2 comments:
Share

26 Feb 2011

Laporan Perjalanan Penamaan Calon P'raya Kecil Merlimau & Kerdau.

http://malaysiakini.com/news/157082
Feb 26, 11 8:48am

9am Kerdau: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad tiba di pusat penamaan calon ditemani timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin BN dan juga sekumpulan penyokong parti.

9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

7.30am KERDAU: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.
ISAC at 09:32 No comments:
Share

25 Feb 2011

PRK Kerdau - Gendang Fitnah Sedang Dipalu???


Isu Ijazah calon BN Kerdau tipu, ini komen MB Pahang…
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_57a7065b-7f000010-12507f40-986827ab
 
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.


"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.
ISAC at 16:30 No comments:
Share

"Cina Islam" Calon Popular Pas Untuk PRU 13???


Nampaknya pemimpin-pemimpin Pakatan sedang sibuk memainkan pelbagai isu agar dapat menonjolkan diri masing-masing, berpeluang untuk menjadi calon dan mempertahankan kedudukan YB dalam PRU ke 13 nanti... Ya lah...menghadapi PRU 12 tanpa berangan-angan untuk menjadi YB,  kini akan bertanding PRU 13 dengan bercita-cita untuk menjadi Menteri.

Apa pun niatnya nasihat penulis "nawaitu" kena betul!!! Cakap banyak-banyak nanti orang sebelah sana marah pulak.... Yelah orang yang kononnya memperjuangkan Islam, semuanya betul... Umno sahaja yang semuanya tak betul... Dia orang caci-maki serta fitnah dan tohmah tak apa....

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang maha mengetahui akan sesuatu perkara....
ISAC at 12:00 No comments:
Share

24 Feb 2011

Ismail Sabri - Kerajaan Kekalkan Harga RON95 danDiesel. Boleh Percaya Ke?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-kekalkan-harga-ron95-dan-diesel-kata-ismail-sabri/
KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
ISAC at 22:00 No comments:
Share

Foto Najib & Erdogan - Anwar di Mana???


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, selepas sidang media bersama di Ankara, hari ini. - Foto Reuters. Feb 23, 2011 3:27 pm


Komen Isac;

Bukan apa... Ke mana lah agaknya Anwar nak menyorok kali ini ya? Kalau dahulu beliau pernah menyorok di kediaman Duta Turki apabila kes Liwat II "meletup".
ISAC at 18:55 No comments:
Share

Liwat II - Gempar!!! Yang "Meliwat" Saiful Sebenarnya Mesin Penganalisa DNA???

Kes liwat Anwar: Mesin di Jabatan Kimia berfungsi baik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
24/02/2011 10:47am

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang pengurus perkhidmatan dan projek memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.

Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga memberitahu, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut. – Utusan
Komen Isac;
Siapa yang empunya profil DNA "Lelaki Y" yang diperolehi daripada dalam dubur Saiful masih belum dinyatakan di mahkamah.....
Terbaru kejituan/ralat mesin penganalisa DNA pula yang sedang dipertikaikan...
Agak-agak... Kalau kalau lain kali bila kita disaman kerana memandu laju, boleh ke "sound" kat polis trafik tu... "Ni saman-saman ni alat perakam had laju ni berapa peratus ralat dia? Bila kali terakhir di "calibrate"? Mana sijil "calibration" dia? Beli kat mana? Bla...bla... Nak mencari salah ke atau nak cari keadilan?
Tanya lah... Nak tanya apa pun... Tapi kami nak jugak tahu siapa yang empunya profil DNA "Lelaki Y" tu....
ISAC at 12:00 No comments:
Share

Profil Sampel DNA "Lelaki Y "Dari Dubur Saiful Milik Siapa???

Profil DNA pada tuala, botol dan berus gigi sepadan DNA "Lelaki Y"
2011/02/23
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProfilDNApadatuala_botoldanberusgigisepadanDNA_LelakiY_/Article

KUALA LUMPUR: Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nor Aidora Saidon berkata, empat contoh diserahkan kepada beliau oleh Pegawai Penyiasat Deputi Superintendan Jude Pereira pada 17 Julai 2008 dan beliau membuat calitan daripada barang kes itu dan membuat rumusan secara positif kemudiannya yang mengesahkan DNA yang ditemui pada calitan itu menyerupai profil "lelaki Y" seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong, seorang lagi saksi dalam kes itu.


Komen Isac;

Persoalannya siapakah "lelaki Y" itu??? Ianya tiada kena mengena dengan persoalan samada Saiful adalah gay pasif atau gay aktif ataupun kedua-duanya sekali! Di Malaysia siapa yang melakukan liwat boleh dihukum.

Jestru identiti "lelaki Y" perlulah didedahkan. Jika dia bukannya DSAI maka beliau akan dibebaskan daripada pertuduhan, jika sebaliknya DSAI perlulah mempunyai alasan yang munasabah dan boleh menyakinkan Yang Arif Tuan Hakim, bagaimana kesan air maninya boleh dijumpai di dalam dubur Saiful.
ISAC at 08:30 1 comment:
Share

23 Feb 2011

Calon BN Merlimaupun Telah Dinamakan - Selamat Berjuang!!!


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad (tengah), selepas majlis pengumuman calon pilihanraya kecil DUN berkenaan, petang ini. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Izhari Ariffin. Feb 23, 2011 5:59 pm
ISAC at 23:59 No comments:
Share

Bolasepak Kelayakkan Olimpik - Malaysia Mendahului Pakistan 2-0 (separuh pertama)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiadidepanPakistan2-0_separuhpertama_/Article
2011/02/23

SHAH ALAM: Malaysia kini mendahului Pakistan 1-0 pada saingan bola sepak pra-kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Gol pertama Malaysia diperoleh menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 permainan.

Namun pada minit ke-47 pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Pakistan, Ansar Abbas selepas menendang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Selang dua minit kemudian Malaysia menambah jaringan menerusi tendangan deras Mohd Irfan Fazail.
ISAC at 21:56 No comments:
Share

Ijtihaj Gadafi Vs Ijtihaj Yusuf Qardhawi - Umat Islam di Ambang Perpecahan Serius!!!


Zaman di mana umat Islam terpecah kepada tiga golongan seperti di zamam pemerintahan Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyyah r.a. di mana umat Islam mempunyai dua khalifah yang asyik berperang di antara satu sama lain sehingga wujud puak ketiga iaitu golongan Khawarij seakan-akan berulang....

ISAC at 19:00 1 comment:
Share

Pelajar Mesir Bakal Kembali Ke Sana Ditanggung Oleh Kerajaan Negeri Masing-masing!!


Semua kerajaan negeri pimpinan BN telahpun bersetuju.... Kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyaat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga diharap akan berbuat perkara yang sama.
ISAC at 13:00 1 comment:
Share

Syed Ibrahim Syed Ahmad Diistihar Calon BN di PRK Kerdau.


NAIB Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh para penyokongnya selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri di Dataran Seri Ketimbit, Kerdau, Temerloh, 22 Feb. - Utusan/MAHATHIR ALI
ISAC at 09:00 No comments:
Share

22 Feb 2011

Liwat II - Anwar Bakal Didapati Tidak Bersalah?


Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.
ISAC at 22:46 No comments:
Share

Kes Liwat II: Laporan Terkini Dari Mahkamah!!! Ahli Kimia "Diasak"!!!

Hari ketiga: Ahli kimia terus diasak
Hafiz Yatim
Feb 22, 11
9:56am
http://malaysiakini.com/news/156657

Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.

Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair.

NONEPada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya.

"Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.

Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025.

"Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.”

Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.

Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu.

"Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya.

Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel.

"Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.

Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti.

Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.

Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian.

Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini.

Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik.

Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya".

Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.

Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".

Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.

Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Dr Seah juga dijangka akan disoal balas oleh DPP Noorin Badaruddin bagi membantu kes pendakwaan.


Komen isac;

Samada mahu mencari keadilan ataupun sengaja mahu mewujudkan keraguan pada bukti???
ISAC at 11:08 4 comments:
Share

PERKIM Sentiasa Berusaha Menyatu-padukan Melayu/Islam - Anda Bagaimana???


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian Seminar Perpaduan Ummah 2011 anjuran Majlis Badan-Badan Islam Negeri Johor, di Johor Bahru hari ini. Dr Mahathir adalah Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
- Foto BERNAMA. Feb 21, 2011 10:19 pm



Komen Isac;

Walaupun ada kekurangan, PERKIM sejak kekian lama berusaha untuk menyatu-padukan umat Islam di Malaysia tetapi dalam masa yang sama sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, lebih rela melihat Islam berpecah demi untuk mereka mendapatkan peluang menjadi wakil rakyaat dan memenuhi cita-cita untuk menganggotai kerajaan pimpinan Pakatan walaupun menjadi komponen yang tidak dominan.

Sebagai komponen tidak dominan, adakah mereka akan dapat membela agama Islam dan nasib Melayu/bumiputera itu soal lain???

Sejauh mana keikhlasan mereka??? Itu juga jangan ditanya???
ISAC at 09:00 No comments:
Share

21 Feb 2011

Liwat II - Gugurkan Dakwaan Terhadap Anwar Kerana Ada "Peliwat" Lain???

Pasukan pendakwaan dilihat bersungguh-sungguh cuba untuk menimbulkan keraguan akan kehadiran "peliwat" lain berdasarkan bukti-bukti terdapatnya DNA lain pada pakaian dan tubuh mangsa. Klik sini.

Mereka di lihat berusaha sedaya-upaya untuk menimbulkan keraguan terhadap bahan bukti dan mendakwa bukti DNA telah tercemar dalam usaha menolak bukti-bukti tersebut. Yang jelas DNA manusia sememangnya mudah dipindah-alih. Jestru kehadiran DNA lain pada pakaian mangsa juga boleh berlaku jika pegawai polis dan penyiasat yang terlibat tidak memakai sarung tangan ataupun terkena pada peluh ataupun mana-mana bahagian tubuh badan mereka yang terdedah. Juga mungkin boleh berlaku jika terkena pada mana-mana bahagian tubuh badan rakan mangsa yang terdedah iaitu selepas kejadian liwat (jika ianya benar-benar berlaku).

Jestru mengapa mahu dipertikaikan/dipersoalkan DNA-DNA lain yang dijumpai pada badan dan pakaian mangsa? Mahu mengaitkan pemilik-pemilik DNA lain juga telah meliwat Saiful? Mengapa tidak mahu terus menyiasat siapa pemunya sampel air mani yang dijumpai di dubur Saiful?

Adakah jika mangsa juga telah diliwat oleh pemilik-pemilik DNA yang tidak dikenali itu maka ia akan "menghalalkan" kegiatan liwat yang dilakukan oleh pengempunya air mani  di dubur Saiful? Ini kerana berbanding DNA yang boleh didapati daripada peluh, daki, cecair tubuh dan lain-lain bahagian tubuh donor, air mani bersifat amat peribadi dan pastinya sukar untuk dipindah-alih terutamanya tanpa kerelaan si donor...


ISAC at 22:00 2 comments:
Share

Pas Pertahan Melayu - Hanyalah Salah Lapor Media???



Dalam berita TV malam tadi TG Nik Aziz mendakwa laporan berita bahawa beliau ada mengatakan Pas akan pertahan melayu hanyalah kenyataan yang disalah-lapor.  Adakah ini suatu bukti bahawa Pas sebenarnya tidak ikhlas mempertahan Melayu??? Walaupun secara dasarnya, mempertahankan Melayu yang hampir 100% beragaman Islam adalah bermaksud mempertahankan Islam?

Ini bukan kali pertama kenyataan TG Nik Aziz tidak konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang beliau buat sebelum ini.

Adakah kerana dialek Kelantannya yang pekat membuatkan para wartawan tersilap lapor , kerana beliau tersilap cakap, sememangnya beliau tidak tetap pendirian ataupun beliau tak tahu atau terlupa apa yang beliau sendiri cakapkan... Masa akan membuktikannya...

Yang jelas perkara seperti ini telah acap kali berlaku.... Jika dahulu media pro BN akan dipersalahkan atas perkara-perkara sebegini, kerana kononnya mahu memutar-belitkan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan. Sekarang ini apabila media pro Pakatan juga melaporkan perkara yang sama, siapa pula yang mahu dipersalahkan???
ISAC at 08:30 2 comments:
Share

20 Feb 2011

Gempar!!! Beribu Rakyat Berhimpun di Merlimau Untuk "Menentang" Kerajaan BN???


Malaysia dah jadi macam di Mesir??? Rakyaat "menentang" kerajaan BN??? Cerita lanjut klik sini.

Mungkin itulah harapan Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyaat....

Yang jelas ini adalah himpunan rakyaat Merlimau untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan BN!!!

Mana tidaknya dengan rekod cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Melaka pimpinan BN dan terbaru pembinaan kampus UITM yang dipindahkan dari Ulu Selangor ke Jasin, hasil "kebongokkan" kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR.

Mungkin orang Jasin juga patut berterimakasih di atas "kebongokkan" kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR yang telah menjadikan kampus UITM di Jasin satu realiti.
ISAC at 20:55 2 comments:
Share

Ekonomi Indonesia Lebih Pesat Berbanding Malaysia - Kata Penasihat Ekonomi Selangor???

Klik sini.

Jika bandingkan dengan ekonomi Singapura sejak dahulu lagi kita sememangnya "terkebelakang". Perlu diingat Singapura adalah merupakan pelabuhan "entraport" dan juga pelabuhan "primer" di rantau asia mahupun di dunia.

Jestru kapal-kapal "super postpanamax"'/"main liner" pasti akan singgah ke pelabuhan-pelabuhan mereka sementara kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan lain (sekunder port) disekitarnya hanyalah disinggahi oleh kapal-kapal "feeder" yang akan mengangkut hasil-hasil ekonomi dari negara-negara sekitar ke Singapura untuk diangkut pula oleh kapal-kapal "main liner" ke pelabuhan-pelabuhan utama dunia yang lain. Kalau adapun kapal kapal "main liner" yang singgah di pelabuhan-pelabuhan di Malaysia mungkin hanya sebahagian kecil sahaja.

Telah menjadi tradisi syarikat-syarikat perkapalan dan perniagaan di dunia lebih mengutamakan pertalian sejarah dan monopoli yang sememangnya Pelabuhan Singapura mempunyai kelebihan... Jadi tidak hairanlah jika banyak syarikat-syarikat yang membuka pejabat-pejabat mereka untuk rantau Asia-Pasifik dan Asia Tenggara di Singapura berbanding negara-negara lain.

Jestru selain inisiatif kerajaan dan rakyaat Singapura, faktor sejarah juga menyebelahi mereka. Jadi tidak hairanlah jika ekonomi rantau ini berkembang maka Singapuralah yang akan paling beruntung kerana pelabuhan mereka adalah jalan masuk dan keluar barang-barang ke rantau ini.

Bagi Indonesia pula, bagaimana Anwar boleh mendakwa 6.1 peratus pertumbuhan ekonomi mereka adalah jauh lebih baik berbanding pertumbuhan 7.2 peratus ekonomi negara???

Perlu juga diingat, kebanyakkan ladang-ladang komoditi di Indonesia adalah milik syarakat konglemerat milik negara kita, jestru pastinya "tempias" keuntungan perniagaan mereka akan juga menguntungkan negara.

Penasihat ekonomi RM 1.00, nak buat macam mana.....Macam barangan di kedai RM 2.00 juga lah...

ISAC at 15:30 2 comments:
Share

Pas Akan Perjuangkan Nasib Orang Melayu Sebagai Kaum Dominan - Apa Beza Dengan Umno???

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tak-akan-ketepikan-nasib-orang-melayu-jamin-nik-aziz/
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February 19, 2011
Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

Komen Isac;

Jadi bolehlah kita simpulkan Pas juga parti asobiyyah??? Memperjuangkan Melayu??? Apa yang membezakan Pas dengan Umno??? "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu istilah... Adakah memberikan kaum Melayu/bumiputera yang mewakili 65% rakyaat negara ini 30% daripada kek "ekonomi negara" sesuatu yang keterlaluan??? Sehingga Pas mengatakan ianya tidak Islamik???

Jadi bagimana pula Pas mahu memperjuangkan Melayu/bumiputera? Memberikan orang Melayu/bumiputera 65% kekayaan negara???

Ketuanan Melayu tidak Islamik hanyalah retorik Pas untuk mengabui mata rakyaat...
ISAC at 09:00 7 comments:
Share

19 Feb 2011

Kedudukan Muktahir 100 Blog-blog Politik di Malaysia.

KEDUDUKAN DALAM  TOP RANKING PADA
19 FEB
BLOG
RANKING ALEXA
KEDUDUKAN RANKING
PADA
13 FEB
TURUN
NAIK BLOG
1
TRANUNGKITE
119
1
114
0
2
MINAQ JINGGO
178
2
184
0
3
TUKAR TIUB
270
3
270
0
4
GERAKAN ANTI PKR
314
4
299
0
5
BORAK KOSONG
343
6
HOUSE PK
367
5
356
-1
7
PAPA GOMO
417
7
393
0
8
BERITA SEMASA
402
6
388
-2
9
GELOMBANG RAKYAT
420
8
400
-1
10
BLOG DAUS
461
13
531
+3
11
MIM
469
9
427
-2
12
MALAYSIAN UNITED
506
10
446
-2
13
THE UNSPINNERS
510
11
473
-2
14
CHE DET
523
16
559
+2
15
KELAB GREENBOC
530
12
495
-3
16
MILO SUAM
531
14
539
-2
17
AIDIDLEAKS
558
15
556
-2
18
ONDSCERE
585
19
635
+1
19
MALAYSIA CENTRAL
602
21
665
+2
20
RBF ONLINE
626
17
598
-3
21
BERSAMA MAZIDUL
653
23
704
+2
22
PEN BURUK
664
20
642
-2
23
PISAU.NET
699
18
624
-5
24
MEDIA PERMATANG PAUH
730
22
675
-2
25
CINA ISLAM
722
24
758
-1
26
BERITA TEMPATAN ( )
805
27
802
+1
27
TOP RANKING ONLINE
824
30
842
+3
28
MYKMU.NET
828
33
883
+5
29
ANWAR IBRAHIM
836
26
794
-3
30
TUBELAWAK.BLOGSPOT
845
31
855
+1
31
KICKDEFELLA
848
45
1150
+14
32
THE FLYING KICK
849
28
803
-4
33
PERAK TODAY
856
29
836
-4
34
EMPAYAR PEMUDA
865
25
759
-9
35
INFO CORNER-SUDUT DISKUSI
882
32
856
-3
36
ANAK SUNGAI DERHAKA
921
35
898
-1
37
NAJIB TUN RAZAK
934
36
912
-1
38
SELATAN ONLINE
940
34
894
-4
39
PEJUANG BANGSA
972
38
988
-1
40
WARKAH TINTA HATI
1007
39
1013
-1
41
TAIPING MALI
1013
37
951
-4
42
ISU HANGAT
1050
43
1113
+1
43
IZAMIRRIDZWAN
1059
44
ORANG MUO
1082
40
1035
-4
45
WARTAMAYA
1084
44
1116
-1
46
BIAQPILA
1120
46
1155
0
47
SEMUT HITAM
1126
42
1071
-5
48
ALBANJARI ONLINE
1143
41
1062
-7
49
SUFFER 8 ZINE
1161
50
UMNO ONLINE
1171
53
1262
+3
51
IKUTSUKAAKU-ISA
1178
48
1183
-3
52
ALMA 2 PARADISE
1198
53
CENANGAU
1236
60
1365
+7
54
ZULKIFLI NOORDIN
1253
52
1258
-2
55
KITA GEMPUR.COM
1261
54
1263
-1
56
BADUT RAKYAT
1278
55
1297
-1
57
MSO
1284
49
1218
-8
58
LIM KIT SIANG
1305
57
1312
-1
59
MINDA TAJDID
1356
58
1324
-1
60
SRIKANDI 7
1367
47
1180
-13
61
GELOMBANG WANGSA MAJU
1388
65
1508
+4
62
RUANG BICARA PRIA MALAYA
1397
50
1221
-12
63
PENA KU SISIP BLOG
1436
62
1460
-1
64
AIDC
1440
69
1645
+5
65
MALAYSIA SENSASI
1455
59
1340
-6
66
BRIGED MP SEGAMBUT
1459
64
1503
-2
67
PENCACAI SEMALAYSIA
1500
77
1808
+10
68
DARUL EHSAN TODAY
1521
56
1316
-12
69
DUNIA CACAMARBA
1524
51
1248
-18
70
ANAK SEBERANG
1554
63
1501
-7
71
ERA PASCA
1557
76
1792
+5
72
RAKYAT MARHAEN
1563
70
1658
-2
73
BUJANG SUSAH
1570
61
1457
-12
74
KERABU BERSUARA
1602
68
1577
-6
75
AMENO WORLD
1603
66
1522
-9
76
CURSING MALAY-TERUS TERANG
1680
71
1674
-5
77
APA YANG TERSIRAT
1700
75
1771
-2
78
PANGLIMA PERANG CYBER
1730
74
1751
-4
79
DR FAISAL TEHRANI
1743
72
1694
-7
80
ROCKY BRU
1752
67
1535
-13
81
PENARIK BECA
1811
78
1837
-3
82
TOYOLKIUT
1824
83
EK-ELE
1889
85
2187
+2
84
AZLI SHUKRI TODAY
1916
73
1712
-11
85
BUMIYANG
1934
79
1845
-6
86
KERETA MAYAT
1974
101
2720
+19
87
EDYESDOTCOM
2066
80
1862
-7
88
CUCU TOK SELAMPIT
2100
81
2069
-7
89
TOP RANKING ONLINE  1
2106
86
2209
-3
90
KARAT E-JAU
2129
91
2363
+1
91
UREKA.ASIA
2155
123
3376
+32
92
JALAN PULANG
2198
84
2166
-8
93
WOOT WOOT
2273
94
BANGKU KOSONG
2283
107
2899
+13
95
GERAKAN TIMUR
2296
82
2152
-13
96
MY ADHA MALAYSIA
2311
87
2221
-9
97
BATU VS KAYU
2444
96
2528
-1
98
PERISIK RAKYAT
2507
92
2390
-6
99
WARISAN 2057
2426
83
2165
-16
100
MELANAU BLOGGER
2533
100
2684
0



BLOG NAIK ANAK TANGGA
BLOG TURUN ANAK TANGGA
BLOG KEKAL ANAK TANGGA
BLOG BARU DALAM SENARAIAN
BLOG TERKELUAR DARI SENARAIAN


Sumber klik sini.
ISAC at 22:10 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.