bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

25 Feb 2011

PRK Kerdau - Gendang Fitnah Sedang Dipalu???


Isu Ijazah calon BN Kerdau tipu, ini komen MB Pahang…
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_57a7065b-7f000010-12507f40-986827ab
 
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.


"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui pemberita bagi mengulas perkara berkenaan.

"Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.


Komen Isac;

Masing-masing dah besar panjang.... Tahu nak bezakan mana baik dan mana buruk... Lantak korang lah.... Kata belajar agama tinggi....
ISAC at 16:30
Share

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.