Kes liwat Anwar: Mesin di Jabatan Kimia berfungsi baik
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
24/02/2011 10:47am
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang pengurus perkhidmatan dan projek memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.
Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga memberitahu, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut. – Utusan
Komen Isac;
Siapa yang empunya profil DNA "Lelaki Y" yang diperolehi daripada dalam dubur Saiful masih belum dinyatakan di mahkamah.....
Terbaru kejituan/ralat mesin penganalisa DNA pula yang sedang dipertikaikan...
Agak-agak... Kalau kalau lain kali bila kita disaman kerana memandu laju, boleh ke "sound" kat polis trafik tu... "Ni saman-saman ni alat perakam had laju ni berapa peratus ralat dia? Bila kali terakhir di "calibrate"? Mana sijil "calibration" dia? Beli kat mana? Bla...bla... Nak mencari salah ke atau nak cari keadilan?
Tanya lah... Nak tanya apa pun... Tapi kami nak jugak tahu siapa yang empunya profil DNA "Lelaki Y" tu....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.