3 Jan 2011

Kempen Pengurangan Beg Plastik Satu Retorik dan Sekadar Publisiti Murahan???

Foto 1: Beg Plastik Yang dibuang di Tapak Pelupusan sampah




Foto 2: "Kitar semula/recycle" - Satu Alternatif




Foto 3: Tanpa Beg Plastik Barangan Pengunaan Plastik Sampah Hitam Pasti Akan Meningkat - Apa Bezanya???



Foto 4: "Incinerator" Sampah Pepejal di Maishima Jepun Boleh Menghasilkan Kuasa Elektrik - Satu Lagi Alternatif.




Foto 5: Nasi Lemak Dibungkus Kertas Bersalut Plastik Berbanding Dibungkus Daun Pisang Pula - Apa Hal???




Foto 6: Bahan Plastik Berasal Daripada Bahan Sampingan Hasil Petroleum. Ia Berasal Dari Perut Bumi, Jika Ada Bahan Plastik Yang Tak Terurai (non biodegradable) Dipulangkan Semula kepada Bumi, Apa Salahnya??? Secara Dasarnya Petroleum Mentah Juga Adalah Bahan Tak Terurai!!!


Komen Isac;

Bagi penulis, kita cuma hanya "ikut menari" apabila orang lain mula "bergendang"... Kalau tidakpun, kempen ini dilakukan di atas sebab retorik dan mahukan publisiti murahan... Klik sini.

Tidak semua bahan boleh menggantikan plastik... Bagi sebuah negara yang mengeluarkan petroleum, plastik menjadi sumber ekonomi penting buat negara hasil daripada bahan sampingan pemprosesan petroleum mentah (crude oil).

Pernahkah kita terfikir ini semua hanyalah "propaganda" negara-negara yang cemburu dengan industri ini??? Kemanakah tar iaitu hasil sampingan pemprosesan pertoleum ini mahu dibuang atau dilupuskan jika penggunaan plastik "diharamkan"??? Tak kanlah semuanya boleh kita jual untuk dijadikan minyak tar dan bitumenus untuk menurap jalanraya???

Pada pandangan penulis, yang paling penting ialah para pengguna perlu ditekankan  cara pelupusan barangan plastik yang betul;-

1)    Kitar semula/"recycle"
2)    Diguna sabagai beg pembuangan sampah.
3) Penggunaan "incenerator" membakar sampah di dalam loji-loji yang boleh menghasilkan/menjana tenaga elektrik.

Sekiranya tiada beg plastik "percuma" pun pastinya kita akan menggunakan lebih banyak "beg plastik hitam/biru" untuk digunakan sebagai beg sampah-sarap kita saban hari!!! Jadi apa bezanya selain kita berlu mengeluarkan wang untuk membayar beg plastik sampah hitam/biru itu???

Apa pula yang bakal kita gunakan untuk membungkus nasi lemak makanan kegemaran rakyaat Malaysia jika daun pisang semakin berkurangan??? Tidak kah pembungkus kertas makanan yang kita gunakan sebagai pembungkus alternatif itu juga disaluti lapisan plastik nipis???

Bagaimana pula dengan penggunaan botol-botol dan barangan keperluan yang diperbuat daripada plastik??? Bukankah kaedah kitar semula/ "recycle" sememangnya baik??? Kita cuma perlu pertingkatkan kesedaran di kalangan rakyaat Malaysia...

Dengan posting ini tidakkah anda juga akan merasakan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik" hanyalah menyusahkan para pengguna dan menguntungkan pemilik pasaraya-pasaraya yang kini tidak perlu lagi memberikan beg-beg plastik secara percuma??? Sebaliknya harga barangan tetap sama...

Selain YB Lim Guan Eng penulis berharap Setiausaha Persatuan Pengguna Islam, Dato Dr. Mamoor Othman juga berpeluang membaca posting ini.

10 comments:

  1. Tak perlu tiru jepun tentang mesin Incinerator tu kat Selangor pun dah ada kalau tak percaya tengok di http://recyclenergy.com/

    dah lama jalan benda tu pun, cuma tak diura-urakan, ada ke udara tercemar, takde.... pun. yang kecoh puak-puak DAP yang kata tercemar le apa le. yang kecoh-kecoh hutan musnah, tapi hutan sendiri tak terjaga. :))

    apa yang perlu ialah lesen je dan dana, kalau ada benda tu mesti seluruh daerah di Malaysia ada benda ni kan ke mudah. tak perlu nak buat Kilang Eletrik yang besar, kat pendalam sabah/sarawak yang susah nak dapat eletrik pun boleh buat.

    dengan pembinaan benda ni mau ramai lagi dapat perkerjaan, bayangkan 1 powerplant paling kurang 50 dapat kerja.

    m8

    ReplyDelete
  2. kempen ni buang masa je....aada ke patut pengguna pulak disalahkan tentang penggunaan beg plastik pengguna pula di denda. Bukan pengguna yang buat beg plastik tu....Kerajaan sepatutnya bertanggungjawab tentang bahaya penggunaa beg plastik bukan pengguna. Sepatutnya juga pekedai, penjual, pengilang san supermarket yang perlu bertanggungjawab tentang penggunaan bes palstik bukannya pengguna....apa punya kempen,,,apa punya kerajaan ni...dah gila ke....dahlah lah harga barang naik melambung....kini rakyat/pengguna di bebankan dengan masalah beg plastik pulak........masya Allah....

    ReplyDelete
  3. Pakteh menyokong usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.
    Sejak beberapa bulan dulu pakteh dah survey tahap penerimaan masyarakat terhadap langkah ini. Pakteh yang pada awalnya memberontak akhirnya menerima hakikat, jika bukan kita...siapa lagi yang akan mengambil tindakan ini?.

    Fikirkan 500 tahun ke 1000 tahun diperlukan untuk menguraikan plastik secara semulajadi. Rujuk foto 6: tak salah pulangkan pada bumi, tapi mampukah bumi yang dah tua/uzur ni menerima semula bahan yang dah diubahsuai? 1000 tahun Lama tu bang....

    Fikirkan juga 500,000 spesis hidupan air seperti penyu terbunuh setiap tahun angkara beg plastik. ya...memang ada faktor lain yang menyebabkan hidupan air ni terbunuh...tapi apa salahnya kita mengambil satu langkah kecil untuk memulakan langkah yang lebih besar?...

    Soal kena bayar untuk dapatkan beg plastik. Memang kena bayar cuma suka pakteh nyatakan bayaran tersebut dimasukkan ke tabung bantuan kemasyarakatan.

    ReplyDelete
  4. kalaupun nak buat kempen, bagilah alternatif. dahla harga barang mahal, lepas ni pengguna yang tidak bersedia bawak bekas bukan plastik kena pulak berbelanja lebih. amende punya kempen. nak bagi kenyang tokey kedai @ pasaraya lagi nampaknya. kempen ni baik utk alam sekitar kalau ada alternatif untuk pengguna. tapi kalau setakat retorik politik dan menyusahkan pengguna, baik tak payah. hampeh!!!

    ReplyDelete
  5. Tuan Issac,

    Bagi mereka yang mengamalkan ISO14001 iaitu sistem pengurusan alam sekitar, mereka menerima hakikat bahawa pengunaan plastic hendaklah di kurangkan setidak-tidaknya di kawal. Kebanyakkan kilang, mereka di tuntut memperolehi sistem ini jika mereka mahu memasarkan barangan mereka ke peringkat antarabangsa. Yang penting, kesan plastic kepada alam sekitar seterusnya menjamin kesejahteran kepada manusia,kehidupan dan alam.

    Plastic mengandungi bahan tambahan saperti vinyl chloride yang boleh menghasilkan carcinogen. Carcinogen boleh menimbulkan penyakit barah. Jika dibakar pula akan mengeluarkan gas beracun. Membakar plastic polyvinyl chloride (PVC) pula akan menghasilkan doxin, dan apabila serap kedalam badan manusia akan mengakibat penghasilan carcinogen. Bahan yang lain pula akan menyebabkan penipisan ozon.

    Plastic adalah bahan tahan pecah manakala meyusut gradenya amat perlahan jika dibandingkan dengan yang dibuat dari bahan semulajadi. Ia mengambil masa beratus malah beribu tahun untuk mengembalikan semula menjadi semula jadi.

    Kos tebus semula amat sukar dan menanggung kos yang tinggi. Orang jepun mengamalkan satu budaya yang di sebut "Montanai" yang bermaksud mengelak pembaziran.

    Montanai adalah menyusun kehidupan supaya pembaziran dikurangkan keminima. Umpama susun atur rumah supaya lampu tidak perlu di pasang ketika membaca diwaktu siang hari.

    Kebanyakan orang Jepun, membawa kain atau beg sendiri dari rumah jika mereka pergi berbelanja di komplek membeli belah.

    Saya sendiri selalu menyarankan isteri saya supaya mengumpul beg plastic dan membawanya semula kekedai jika berbelanja..

    Unuk mendapat penjelasan lebih lengkap berhubung isu di atas sila ke Wikipedia untuk mendapatkan rujukan. http://en.wikipedia.org/wiki/Plastic

    agbr47: Sayangi alam sekitar menjamin kesejahteraan anak cucu kita pada masa akan datang. Jangan jadikan kita sebagai pembunuh generasi kita.

    ReplyDelete
  6. kat malaysia ni semua benda hendak dipolitikkan.. lama lama kita semua tido dalam sampah la

    ReplyDelete
  7. salam tuan,

    saya setuju dengan tuan.

    kempen ini adalah retorik dan seperti melepaskan batuk ditangga.

    hari tanpa plastik, tetapi beg plastik berlambak bergantungan kat cashier dgn harga 20 sen satu.

    seperti juga earth day, tutup lampu sejam, tetapi pembakaran kat loji janakuasa tidak berkurangan sedikit pun. malah ditambah dgn pembakaran lilin para penyokong.

    ReplyDelete
  8. Salam Ular Menyusur Akar,

    Kalau dibakar dalam incenerator pasti x ada masalah kan???

    ReplyDelete
  9. Ular Menyusur Akar,

    Satu lagi pasal ISO 14000, untuk kerja2 menanam utiliti jika "backfilling" tak siap dalam satu hari, perlu ditutup tanah yang dikorek...

    Tapi bila kontraktor jalan menambak jalan atau pun kapal korek menebus-guna tanah menggunakan "dredger" (untuk projek reclamation) tak pernah pulak kita lihat kontraktor2 ini menutup tanah yang mereka tambak menggunakan canves melindungi daripada hujan??? Jika nak dibandingkan kerja menanam utiliti adalah tak seberapa jika nak dibandingkan kerja2 penambakan jalan/reclamation.

    Adakah ini satu lagi "double standard"???

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Secara ringkasnya komen aku begini:

    1. Kempen tidak menggunakan beg plastik yang mula-mula dilaksanakan di P.Pinang tiada impak pun ke atas alam sekitar. Kalau ada impak, apa peratusan pengurangan sampah bila tiadanya beg plastik. Yang jelas untung cuma tokey kedai/supermarket yang berjaya mengurangkan kos operasi dan orang politik mendapat mileage.

    2. Jika kerajaan benar-benar serius utk menjaga alam sekitar, haramkan terus penggunaan beg plastik yang non-biodegradable. Beri insentif kepada industri pembuatan plastik utk guna bahan mentah yang biodegradable.

    3. Peniaga perlu beri alternatif jika tidak sediakan beg plastik. Jangan seronok sangat tengok para pembeli terkepit-kepit bawa barang bila beg plastik tidak diberikan. Sediakanlah beg kertas kitar semula sepertimana di negara barat.

    4. Apa signifikannya bila beg plastik tetap masih boleh dibeli dgn harga sekeping 20 sen? Apakah tanggungjawab memelihara alam sekitar boleh digantikan dgn wang ringgit? Apakah orang berada tidak perlu ikut kempen ini?

    5. Haramkan juga penggunaan polisterin utk industri penyediaan makanan. Galakkan penggunaan bekas yang boleh dikitarsemula atau bahan pembungkus biodegradable.

    6. Penyumbang besar pencemaran alam adalah bahan sisa makanan atau bahan organik. Semasa proses dekomposisi, cecair leachate atau gas-gas GHG akan terbentuk. Cara terbaik utk atasinya adalah mengasingkan sisa organik daripada sampah lain. Lupuskan secara berasingan. Kena ada sistem le.

    7. Jadikan tahun 2011 ini, tahun anti merokok kerana ianya mencemarkan alam sekitar selain haram dihisap.

    8. Akhir sekali, demi alam sekitar, haramkan juga akhbar sampah seperti siasah, harakah dan rocket kerana ianya bukan saja tiada mutu, malah mencemarkan pemikiran rakyat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.