3 Jan 2011

Antara Baju Ketat Senamrobik, Mencuri, Zina dan Lain-lain Buat Bukan Islam OK - Hudud Ala Pas ???

Senamrobik gaya DAP/PAS di perkarangan masjid;






 


 


 




 

Klik sini.        Rezeki namanya??? YB tu tak salah... Yang menjemputnya tu yang tak pandai nak bagi tahu beliau etika pemakaian yang sesuai dengan tempat majlis tersebut dijalankan...


Komen isac;


Bagi penulis isu senamrobik ini sama sahaja dengan hukum Hudud ala Pas. Undang-undang yang hanya "dikhaskan" untuk orang-orang Islam sebaliknya bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang ini....

Jestru pastinya kita akan dapati jika orang Islam mencuri, dia dipotong tangan sebaliknya bukan Islam hanya dipenjarakan beberapa bulan Jika satu pasangan Islam dan bukan Islam berzina, yang Islam akan disebat seratus rotan ataupun direjam sampai mati sebaliknya yang bukan Islam terlepas dengan tersenyum "bangga" kerana tiada hukuman dikenakan...

Kita tidak memusuhi hukum had maupun qisas, yang kita mahukan agar ia diperhalusi agar tiada pesalah yang terlepas begitu sahaja dan keadilan buat semua....


Perbandingan hukum qisas dan had dizaman Rasulullah s.a.w.;

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan.

Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam.

Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu.

Ini sekadar pandangan penulis, apapun menegakkan hukum Allah s.w.t. adalah wajib fardhu Kifayyah dan tanggung-jawab ini terletak di atas bahu setiap umat Islam. Menjadi kebiasaan, mengkritik amat mudah dan untuk menegakkannya pula begitu sukar...

2 comments:

  1. Bukan senamrobik tetapi senang robek hati orang Islam

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah...

    Hujahan yang mantap.

    Terima kasih...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.