bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

30 Nov 2010

Hak 30% Untuk Majoriti 65% Bumiputerapun Anwar Nak Gadai???

Tidak menjadi 'tuan' selepas 53 tahun
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8467551.asp

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti rakyat termiskin negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu selepas UMNO memerintah selama 53 tahun.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh negara terdiri daripada golongan Melayu-Bumiputera.:

Menurutnya, dengan adanya konsep Ketuanan Melayu serta diperkuatkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih belum mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana dasar tersebut menguntungkan sebilangan kecil orang Melayu sahaja.

Katanya, oleh kerana kegagalan pemimpin sekarang, penyelesaian kepada isu tersebut adalah meninggalkan konsep Ketuanan Melayu dan menghapuskan perbezaan etnik demi kepentingan bersama.

“Kita tidak nafikan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini, sebab itu pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) bersetuju menandatangani deklarasi bersama mempertahankan prinsip asal Perlembagaan negara.

“Kita bersetuju dengan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama juga hak kaum lain turut terjaga,” katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres PKR ke-7, di sini, semalam.



“Bagi saya, baik saya hidup di bawah pemerintahan bukan Islam yang adil daripada pemerintahan orang Islam yang penuh dengan rasuah dan salah laku,” katanya.


Komen Isac

Apa akan jadi pada bumiputera jika hak 30% pun perlu direbut dengan bangsa-bangsa lain??? Apa makna mempertahankan perlembagaan negara jika hak 30% pun mahu digadaikan???

Adakah adil, majoriti 65% rakyaat yang rata-ratanya di kelas menengah dan miskin perlu bersaing dengan 35% rakyaat yang kaya-raya dan lebih berada daripada mereka untuk mendapat manfaat daripada 30% hasil ekayaan negara???

Anwar memang kurang bijak dalam matematik agaknya....










ISAC at 21:45 5 comments:
Share

Lagi Warga Berketurunan India Bakar Diri Gara-gara PKR???

Selasa November 30, 2010
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/30/mstar_berita/20101130144256&sec=mstar_berita


Gambar - Fail

Lelaki Bakar Diri Untuk Halang Bangunan Tambahan Kuil Diroboh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki India yang membakar dirinya kerana membantah tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian daripada setor sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong pada 8 November lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Selasa.

M. Chakragunasegaran,52, yang mengalami kebakaran teruk di muka dan badannya meninggal dunia pada jam 9.15 pagi - selepas 22 hari dirawat di hospital itu.

Dia meninggalkan isteri dan lima orang anak.

Adalah difahamkan, mendiang akan dibakar di Rumah Pembakaran Mayat di Kampung Tunku pada jam 12 tengah hari Rabu.

Dalam kejadian 8 November lalu,Chakragunasegaran telah membakar dirinya untuk menghalang lebih 200 kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan anggota Rela daripada merobohkan sebuah bangunan tambahan yang dijadikan setor dan bersambungan dengan Kuil Sri Srinivasa Perumal.


Komen Isac;

Kalau di zaman Dato' Khir Toyo dahulu , mana-mana kuil kena roboh begitu juga dengan setinggan kena roboh, semuanya Pakatan Rakyaat akan menyalahkan BN. Sekarang ni pulak macam mana pulak????? Dalam bulan nisahaja dah dua orang warga Malaysia berketurunan India yang bakar diri kerana protes!!!!








ISAC at 19:26 1 comment:
Share

Terbaru!!! Lagi Kapal Malaysia Dirampas di Somalia!!!

Somali pirates hijack Malaysian-flagged ship

http://news.yahoo.com/s/ap/20101129/ap_on_re_af/piracy_2
– Mon Nov 29, 6:34 am ET
AFP/US NAVY/File – This photo released by the US Navy shows the burnt hull of a suspected pirate skiff drifting .
NAIROBI, Kenya – The European Union's anti-piracy task force says Somali pirates have hijacked a Malaysian-flagged ship in the Indian Ocean with 23 crew members onboard.

The force said Monday that the Kenya-bound MV Albedo was seized about 900 nautical miles (1,035 statute miles or 1,665 kilometers) east of Somalia's capital of Mogadishu. The ship originated from the United Arab Emirates' port town of Jebel Ali. The anti-piracy force says the Malaysian-owned ship was seized Friday and the crew hailed from Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka and Iran.

Somalia has not had an effective government for 19 years, allowing piracy to flourish off its coast.

The force said pirates now hold 22 vessels and 521 hostages.


Komen Isac;

Masyarakat dunia perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan keselamatan terutamanya kepada kapal-kapal dagang di perairan berdekatan dengan Somalia kerana kerajaan yang memerintah tidak mampu untuk berbuat demikian.
ISAC at 11:19 1 comment:
Share

Meninjau Kedudukan Ranking Blog "Pujaan" Anda di Alexa Ranking!!!

Selasa, November 30, 2010

Terkini 100 Ranking terbaik : Pro BN (60) - Pro Pakatan (33)


BlogAlexa Ranking Malaysia



1Tranungkite.net131
2Agenda Daily404
3House PK @ ParpuKari418
4Tukar Tiub509
5Gerakan Anti PKR @ GAP559
6The Unspinners562
7MyKMU640
8Chedet Blog663
9Anwar Ibrahim Blog665
10RBF696
11Pisau759
12The Flying Kicks770
13Perak Today – The Portal812
14Dr Novandri821
15Papa Gomo933
16Lim Kit Siang961
17Media Permatang Pauh967
18Taipingmali988
19Milo Suam1,050
20Kedah La Nie..1,163
21Zulkifli Nordin1,248
22Pejuang Bangsa1,305
23Kelab Greenboc1,326
24Biaqpila1,351
25Anak Sungai Derhaka1,417
26Keris Putera1,441
27Gelombang Rakyat1,450
28Rocky’s Bru1,535
29Cina Islam1,556
30Ikut Suka Aku1,589
31Kita Gempur1,720
32MSO1,777
33McTheory- Kedah ke KL1,820
34Medan Info Kita1,880
35Warta Maya2,006
36AIDC2,114
37Haris Ibrahim2,305
38Darul Ehsan Today2,375
39UMNO Online2,463
40Semut Hitam2,483
41Malaysia-Instinct2,519
42Kerabu Bersuara2,542
43Panglima Perang Cyber2,631
44Ibnu Hasyim2,657
45Kerajaan Rakyat2,679
46Kickdefella2,681
47Din Merican2,867
48Blog PM Najib Razak2,990
49Selangor Daily3,107
50Azli Shukri3,315
51Gelombang Wangsa Maju3,318
52Ek-Ele Ada Ada je3,399
53Husin Lempoyang3,480
54Anak Seberang3,570
55Anwar Pembohong3,688
56Pengundi Setia Sg Rapat3,721
57Gunug Mat Cincang3,746
58Desperado3,841
59Celah Gelegar3,860
60Kedah Times4,077
61Wfauzdin4,237
62Gelombang Merah4,280
63Tulang Besi – Malaysia Waves4,379
64My Blog Hub4,490
65Sakmongkol4,616
66From Perak With Love4,722
67Big Dog4,786
68Bumiyang                          =====>4,790 <=====
69Batu vs Kayu4,921
70Out Syed The Box5,030
71Blog Tamingsari5,055
72Badut Rakyat5,464
73Fakulti Siyasah Syariah5,570
74Apa Yang Tersirat5,579
75Warisan20575,590
76Anil Netto5,622
77Penghuni Gua5,666
78Manjung Mari5,686
79Melayu Raya Daily5,707
80Perisik Rakyat5,751
81Cucu Tok Selampit5,825
82Siasah Daily5,981
83Gelagat Anwar6,088
84Aduka Taruna6,198
85Niamah6,319
86Bawean Termenung6,426
87Sahabat Gunung6,570
88Chegu Bard6,682
89Jeff Ooi6,694
90Dato Kadir Jasin7,016
91Rajahmas7,057
92Empayar Pemuda7,152
93UMB Penang7,164
94Jeffry Damien7,190
95Another Brick7,191
96Sanggul Melayu7,355
97Aku Budak Balun7,515
98Penarik Beca7,578
99Satu Melayu7,860
100Aspirasi Bangsa7,876

MERAH-Mesra Kerajaan : 60

BIRU-Pemimpin Politik BerBlog : 6

HIJAU-Mesra Pembangkang : 33

HITAM-Neutral : 1
Analisa dinukil dari blog Aspirasi Bangsa!!!
 
 
Terimakasih kepada para pengunjung!!!
ISAC at 08:11 1 comment:
Share

29 Nov 2010

DYMM Seri Paduka Sultan Selangor Dukacita, Kerana Ada Melayu Yang "Gadai" Melayu!!!

Sultan Selangor dukacita orang Melayu gadaikan perkataan Melayu
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanSelangordukacitaorangMelayugadaikanperkataanMelayu/Article

2010/11/29

SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
 
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini. "Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.


Komen Isac;

Baru dua hari lepas presiden PKR DS Wan Azizah mempertikaikan "ketuanan" Melayu.... Adakah itu yang Paduka Sultan maksudkan???

Apapun mungkin istilah "ketuanan" Melayu wajar ditukar kepada istilah lain.... Mana mungkin "Tuan" yang mewakili 65% penduduk asal negara (termasuk bumipurata Sabah & Sarawak) hanya berkongsi 30% kekayaan negara!!!!

Itupun masih dikatakan tidak adil dan zalim!!!!!
ISAC at 14:41 1 comment:
Share

Panas!!! Blogger Firaun Kecil diBayar RM 20 Ribu Sebulan???




Telahan GWM makin menjadi nyata ... dalam kelompok bloggers pro kerajaan juga sudah wujud ’Firaun Kecil’ ini. Ramai bloggers juga sudah nampak tingkah laku ’Firaun Kecil’ ini namun tetap mendiamkan diri. Takut nanti jadi bahan ’penyedap makanan’ pembangkang, sahabat akan menjaga aib sahabat.

Tetapi jika cacing sudah naik ke mata, apa perlu lagi didiamkan perkara ini. Kelak akan jadi virus yang tidak ada penawar lagi!

GWM tak peduli ... perlu berterus terang walaupun secara tersirat! elite tak elite! Persetankan dengan rating dan blog hits yang ada. Lagipun ... GWM hanya blogger nyamuk, tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung. Nyamuk jika dibiarkan lama kelamaan boleh menyebabkan kematian juga ... nyamuk aedes! Contohnya!


Bloggers ’Firaun Kecil’ ini suka menyangak dan menyamun ... aka Penyangak bin Penyamun! Mereka bergerak secara berkumpulan. Lebih dikenali sebagai bloggers elite! Bukan sebarangan bloggers yang mampu duduk semeja dengan mereka. Hanya yang ada title rating tertinggi, blog hits mencecah langit, dan followers yang begitu ramai … seramai penduduk di Malaysia.

Artikel penuh klik sini.



Komen Isac;

Blogger pun manusia jugak... Perlu cari makan....Jadi perkara sebegini ni memang tidak menghairankan... Dah hampir 19 bulan penulis mengambil-alih blog bumiyang...

Selain bergerak secara sendiri dan peribadi penulis juga dapat berkenal-kenal dan tunjuk-ajar dengan/dari para blogger "otai" dan blogger-bloger baru yang "mesra Umno" ataupun yang sebelah sana...Yang Pro KJ ataupun yang anti KJ.....

Mungkin faktor blogger firaun kecil ini juga yang menjadi antara sebab mengapa ramai blogger nyamuk yang telah "memencilkan diri"....

Ada juga di antaranya yang full time blogger.... Mana dia orang ni dapat duit menyara keluarga... Wallahualam.... Mungkin duit pencen ataupun mereka ada business.... Maklumlah negara kita ni makmur dan banyak peluang.... DSAI pun hidup mewah dan dapat banyak peluang hasil beliau adalah orang Melayu dan pernah menjadi pemimpin Umno....

Buat para blogger nyamuk pulak... Biasalah...jika ikhlas berjuang atas faktor kesedaran untuk agama, bangsa dan negara...biasanya memang tak dapat apa-apa bil Broadband dan C.C pun kena bayar sendiri....

Cuma buat Blogger Firaun besar maupun kecil... Jangan ingat blogger nyamuk boleh dengan senang ditekan atau diugut untuk mendengar cakap anda!!!!

Yang baiknya satu...mereka ni tak ramai dan mudah dikenali.....



ISAC at 10:30 3 comments:
Share

28 Nov 2010

Wan Azizah Tidak Faham Konsep Ketuanan Melayu???



Adakah keterlalun sebagai penduduk asal dan kaum majoriti negara ni kita hanya meminta diberikan 30% peluang daripada kek ekonomi negara???

Jika DSAI dan keluarganya telah terlalu kaya hasil membolot kekayaan negara semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan sehingga tujuh keturunanpun tak akan habis!!! Bagaimana pula dengan nasib Melayu/bumiputera yang lain???

Komen Wan Azizah klik sini.
ISAC at 20:30 5 comments:
Share

Doktor Pencekik Darah???

Hampir pengsan bil hospital RM23,000
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HampirpengsanbilhospitalRM23_000/Article
Oleh Syed Azwan Syed Ali
2010/11/28

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.


Komen Isac;

Semua orang perlukan duit... Tapi janganlah sampai "cekik darah". Jika perkerjaan lain perlu bersaing.... Kontraktor perlu masuk tender dan selalunya margin kurang dari 10%, begitu juga persaingan sengit dalam industri kereta, komputer, kamera dan lain-lain yang "harga" barangan baru saban tahun semakin rendah... Mengapa pula kos perubatan melambung sampai tidak terkawal???

Mungkin Kementerian Kesihatan perlu memantau dan menyiarkan bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital swasta!!! Untuk makluman orang ramai...

Pihak syarikat insuran kesihatan juga wajar menyenarai-hitamkan hospital-hospital yang cekik darah!!!

Kepada para penguna pula, janganlah mentang-mentang bil hospital ditanggung oleh pihak majikan ataupun oleh syarikat insuran, sakit pening, demam dan batukpun sampai nak jumpa doktor pakar....

Kalau zaman emak bapak kita dulu takat beli dan makan panadol/aspro aje bila demam.... Sakit perut cerit-beret  makan pil cikittekon.....Kita semakin manja ??? Atau dimanjakan???


ISAC at 17:30 3 comments:
Share

Anwar Sivaji??? Poorah!!!!

Kecoh protes depan Kongres PKR...wartawan dikasari
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Oleh: HELME HANAFI



Kira-kira 100 orang yang tidak puashati dengan proses pemilihan PKR yang cacamarba terus tunjuk aksi protes di kawasan Dewan Sivik di Petaling Jaya dimana hari kedua Kongres PKR sedang berlangsung.

Antaranya mereka membawa kain pemidang yang kata-kata yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.




Juga ada risalah yang dicetak menyerupai akhbar Suara Keadilan diedarkan oleh pihak tertentu yang menghentam proses pemilihan.

ia bermula secara aman dan senyap pada jam 9.15 pagi.

Demo itu diketuai oleh bekas Bendahari PKR Selangor KS Kottapan.

Kumpulan yang berdemonstrasi itu turut mengibarkan beberapa kain rentang yang bertulis "Kami tuntut pemilihan PKR dibuat semula, hentikan korupsi", "No Hindraf No Tsunami", dan "anak India anak tiri Anwar, Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban anak saya".



Keadaan menjadi tegang sekitar jam 9.30 pagi bila sebilangan ahli PKR yang dipercayai dari bahagian keselamatan telah bertengkar dengan mereka yang berdemo.

Mereka merampas sesetengah kain pemidang dan meminta peserta demo yang pakai t-shirt PKR supaya menanggalkannya.

Mereka juga cuba menyekat media dari mengambil gambar demo berkenaan.

Dalam kelam kabut itu seorang dari mereka cuba rentap pas wartawan Agendadaily,Helme Hanafi sambil sergah dan marah-marah.



Kejadian yang berlaku tidak lama lepas Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiba untuk merasmikan kongres itu - disaksikan oleh sebilangan wartawan dan jurugambar lain di situ.

Turut hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR.- 27/11/2010
ISAC at 09:00 1 comment:
Share

27 Nov 2010

Pendakwah Cat Steven Datang ke Malaysia Untuk Hadiri Konvension PKR???


DATUK Seri Najib Razak bersama Dr Sheikh Yusof Islam (tengah) yang dulunya dikenali sebagai Cat Stevens, dan isteri, Fauzia Mubarak Ali (kiri) ketika menerima kunjungan pendakwah Islam itu di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. Yusof yang dalam perjalanan ke Melbourne, Australia, singgah di Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. - Foto BERNAMA
Nov 26, 2010 8:07 pm (Berita Harian)


Komen Isac;

Mengapa pulak DSAI tidak mendapat sokongan dan perhatian Cat Steven bekas penyanyi rock yang kini telah menjadi pendakwah terkenal ye???

Pada pandangan penulis Cat Steven ataupun Yusuf Islam lebih "hebat" daripada TG Nik Aziz...

Beliau mulanya bergelumang dengan dosa dan noda (dadah, arak perempuan namakan apa sahaja), akhirnya mendapat hidayat (subhanaullah) dan kini beliau adalah di antara umat Islam yang sedang mengembangkan syiar Islam di United Kingdom dan menjadi ikon kepada umat Islam di seluruh dunia... Menyeru kepada Islam dan persaudaraan islam.

ISAC at 23:05 6 comments:
Share

Kecoh!!! Demonstrasi Bantah Keputusan Pemilihan Parti di Kongres Nasional PKR!!!

Gambar -Fail

Kongres Nasional PKR kecoh, ahli anjur demonstrasi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KongresNasionalPKRkecoh_ahlianjurdemonstrasi/Article
2010/11/27


PETALING JAYA: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR)kecoh di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila sekumpulan ahli parti itu mengadakan demonstrasi membantah keputusan pemilihan parti, baru-baru ini.
ISAC at 11:40 No comments:
Share

26 Nov 2010

Benarkah Dunia Persilatan Melayu Memulaukan Pas???

Sholin Fighter dan Pas. Mereka Mempertahankan Islam???


Najib dan Ahli Silat Gayung



Mahyuddin dan Ahli Silat Lincah


Najib dan Tuan Guru Silat Cekak Hanafi


Cuba renungkan apakah yang tersirat??? Benarkah Dunia Persilatan Melayu memulaukan Pas??? Jika benar??? Apa sebabnya???
ISAC at 20:40 9 comments:
Share

Gempar!!!! PKR Bakal Cetuskan Demonstrasi Jalanan Mirip "Reformasi Jalanan 1998" ???



Komen Isac;

Ya kemungkinan itu boleh berlaku.... Tetapi golongan "reformasis" ini akan berdemo untuk menentang penyelewangan, ketirisan dan ketidakadilan yang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyaat , yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kanan mereka sendiri....

Sungguh ironi kerana "parti" yang adil hanya pada nama......

Kilik sini untuk berita lanjut.
ISAC at 10:29 No comments:
Share

25 Nov 2010

Mazlan (ANAK) Akan Membela Rakyaat Laos???

'Presiden Laos teruja dengan Felda'
Nov 25, 10 4:59pm
http://www.malaysiakini.com/news/149155

NONEKejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor (kiri, tengah) berkata Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda hari ini.

"Presiden Laos telah menyatakan senang hatinya setelah mendapat maklumat tentang Felda dan beliau sangat teruja dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhannya sehingga kini hinggakan menyatakan keinginan beliau untuk bertukar pengalaman dan kepakaran antara pegawai dari negara itu dengan Felda mengenai pembangunan tanah.

"Beliau berminat untuk mengambil pengalaman Felda menghadapi kesulitan di peringkat awal (penubuhan) iaitu pada 10 tahun pertama dan bagaimana Felda berjaya melepasi period kesulitan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Laos di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Komen Isac;

Mazlan ni bernaung di bawah Felda tapi menghentam Felda... Jika Felda betul-betul menindas rakyaat, mungkin Mazlan patut pergi ke Laos dan melobi rakyaat negara tersebut agar menolak rancangan kerajaan mereka "meniru" konsep Felda.

Pelik bukan? Felda ditiru sampai ke luar negara seperti Brazil dan Laos tapi peneroka Felda sendiri ada yang menentang Felda.

Katanya Mazlan pernah meeninggalkan Felda dan pernah memohon untuk mengikutinya semula...

Adakah tindak-tanduknya semata-mata kerana dendam atau bermotifkan politik, hanya beliau yang mengetahuinya...
ISAC at 22:00 1 comment:
Share

Liwat II - Gantikan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah???

Ahli PKR suka gaduh!!!

 Ahli PKR suka ganggu orang.


Ahli PKR suka tipu dan tikam belakang kawan!!!




Komen Isac;

Mungkin ada di antara kita yang terlepas pandang!!!

Di sebalik apa yang di wawarkan oleh PKR dan DSAI bahawa kes Liwat II ini kononnya adalah konspirasi "jahat" BN, kes ini sudah lebih dua tahun tertangguh dan masih tidak habis-habis lagi dibircarakan... Sudah lebih 30 kali tertunda... Tetapi barisan peguambela masih tak habis-habis cuba untuk menangguhkan kes, menggugurkannya (elak untuk dibicarakan) dan telah beberapa kali mencuba untuk singkirkan hakim yang mengadili. Walaupun ada lebih sepuluh barisan peguambela, kalau seorang "demam" maka kes terpaksa ditangguhkan....

 Agak-agaknya kalau hakim yang mengadili kes ini adalah seorang ahli PKR yang "adil, telus dan tidak berat sebelah" apa akan jadi ye??? Kalau beliau seorang yang berani seperti Datuk Zaid ataupun YB Zul, rasa-rasa penulislah... Bukan setakat Karpal dan lain-lain peguam yang kena penjara kerana "menghina" mahkamah, dengan DSAI sekali pun akan disumbat ke penjara....

Nak sedap lagi jika beliau (Tuan Hakim) tu sama "perangai" seperti ahli-ahli PKR yang menghadiri pemilihan PKR baru-baru ini, harus ada yang kena tinju atau kena tembak!!!
ISAC at 14:00 4 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.