28 Nov 2010

Doktor Pencekik Darah???

Hampir pengsan bil hospital RM23,000
Oleh Syed Azwan Syed Ali
2010/11/28

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.


Komen Isac;

Semua orang perlukan duit... Tapi janganlah sampai "cekik darah". Jika perkerjaan lain perlu bersaing.... Kontraktor perlu masuk tender dan selalunya margin kurang dari 10%, begitu juga persaingan sengit dalam industri kereta, komputer, kamera dan lain-lain yang "harga" barangan baru saban tahun semakin rendah... Mengapa pula kos perubatan melambung sampai tidak terkawal???

Mungkin Kementerian Kesihatan perlu memantau dan menyiarkan bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital swasta!!! Untuk makluman orang ramai...

Pihak syarikat insuran kesihatan juga wajar menyenarai-hitamkan hospital-hospital yang cekik darah!!!

Kepada para penguna pula, janganlah mentang-mentang bil hospital ditanggung oleh pihak majikan ataupun oleh syarikat insuran, sakit pening, demam dan batukpun sampai nak jumpa doktor pakar....

Kalau zaman emak bapak kita dulu takat beli dan makan panadol/aspro aje bila demam.... Sakit perut cerit-beret  makan pil cikittekon.....Kita semakin manja ??? Atau dimanjakan???


3 comments:

  1. Memang hospital swasta macam sial. Aku bawa bini aku kebas-kebas kat tangan kat satu specialist hospital di Ipoh. Picit-picit jari, taruk wayar connect ke komputer. Tak sampai setengah jam selesai bagi ubat makan. Suruh datang balik dalam 2 minggu. Periksa bill nah RM 850.00 !. Lepas tu aku tak gi dah walaupun kompeni yang bayar.

    Ubat tu aku check kat farmasi luar harganya cuma 0.70 sen sebutir!

    ReplyDelete
  2. ini mesti doktor yang gi belajar kat indon yang spm dapat 3

    ReplyDelete
  3. Hospital specialist mengamalkan system memerangkap pesakit2. Lebih2 lagi yg ada insurance cover.
    Yg mereka gemar pesakit yg datang ke emergency care unit. Walaupu penyakit itu ringan, pesakit akan di letakan under observation. Mungkin juga berhari2. Kerana cajnya tinggi. Minta bed maaf takada. duduk lagi. Tunggu doktor tak datang...sibuk.
    Dlm pada itu cek darah, buat exray,scan dan lain2. Sebut sahaja rasa sikit belakang, specialist tulang di panggil, sebut sikit sakit kebas pakar saraf di panggil, sebut telingga ini berdegung pakar telinga, mata dan hidung di panggil. Pendek kata sebut sahaja apa2 lepas satu pakar ke satu pakar akan datang.
    Tanpa pembedahan minor or major, purata caj harian ialah antara RM 1000 hingga ke RM2000.
    Syarikat Insuran kesihatan menanggung kerugian besar di didalam portfolio ini.
    Rumah2 sakit swasta,termasuk semua system di dalam makanisma perurusan mereka dah tak ada conscience, tak ada belas kasihan dan tak ada atika.
    Ubat penadol di jual dengan harga berpuluh2 ringgit. Saya sendiri kena lebih seratus ringgit.
    Saya minta SM Idris CAP dan badan2 yg lain harus memulakan inquiry kebangsaan terhadap pengamal perubatan hospital2 swasta ini.
    Kalu saya ini bukan islam baik telan racun sebelum ke hospital swasta.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.