26 Nov 2010

Benarkah Dunia Persilatan Melayu Memulaukan Pas???

Sholin Fighter dan Pas. Mereka Mempertahankan Islam???


Najib dan Ahli Silat Gayung



Mahyuddin dan Ahli Silat Lincah


Najib dan Tuan Guru Silat Cekak Hanafi


Cuba renungkan apakah yang tersirat??? Benarkah Dunia Persilatan Melayu memulaukan Pas??? Jika benar??? Apa sebabnya???

9 comments:

  1. Pertubuhan-pertubuhan silat memang sokong BN.Tapi Ahli/anggota secara senyap-senyap sokong Pas.

    Mana ada pertubuhan silat berani sokong terang-terang macam bulan purnama nanti disekat bantuan.

    Strategi dan jurus-jurus silat kena ada !

    ReplyDelete
  2. Kita hidup janganlah asyik bermuka-muka. Kerana mungkin hasil dari gaji yang diterima tidak halal kerana bekerja untuk orang lain tapi secara diam-diam benci pada orang itu dan menyokong orang lain.

    ReplyDelete
  3. setuju dgn sudirumusibarat...

    aku ada pengalaman, belah bini aku pun sama...guru yg menyebelahi kerajaan akan disekat, dan mcm2 lagi...so, cara yg paling bijik ketika ini adalah secara sembunyi2...kaedah ini ada dalam Islam, orang kata jalan hikmah...

    kepada wake Up..

    kalau begitu, semua penyokong PAS yg bekerja dgn kerajaan berdosa besar...rezeki mereka haram sbb kerja kerajaan tapi sokong PAS..

    jangan sempitkan minda, jangan reka hukum agama..belajar lagi...

    ReplyDelete
  4. kita mesti ikhlas dalam hidup...apa hukumnya talam 2 muka? Orang PAS begitulah..kutuk kerajaan, tapi tang gaji/bonus diorang no.1.
    Kalau tak ada kepentingan kutuk, kalau ada faedah pada diri, baik!!!!! orang bagi sumbangan rasuah, kita bagi sumbangan, duit zakat!

    ReplyDelete
  5. bukankah pas yang buat fatwa macam tu..sapa yang terima bantuan pas yang tak sokong pas hukumnya haram..begitu juga kakitangan kerajaan negeri kelantan yang d gaji oleh kerajaan pas kelantan diingatkan supaya tidak menyokong bn/umno bagi mengelak dituduh menderhaka dan di masukkan ke dalam neraka...sapa yang sempit minda sapa,,,kalau pas buat boleh kalau umno buat...minda sempit...haram..salah di sisi islam...apa ni....johornegeri......

    ReplyDelete
  6. ada kerja ada gaji.ada ke orang tak bekerja dibayar gaji.Tugas terlaksana gaji adalah hak.

    kerajaan dipilih rakyat
    kalau rakyat tak pilih BN jangan sombong tak boleh jadi Pemerintah punya!Sama ada jadi swasta,ngo dan sdn berhad lain-lain.
    Ingat itu!

    Penjawat awam adalah pekerja(yang dipilih mengikut kelayakan )
    Pemimpin Negara adalah pekerja(yang diundi)
    bekerja untuk rakyat yang memilih kita.
    Kita adalah pemegang amanah.

    Akuilah Pemimpin politik adalah pengemis semasa pilihanraya.Ingin menjadi wakil @ suruhan rakyat.Hina kan masa ni!
    Rakyatlah penyumbang dan penyambung tali hayat semasa parlimen/dun dibubar.

    Sektor awam tetap berfungsi siapa pun memerintah.Khazanah negara bukan harta parti.Berundurnya parti pemerintah tidak melayakkannya membolot bersama kekayaan negara sebagai kekayaan parti.
    Kekuasaan adalah pinjaman.

    Kekayaan negara kekal warisan bersama.

    Khazanah negara adalah harta rakyat yang perlu dipergunakan untuk kepentingan semua.Bukan untuk kemewahan para pemimpin sebenarnya.

    Penjawat awam tidak pertikai dasar-dasar yang menguntungkan rakyat malah bertindak mengikut piagam pelanggan untuk memaksimumkan kehendakdan keinginan serta kepuasan rakyat sebagai pelanggan.

    Cuma mana-mana dasar yang menguntungkan sebelah pihak itulah yang dipertikai dan disanggah oleh penjawat awam.Sebaimana ketidakpuasan pelanggan begitulah berlakunya ketidakpuasan penjawat awam terhadap dasar-dasar tertentu.Harus faham ini!

    Adanya pembangkang itu pun kehendak demokrasi.Yang ingin menjanjikan dan menawarkan perkhidmatan/dasar-dasar yang lebih baik(sama ada baik sedikit atau baik 100%-1000%).Dan ini tidak salah.

    Kepentingan segelintir ahli politik pemerintah dan kroni-kroni itulah yang ditentang.
    Adakah penjawat awam yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan?

    Pemimpin pembuat dasar ,penjawat awam adalah pengikut(sama ada suka atau tidak).Jika pelaksanaan gagal, corak pemimpinlah yang salah.


    Oleh itu usah persoal gaji/upah yang layak mereka perolehi setelah keringat mereka tercurah.

    ReplyDelete
  7. bodoh nak sama kan gaji yg di perolehi oleh pegawai kerajaan dengan bantuan yg di berikan kepada persatuan silat.Bantuan dan gaji dua benda yg berbeza bahalol!!!!!!!!jadi jgn bersifat talam dua muka..

    ReplyDelete
  8. Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini pd 3 november 2010.

    Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

    Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

    “Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.“ Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.

    “Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.

    AKU - Kalau ada orang terima bantuan drp kerajaan BN, hukumnya haram kalau mereka sokong pas/pkr/dap!!!!!

    sudirumusibarat merupakan talam 40 muka! anda ada pilihan utk berhenti bekerja dgn majikan yg anda tidak suka! mengapa masih terhegeh2 nak kerja dgn majikan yg anda rasa tidak adil memanjang??? HARAM TU!!! berdegar2 cakap pasal hak tapi hak diri sendiri yg utama iaitu 'bersikap jujur' & " 'amanah' apa takdak ka dlm diri? kalau manusia jujur dia ada prinsip yg teguh iaitu tidak bermuka2....ini tidak, kerja dgn majikan (kerajaan bn) tapi melawan majikan (kerajaan bn) dlm diam2 mahupun secara terang2..hipokrit namanya!. kalau anak anda sendiri melawan anda dlm diam, last2 anda tahu, apa rasa? tak marah ke anak tu? tentu tak boleh sebab anda punya prinsip 'tak apa melawan dlm diam @ tikam dari belakang'!!kan?

    sebagai penjawat awam, anda merupakan barisan depan kerajaan dlm mempertingkatkan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan. jika anda sendiri tidak pernah ikhlas utk menyokong dasar2 kerajaan & sering menidakkan kebaikan yg anda terima, undurlah, jgn gunakan isltilah2 spt hak pekerja & sebagainya jika anda amat benci majikan anda....barulah tidak hipokrit namanya.

    ReplyDelete
  9. macam-macam komen yang aku baca..hahaaha..semuanya ada betul dan ada salahnya..cuma aku tertanya-tanya..apakah maksud kerajaan..adakah kerajaan hanya wujud jika umno-bn sahaja memerintah atau kerajaan wujud jika 3 cabang utama dibawah YDPA itu wujud..?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.