2 Oct 2010

Integriti Polis Kian Terhaks???

Siasatan terperinci salah laku anggota berhubung kes dadah


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas kes salah laku 10 anggotanya berhubung kes rampasan dadah bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas.

Ismail berkata, beliau mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.

"Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara ini berulang lagi," katanya pada sidang berita di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas itu milik tertuduh selain memanggil dua saksi penting berhubung kes itu.

Menurut Akhtar, mahkamah juga dimaklumkan mengenai satu laporan palsu dibuat pengadu selain pengakuan beberapa anggota polis yang mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram.

Ismail berkata, beliau kecewa dengan apa yang berlaku kerana kes tersebut mendapat pendedahan baik tentang kejayaan polis namun akhirnya merugikan apabila ia gagal dibuktikan di mahkamah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun mengesahkan seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib berhubung kes tersebut.

Antara yang dikenakan tindakan tersebut ialah seorang pegawai cawangan narkotik berpangkat Inspektor, manakala sembilan lagi merupakan anggota yang menjalankan tugas-tugas am.

"Setakat ini, kesemua anggota dan pegawai terlibat diberi amaran dan pergerakan gaji mereka digantung. Semua tindakan tersebut telah diambil sebelum kes dibicarakan," katanya.

Othman berkata, siasatan dalaman pihaknya mendapati berlaku kejadian pecah amanah dalam kes tersebut selain pegawai penyiasat yang tidak cekap ketika menjalankan tugas. - Bernama



Komen Isac;

Pihak polis  perlu lebih amanah, jujur, cekap, beretika, berdisiplin, berpelajaran dan juga berpengetahuan. Perlu diingat sejak akhir-akhir ini pihak penjenayah juga telah semakin "daring" mereka bukan setakat boleh membayar ratusan ribu malah jutaan ringgit kepada peguambela-peguambela mereka malah mereka juga sanggup ke tahap untuk menghapuskan bukti dan saksi.

Dalam kes di atas jika bahan-bahan bukti tidak di kawal dengan rapi, dan penjenayah-penjenayah menghantar kuncu-kuncunya untuk mencuri dan menghilangkan sebahagian daripada dadah yang dirampas, pihak pendakwaraya pasti akan kalah dalam perbicaraan dan penjenayah pastinya akan terlepas!!!

Jestru pihak polis dipelbagai pangkat juga perlu mengetahui betapa penting buat setiap anggota untuk menjaga amanah yang diberikan. Jangan ada yang termakan hasutan mereka untuk berlaku curang. Penjenayah sekarang tidak seperti dahulu lagi...Mereka ini dilindungi oleh peguam-peguam sangat berkaliber.

Zaman di mana setiap penjenayah pasti akan disabitkan kesalahan mereka, apabila dihadapkan ke muka pengadilan telah berlalu... Walaupun bukti telah lengkap, pihak peguambela-peguambela tanpa etika ini akan menggunakan segala tipu-muslihat mereka untuk memenangi kes terutamanya dari segi teknikal, seperti bukti hilang dalam simpanan polis, silap catatan haribulan, silap timbangan, nama tak betul dan lain-lain.

Ingatlah selain institusi polis penting untuk rakyaat "menumpang teduh" daripada penjenayah, di Malaysia institusi ini juga mewakili imej "Islam" dan orang Melayu. Jika institusi ini dibiarkan diperkotak-katik oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab yang mendapat malu adalah kita semua. Jestru institusi ini perlu dibersihkan dan dipertahankan dengan apa juga caranya tidak kira berapa harganya!!!!!

5 comments:

  1. Kalau dah nama polis tak makan duit orang kata bukan polis
    Sebagai ganti polis yg 10 ini patut digantung atas sebab bersyubahat.
    Ada ka logik, terang-terang kena tangkap, tiba-tiba barang saksi hilang kena curi..
    Bila orang kata polis makan rasuah MARAH!! tapi bila pecayakan polis ni lah jadinya.

    ReplyDelete
  2. Perbuatan segelintir polis,mencemar nama PDRM seluruhnya..sepatutnya mereka yang memegang amanah dihukum lebih berat bila melanggarnya.

    ReplyDelete
  3. kalau lah polis boleh diganti dengan rela,dah lama aku tak mau berurusan dengan geng yang sombong,bongkak,ego,salah guna kuasa dan macam2 lagi nie....polis nie sangat kurang ajaq,mcm depa tuhan didunia,patutlah rakyat marah sangat dengan polis,bebal lebih dari setan....nak tau kenapa depa setan,baca berita diatas,ini sebab bloger yang dedahkan,yang tak dideahkan,hari2 ada saja cerita pasai polis tak guna nie...aku benci polis...minta maaf!!!!

    ReplyDelete
  4. Polis ahsyik di tyakut lama.. balai polis tempat simpan barang kes..adakah ianya selamat.. cukup.. kereta ditahan hingga 10 tahun masih tersadai.. mula2 lengkap.. last sekali pintu , tayat dalaman semua hilang...orang luar punya keja atau orang dalam ? tentu orang dalam Polis sendiri .. itu lum masuk duit/ barang kemas yang di rampas..entah cukup atau tidak.. nanati rantai 1 kaki jadi 6 inci aja.. sepatutnya polis kena wujudkan Jabatan Barang Kes.. Semua barang kes Jenayah/ Narkotik/komersial/ balai2 ada ruang tempat meletakan kenderaan yang dirampas ( Berpusat ) dan di kawal 24jam dan ber cctv berpusat hanya pihak tertentu mempunyai akses untuk masuk kedalam mesti ada id, dan tempat simpan barang kes kecil dan berharga atau tidak ada bangunan khas.. macam amri senjata tentera atau Polios bukan semua orang leh masuk.... macam di US..hanya orang tertentu mengawalnya dan pegawai yang nak ambil mesti mendaftar ...kita sering dengar pegawai Polis kita kursus di luar negara tapi hasil nya TAK ADA...sebab Kera Jaan pun tak beri peruntukan... Imej POlis tercalar lagi sebab tak ada perumabah, balai Polis di jadikan kedai besi buruk tak siap peduli.. orang yang harta pun da matai pegawai penyeiasat pun dan tranfer dan ada yang da berpangkat besar..Harapan Keraaajn berikan Perhatian sewajarnya Kepada Perkara tersebut, jangan ianya menjadi NANAH untuk Pembangkang pecahkan, IANYA IMEJ KERA jAAN jUGAK.....Anggota Polis nampak gayanya da tak ada .. ( minta maaf ) Integriti lagi..( Bukan Semua )...SERAH BARANG YANG DI JUMPAI TAK SEMETI BARANG ITU SAMPAI KE TANGAN ORANG YANG HILANG...CONTOOH ic...SERAH BALAI SIMPAN DALAM LACI.. BERTAHUN TAK ADA APA2 TINDAKAN SERAH KEPADA jpn CONTOHNYA JIKA ORANG ITU TAK DAPAT DI KESAN...

    ReplyDelete
  5. Salam Isac-tahniah dengan paparan baru anda.harapan KPN semoga kita penduduk Malaysia sama-sama membantu mereka bagi membenteras salah laku yang terdapat dalam pasukan Polis.mari kita sama-sama memberi bantuan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.