2 Oct 2010

Hanya Selangor Yang Belum Naikkan Tarif Air .....

Umno Kedah bantah Sada naik tarif air

October 01, 2010
 
Tarif air di Kedah akan ditingkatkan 1.6 peratus mulai 1 Oktober. — Foto Reuters

ALOR SETAR, 1 Okt —  Badan Perhubungan Umno Kedah membantah keras tindakan Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) menaikkan tarif air dan menyifatkan tindakan itu hanya memberi tekanan ekonomi kepada penduduk serta sektor perniagaan di negeri ini.
 
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata kenaikan itu amat dikesalkan dan disifatkan sebagai “berita buruk” kepada seluruh rakyat negeri Kedah.

“Sehubungan itu kami mendesak kerajaan negeri mengkaji semula kenaikan itu kerana kenaikan itu sangat tinggi sedangkan kualiti perkhidmatan air di Kedah tidak mencapai tahap yang memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, sejak mula Umno telah menyuarakan kepada kerajaan negeri supaya tidak menaikkan tarif air kerana ia akan meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Rabu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Sada Datuk Adzmi Din mengumumkan tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Oktober bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Katanya tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini. — Bernama


Komen Isac;

Pulau Pinang dah naikkan tarif air, Kedah pun sudah... Kelantan nak naikkan air, air pulak tak ada....:) Nak korek telaga pun kena bayar.... Selangor ajelah negeri Pakatan yang masih tak naikkan tarif air lagi... Tapi melihatkan kepada adanya usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid, tidak keterlaluan jika penulis katakan Selangor juga bakal menaikkan tarif air selepas ini.

Dulu kata jika Pakatan memerintah, tarif air tak naik, negeri berkebajikan dapat air free... Sekarang, amik kau....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.