3 Sept 2010

Gereja Gay Pertama di Malaysia???

 

TINDAKAN seorang paderi menjadikan sebuah gereja di pinggir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan. - Gambar hiasan



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.

Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.



Komen Isac;

Sejak kes liwat DSAI dibicarakan pada tahun 1998, budaya "gay" sudah semakin berkembang... Kalau dahulu bila bercakap pasal "gay" ianya lebih tertumpu kepada "golongan pondan" yang "berniaga" pada malam hari di tempat-tempat tertentu seperti berdekatan panggung wayang "Coliseum" sedikit masa dahulu.

Tetapi kini golongan ini telah menjadi semakin berani, tentunya dengan adanya sokongan dari "luar". Sejauh mana kaitannya dengan kes perbicaraan DSAI, tidak pula penulis ketahui. Mungkin ada yang boleh membuat kajian tentangnya??? Desertasi untuk kajian Phd???

1 comment:

  1. Salam ISAC, ini perkembangan mungkin baru orang lain tahu tapi sebenarnya sudah berpuluh-puluh tahu dah berlaku...

    banyak sangat kepincangan yang berlaku dalam Kristian waktu ini dan banyak juga perubahan demi perubahan dilakukan dalam ajaran agama Kristian itu sendiri...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.