3 Sept 2010

Gempar Satu Lagi Bukti Pas Tolak Hudud??? Lebih 50 tahun



Komen Isac;

Lebih 50 tahun Umno "diperangi" dan dihina oleh Pas gara-gara menunjukkan sikap "sambil lewa" dalaam usaha untuk memertabatkan hukum hudud.

Kini setelah merasa "kemanisan" tampuk kekuasaan dan berpeluang bersama-sama "mentadbir" kewangan beberapa buah kerajaan negeri. nada Pas terhadap perlaksanaan hukum hudud sudah semakin "longgar". Terbaru di atas dipaparkan  kenyataan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, kedudukan pendirian terbaru PAS berkenaan "hukum hudud".

Ini mengesahkan lagi kenyataan DS Egr Nizar dalam persidangan DUN Perak bahawa melaksanakan hukum hudud tidak terdapat dalam transkrip ataupun piagam PAS.

Komen penulis, ianya masih menjadi "wajib fardhu kifayyah" kepada kita semua tidak kira Melayu/Islam PAS, Umno, PKR ataupun yang tidak berparti.

Cuma yang jelas, bolehkah jika penulis rumuskan bahawa telah lebih 50 tahun, orang Melayu/Islam di Malaysia ni kena tipu dengan PAS? Sememangnya lidah manusia bercabang???

1 comment:

  1. Aku sangat bersimpati dgn Tun Dr Mahathir semasa jadi PM dulu kerana pelbagai kutukan dan fitnah diberikan oleh puak hamPAS kononnye Tun dan kerajaan menentang hukum hudud. Segala macam gelaran yg keji diberikan sampai keturunannye pun dikait sama tapi Tun begitu tenang dan banyak bersabar dalam berhadapan kebodohan puak nie.

    Kini kebenaran akhirnya telah Allah swt tunjukkan bahawa pemimpin hamPAS ini sebenarnya tidak jujur dalam perjuangannya utk menegakkan hukum hudud. Hukum hudud hanya dijadikan alat untuk memecahbelahkan orang Islam saje. Begitu juga ayat suci Al Quran dijadikan rujukan untuk membakar perasaan orang Islam supaya menentang pemimpin dikalangan orang Islam sendiri.

    Akhirnya cita-cita pemimpin hamPAS untuk melemahkan orang Islam telah hampir tercapai hasil dgn kerjasama puak-puak yg suka melihat perpecahan dikalangan orang Islam. Buktinya bila diajak bersatu dalam berjuang untuk memastikan hak orang Islam dipelihara, mereka memberikan pelbagai alasan. Alasan kononnya kerajaan hari ini tidak Islamik dan tidak mengikut ajaran islam yg sebenarnya adalah hanya sekadar alasan untuk menggagalkan hasrat perpaduan itu. Soalan aku bagaimanakah pemerintahan Islam sebenar dapat ditegakkan jika mereka pun hanya sekadar boneka dalam PR. Belum apa-apa sudah diikat dengan perjanjian untuk menolak hukum Islam. UMNO walaupun sikap pemimpinnya buruk pada pandangan mereka namun belum lagi tergamak nak membuat perjanjian bertulis dgn mana-mama komponen BN bagi menentang hukum hudud. Pada aku pemimpin UMNO ini jelas lebih jujur daripada pemimpin pas yg hipokrit dan suka mencari salah orang saje.

    Dalam keadaan orang Islam semakin lemah ini aku menyeru supaya kita sesama Islam rapatkan ukhuwah dan bersatu bagi memastikan hak orang Islam akan tetap dipelihara. Kita tidak punya masa yg banyak kerana PRU13 semakin hampir dimana apakah kita mahu hidup seperti orang Melayu di negara jiran kita dimana semua kebebasan dan haknya terus disekat.

    Jadi bersatulah demi agama bangsa dan tanah air.

    Sokong PAS=DAP & PKR, Islam tetap rugi.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.