17 Aug 2010

Khalifah Umar Abd. Aziz "Pas" Gagal di Pulang Pinang???

Keluarga Miskin di Bandar Warisan Unesco...

Susan Loone
Ogos 17, 10. 12:26pm
http://www.malaysiakini.com/news/140286

Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang boleh berbangga dengan bangunan pencakar langitnya dan pada masa yang sama dengan statusnya sebagai tapak warisan Unesco yang meraikan ulang tahun keduanya dalam acara gilang-gemilang bulan lalu.
Namun di sebalik kejayaan itu, masih ada penduduk miskin di negeri itu, khususnya di pinggir bandar yang menghuni di tempat yang tidak layak digelar sebagai kediaman.

Antara mereka adalah pasangan Md Abu Bakar Abbas, 58 dan isterinya Majimin Mohamad Yusoff, 50 yang menghuni di Jelutong - mereka tinggal di sebuah pongok usang yang menunggu masa untuk menyembah bumi di kawasan paya yang memeritkan hidung. Pondok pasangan warga emas itu kekurangan banyak kemudahan asas. Ia hanya mempunyai tempat memasak, katil dan beberapa perabot usang dan telah bertahan sejak hampir 40 tahun lalu di Kampung Jalan Kota Giam.

Dapur dan sebahagian daripada bilik air yang didirikan dengan kayu lapis yang kini reput dan hanya menunggu masa sebelum ranap. Namun pasangan itu belum bercadang untuk berpindah kerana mereka tidak mempunyai pilihan.


“Kami tidak mempunyai anak. Ahli keluarga yang membantu dari semasa ke semasa tetapi mereka juga mempunyai bebanan masing-masing,” kata Majimin yang sebelum ini bekerja sebagai pembersih.

Terdapat 34 rumah kayu dan 250 orang menghuni di Jalan Kota Giam yang kini menjadi paya setelah Lebuhraya Jelutong bernilai RM700 juta yang terletak berhampiran siap dalam 2006. Kampung itu terletak di kawasan tanah kerajaan negeri dan betaraf sementara.

Menurut beberapa penduduk, kampung ini asalnya didirikan di sebuah pantai yang cantik yang dinamakan Pantai Jelutong tetapi mereka pada 1998 diarahkan berpindah. Namun projek perumahan itu terbelangkai dan tidak diteruskan.


Kebanyakan keluarga yang menetap di sana berpendapatan kurang RM1,000 dan bergantung kepada lebih dari satu pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Majimin, terpaksa berhenti bekerja bagi menjaga suaminya yang lumpuh dari bahagian pinggang dan ke bawah sejak tahun 2007.

Ini kerana Abu Bakar, yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan dan juga nelayan pada waktu terluangnya diserang angin ahmar dan menghadapi kesulitan bertutur serta amat bergantung kepada isterinya untuk menjalani kehidupan hariannya. “Saya terpaksa lakukan segala-galanya untuk dia, bagi dia makan, minum, mandi, dia tak boleh semua itu sendiri,” kata Majimim.

“Saya juga terpaksa papahnya ke bilik air, jika tidak dia akan jatuh, saya tak larat untuk dukungnya,” katanya sambil menambah dia amat bersyukur kerana jiran-jiran kerap-kali datang membantu.

Keadaan Majimin sendiri juga boleh dikatakan tidak terurus dengan keadaan kesihatannya dilaporkan tidak baik. Dia juga menghadapi masalah pendengaran dan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan baru. Pasangan ini tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap kecuali RM300 yang Abu Bakar terima setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun baru-baru ini, jawatankuasa masjid melakukan kerja-kerja membaik-pulih rumah pasangan itu tetapi berkata mereka memerlukan RM15,000 lagi bagi melengkapkan kerja mereka. Simpanan KWSP Abu Bakar yang hanya berjumlah RM2,800 telah digunakan untuk membuat kerja-kerja permulaan baik-pulih berkenaan.


Pengerusi, biro aduan dan kebajikan Jelutong, Khairil Annuar Kamaruddin sedang memungut derma bagi membantu pasangan itu.

“Banyak sektor telah menjalankan tanggung-jawab mereka termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan,” kata Khairil Annuar, yang juga adalah ahli jawatankuasa PKR cawangan Jelutong.

“Kami berharap lebih ramai orang akan tampil bagi membantu pasangan ini mendapatkan rumah yang lebih baik sebelum hari raya,” katanya.


Komen Isac

Ironinya kerana mereka belum menjangkau umur warga emas iaitu 60 tahun ke atas, mereka mukin tidak layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan negeri PR sejumlah RM 100.00 setahun??? Betapa besarnya nilai RM 100.00 setahun buat mereka....

Khalifah Umar Abd. Aziz "menghapuskan" kemiskinan penduduk di zaman pemerintahan yang agak singkat iaitu sepanjang 2 tahun 10 bulan.

4 comments:

  1. Tu soalan bocor tu Isac. Jawapannya mudah saja.

    "Tu semua peninggalan BN. kenapa nak salahkan kami?"

    kepada warga emas yang dah dapat RM100.oo tu tutup mulut dah lah. Kalau RM100.00 tu tak cukup nak beli jeruk, beli je tembakau. Buat sentil. Kenyang sepanjang hari.

    Aku yang Bingai
    Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. Aku ni orang johor penyokong tegar BN,Sebelum Khalifah Umar Abd. Aziz Guan Eng perintah Penang, Kan BN perintah Penang siap ade timbalan Cheif Minister Melayu lagi 1959 sampai 2008 Bai! kalau nak cakap 100.oo ringgit setahun LGE tak bagi abis BN buat ape sebelum ni??? 49 tahun Penang bwh BN dari Pow Nee sampai Tsu Koon.dan dibantu timbalan Melayu UMNO Penang lagi. TAK PIKIR KE?????????? Bagi UMNO PENANG terime jelah kenyataan you sebelum ni tak buat keje yang cukup bagos utk org melayu penang dan tak payah la nak ngutuk2 guan Eng. lebih baik muhasabah diri sendiri tak payah nak panggil org CINA pendatang ko tak buat keje tak betol dulu.


    ORANG JOHO

    ReplyDelete
  3. yang nio kena bagi kat Yusof dari Kawasan Jelutong..hari tu katanya UMNO x bawa pembangunan..saya nak tanya apakah tuhan dah butakan mata dia,,dah pekakkan telinganya ke???dopk di jelutong yang uda buat rumah bagi orang Melayu jelutong duduk dengan selesaa tu sapa buat??Hang jangan jadi munafik..kalo UMNO tak buat depa masih duduk atas laut berak kat situ..tidur pun atas tu jugak...PAS ni kalau nak fitnahkan orang entahla..sebab tu pemikiran saudara yusop kawasan jelutong jumud..dah penuh denga hasad dengki..insaflah yusof..insaf...

    ReplyDelete
  4. tak payah dok sibuk mengata kat sesiapa pun. saya yang publish isu nie. saya dah tukar rumah nie jadi banglo dah pun. yusof pun bantu. UMNO buat apa ? disebabkan tunggu UMNO la.. rumah nie jadi mcm nie...

    Anuar Jelutong

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.