18 Aug 2010

Dr. Pornthip Sudah Berada di Malaysia...Gobind Masih Nak Tangguh Kes???

Pornthip tiba diselubungi kerahsiaan, kawalan ketat

Hafiz Yatim dan Lee Way Loon
Ogos 17, 10
1:37pm
http://www.malaysiakini.com/news/140299

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand.


Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinan Teoh mati akibat dibunuh.

Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan besah siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu.

Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada bedah siasat itu.


Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian.

Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri.

Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya.

Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen.

Komen Isac;

Apa pulak yang Gobind nak buat esok??? Nak tangguhkan lagi kes? Macam mana pula Dr Pornthip hendak mempertahankan hujahnya yang terdahulu??? 80% dibunuh sedangkan pakar-pakar lain masinh tida sependapat dengan beliau? Berapalah agaknya bayarannya ye?

Jika sebelum ini Prof Dr Peter Vanezis mendakwa keselamaannya diugut kerana dilihat memberikan penerangan yang berbeza 100% dengan Dr Porn, apa pula yang akan berlaku esok? Siapakah yang lebih hebat? Pakar Malaysia, pakar UK ataupun pakar dari Thai ini???

3 comments:

  1. Sepatutnya dari awal haru tu lagi pakar dari Thailand ini dihalang dari menunjuk pandainya yang pandai pandai tu. ...

    ReplyDelete
  2. Bapa borik anak rintik.
    belajar HANYA dengan bapa jadikan minda tertutup.
    hehehehe

    Aku yang Bingai
    Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  3. habislah kaldai kaldai ni,semakin kusut nak menegak benang basah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.