8 Jul 2010

YB Zul Akui Kisah DSAI Diracun Arsenik Hanyalah Antara Fitnah Pakatan, Untuk Tumbangkan BN!!!

Zulkifli Nordin Dakwa Disuruh Berbohong Untuk Tumbangkan BN
 http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/7/mstar_berita/20100707210108&sec=mstar_berita
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit.

"Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam," katanya.

Zulkifli selanjutnya berkata contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi.

"Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu."

"Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok. -BERNAMA



Komen Isac:

Secara tak langsung jika dakwaan YB Zul adalah benar, TG Nik Aziz, TG Hj. Hadi, Dato' Haron Din Al Hafiz pun telah secara langsung ataupun tidak langsung telah terlibat dengan fitnah-fitnah yang dihamburkan oleh Pakatan Rakyaat......Untuk mebersihkan diri, apa kata jika mereka ini menjadi ahli Umno???

Bagi mereka yang masih mempunyai akal yang waras... Lu fikirlah sendiri, inikah cara perjuangan yang Rasullullah s.a.w. perjuangkan? Mengikut sunnah nabi???

2 comments:

  1. kalau zul kulim sendiri dah mengaku , apa pula kata melayu islam PAS yg masih memuja dan mengagungkan anwar ? kasihan ...puak2 pecacai pas masih terhibur dan terlena dalam sajak kemunafikan dan kebohongan anwar , anwar yang tak tahu malu masih terus sengih dan tersenyum ,

    senyum anwar senyum menang , kerana berjaya membiuskan otak puak pecacai Pas untuk terus mempercayainya ,

    dengan lambakan bukti dan fakta yg ada , ternyata puak2 pecacai dan penyokong pakatan haram masih tak sedar , masih diperbodohkan , dan malah merelakan diri terus diperbodohkan anwar ,

    ReplyDelete
  2. baiklah sekiranya YB Zul sudah sedar harap beliau cepat-cepat bertaubat,sekiranya iblis telah runtun kaki tuan-tuan yang belum sedar nantilah ya'juj dan ma'juj akan bermaharajalela. maka musnahlah segala kenimatan tyang ada.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.