7 Jul 2010

Usaha Anwar Menghentam Mahkamah Selama Ini Ternyata Cuma "Fitnah" Apabila Bala Telah Buktikan Bahawa Mahkamah Malaysia Sememangnya Adil???

PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah

Jul 7, 10 8:22pm
http://www.malaysiakini.com/news/136714

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam (kanan, tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006.

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.


Komen Isac;

Apa maksudnya ni? Adakah Bala mahu buktikan bahawa selama ini Anwar hanya mahu memfitnah institusi mahkamah? Walaupun beliau sebenarnya mungkin  cuba untuk mengaitkan DSN sebagi orang yang bertanggung-jawab dalam kes ini, iaitu suatu "tuduhan jahat" yang masih belum dapat dibuktikan sehingga ke hari ini, Bala sebenarnya tanpa "sengaja" telah membuktikan keputusan mahkamah bahawa Razak Baginda tidak bersalah adalah suatu keputusan yang tepat.

Perlu diingat DSN tidak dibicarakan dalam kes tersebut dan sebarang andaian dan tuduhun yang cuba mengaikan beliau tanpa bukti-bukti yang kukuh seharusnya ditolak mentah-mentah kerana sesungguhnya "dosa fitnah itu lebih berat daripada membunuh".

Kebenaran hanya akan dijumpai oleh orang yang mencarinya...

1 comment:

  1. SLM BRO..ORG KAMPUNG DH TAU SAPE MASTERMIND SI BALA NI. BALA DH DH DTG DAHHH KAT MAMAT TUU! HUHUHUHU

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.