6 Jul 2010

Tuan Guru Nik Aziz Sepatutnya "Sekolahkan" Penyeludup Dan Pencuri Subsidi di Kelantan....

PGM Pengkalan Kubor rampas minyak bernilai RM630,000
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/4876.asp


TUMPAT - Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, Pasukan Gerakan Marin Pengkalan Kubor merampas 6,700 liter diesel dan 27,175 liter petrol bernilai RM630,806 yang cuba diseludup ke negara jiran.

Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Tan Cheng San berkata, rampasan dibuat menerusi 57 tangkapan yang turut menyaksikan 18 kereta dan lapan lori yang diguna dalam cubaan menyeludup dirampas.

"Turut dirampas lima bot enjin galah, dua bot nelayan pukat tunda kelas 'C' dan masing-masing satu bot nelayan kelas 'A' dan bot nelayan kelas 'B' yang diguna untuk membawa bahan bakar itu," katanya selepas menghadiri kempen kebersihan pantai Geting di sini, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan tertinggi ialah pada Mei dan Jun iaitu masing-masing 15 tangkapan, diikuti Januari (9), April (8), manakala lima tangkapan masing-masing pada Februari dan Mac.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga pihaknya merampas 8,760 kg gula pasir, 119 kg minyak masak, bawang besar (190 kg) dan bawang putih (80 kg). – Bernama



Komen Isac;

Samada mahu diakui atau tidak kebanyakkan negeri-negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran kita iaitu Thailand dan Indonesia, telah menjadi tradisi bahawa sebahagian daripada rakyaat di negeri-negeri ini merupakan penyeludup ataupun "pencuri" subsidi...

Sebagai negeri yang digelar sebagai "serambi Mekah", Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sepatutnya menggunakan pengaruhnya sebagai "spiritual leader" untuk "mendidik"  rakyaat negeri Kelantan agar tidak penjadi pengkhianat kepada negara dengan meninggalkan pekerjaan sebagai penyeludup dan pencuri subsidi.

Jika ini dapat dilakukan oleh Tok Guru, mana tahu rakyaat dinegeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak juga akan mencontohinya... 


3 comments:

  1. Curi subsidi tak pe kira sedekah lah tu boleh menuju ke syurga, :p

    ReplyDelete
  2. Agak agak dari pintu sempadan mana yang RPK dan bala keluar dari malaysia ye? hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. pemimpin pemimpin nya mengaku memperjuangkan islam...sibuk berkokok kesana kemari tak sedar ekor bergelumang dgn tahi. tak mengapa kerja seludup menyeludup ni kalau mengikut fatwa wali terompah jamban di kira sebagai fardhu kifayah yg dapat membawa kesyurga...celako..celako...celako..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.