Isnin Julai 5, 2010 "Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra" - KPN KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran. Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu. “Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’ jelas Musa. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu. Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan. Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis. Komen Isac; Katanya mengikut rekod jabatan imigresen, RPK tidak pernah meninggalkan Malaysia. Yang peleknya mengapa beliau boleh berada di England? Lagi pelik, disebabkan ada ramai rakyaat Malaysia yang telah menyalah-gunakan pasport lawatan untuk bekerja dan menetap di England, sejak beberapa tahun kebelakangan ini rakyaat Malaysia perlu memohon visa lawatan untuk ke negara tersebut. Jestru itu bagaimana RPK boleh mendapatkan visa lawatan untuk ke sana? Adakah beliau menggunakan dan mempunyai pasport negara lain? Dalam lain perkataan adakah beliau mempunyai dua warganegara? Jika ya? Bukankah rakyaat Malaysia tidak boleh mempunyai lebih dari satu kerakyaatan? Jika beliau menggunakan pasport negara lain ataupun pasport palsu, bolehkah pihak KDN melucutkan kewargenagaraan beliau? |
Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 14 DiTepati!!!
Apa yang dipelikan kalau bejuta warga asing keluar masok malaysia tampa dikesan olih pehak berwajib, inikan seorang yang mempunyi dorongan seperti RPK untok keluar, tak mustahil kalau dia guna privet jet. Tak gitu !!!!!.
ReplyDelete1sekolah >1bahasa >1Malaysia
kwn tak rasa dia cuma ada satu kewarganegaraan. Kalau negara lain terutama Peru, manusia macam ni pasti ditangani ikut cara sendiri jer..
ReplyDeleteIsu keluar negara tanpa melalui laluan yang sah bukan satu masaalah kerana terdapat banyak cara.
ReplyDeleteIsu masuk negara lain pula mungkin melalui beberapa cara seperti:
1. Menggunakan Passport Palsu negara lain.
2. Tanpa passport dan memohon suaka politik.
3. Menggunakan Passport negara lain yang melindunginya. dan berbagai-bagai lagi.
England memang sering dikaitkan dengan Syurga Penjenayah kerana melindungi mereka selagi mereka tidak melakukan kesalahan di negara tersebut. (Contoh: Kes BBMB Hongkong/Carrian)
Selagi mereka membawa masuk duit selagi itulah pintu England terbuka luas dan ektradisi adalah satu masaalah yang besar bagi negara asal si penjenayah.
Oleh itu, tindakan Polis Negara adalah bersesuaian dengan peraturan negara tersebut di sebalik menunjukkan keperibadian Polis Malaysia. Sememangnya urusan ektradisi adalah urusan Peguam Negara dan pihak Polis tidak mempunyai kuasa.
Jadi, jangan ingat Polis tidak berusaha melakukan apa-apa atau tidak tau apa-apa seperti yang dikatakan oleh KJ. Ramai yang tau RPK berada di England satu dua minggu ini tetapi Polis telah TAHU sejak JANUARI 2010.
Apa yang boleh dilakukan menunggu sehingga RPK melakukan kesalahan jenayah di sana, ditangkap dan didakwa oleh pihak England. Sekiranya ini berlaku bermakna walau di mana sahaja RPK berada dia akan menimbulkan masaalah bagi negara tersebut dan negara tersebut akan mengektradisi ke negara asal. (Maksudnya: Kalau aku dah bagi hang duduk negara aku senang-lenang pun nak buat kacau, baik aku hantar hang balik negara asal.)
Seperti kata S Kadarisman dalam filem Hang Tuah: "Kalau tak ada salahnya maka diada-adakan salahnya!"
Ada sesiapa yang sanggup bertumbuk dengan RPK di London supaya beliau dibawa ke mahkamah London? (sebaiknya bergaduh di tempat awam dan melibatkan kerosakan dan ketenteraman awam di sana.) Ada sapa berani? hehehehehe
aku yang bingai
ISAC-banyak tiore daripada amali untuk penuhkan akbar.baru orang tahu banyak kerja?.
ReplyDelete