4 Jul 2010

Pas Ajak Rakyat Sertai Kempen Taknak Judi, Tapi Bagaimana Pula Dengan Menjadi Barua Zionis???

3/7/2010
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7899133.asp
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Pusat mengajak orang ramai menunjukkan sokongan terhadap Kempen Taknak Judi dengan meyertai perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Mansuh Judi (GMJ).

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, semua anggota Dewan Pemuda Pas diharapkan dapat hadir beramai-ramai menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Taknak Judi di Pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menurutnya, perhimpunan dijangka bermula pada jam 2 petang hari ini (semalam) akan disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengenal bangsa dan agama.

“Semua anggota perlu menunjukkan sokongan padu terhadap kempen ini dengan menjayakan majlis pelancarannya di sini bersama 60 NGO yang menjadi anggota GMJ.


Komen Isac;

Memang bagus usaha tu...... Berjudi tu adalah satu daripada dosa-dosa besar...

Tapi bagaimanapun pula dengan parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi dilihat lebih "rela" bersengkokol dengan "barua" Zionis? Barua Zionis yang sanggup membiarkan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki kepala Zionis yang telah menyebabkan berjuta-juta penganut-penganut Islam di Iraq dan Afghanistan terbunuh.

3 comments:

  1. Baguslah aktiviti menentang judi tapi kenapa buat di masjid? Bagus lagi kalau ahli-ahli dewan pemuda pas dan seluruh pejuang Islam peringkat negeri dan daerah, hari ini dapat berkumpul di hadapan setiap kedai judi nombor ekor, sebagai langkah mencegah orang Islam dari berjudi. Baik sekali kalau diutamakan di negeri-negeri yang pas berpakat membentuk kerajaan seperti kedah, selangor, pulau pinang. Kalau pas dapat lakukan perkara ini secara sukarela serta berterusan, maka benarlah perjuangan pas. Malam pula, ahli pas berkumpul pula di luar pusat-pusat hiburan bagi mencegah maksiat. Ini lebih baik dari berkumpul di padang, tempat lapang atau dewan untuk mendengar cerita buruk, umpat keji dan fitnah terhadap pihak lain, yang merupakan dosa besar.

    ReplyDelete
  2. Gila betul budak-budak muda nie. Buat ikut hati. Pemimpin-pemimpin tua dalam PAS nak guna hasil judi buat jalanraya dan jaga keselamatan orang berjudi dan minum arak. Langsung tak dapat menangkap hasrat orang tua-tua.

    Yahudi bermakna DANA. Anti Yahudi bermakna memtong kepala sendiri. Tak takut dengan CIA ke? Lain lah kerajaan. Tak takut CIA kerana bukan ahli.

    agbr47: Nyaring berkokok, ekor bergelumang dengan tahi.

    ReplyDelete
  3. salam bro,

    bukan judi jer yang patut dibantah, tapi kempen bantah lesen penjualan arak PAS sepatutnya buat juga. Tapi tak buat... Takut pengundi cina lari......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.