3 Jul 2010

Gempar!!! Kapal Selam Kedua, KD Tun Razakpun Tak Boleh Menyelam???

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
02/07/2010 5:32pm


KAPAL selam kedua negara, KD Tun Razak, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, 4.40 petang tadi. Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Dihilir Perak Raja, Jaafar Raja Muda Musa. - Foto Amran Hamid (Berita Harian)



LUMUT 2 Julai – Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada pukul 4.40 petang ini.
Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di sini.
Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lepas dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM.
KD Tun Razak bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.
Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lepas. – Bernama


Komen Isac;

Mungkin itulah harapan pihak Pakatan Rakyaat. Mengapa??? Kerana jika dahulu mereka beriya-ia menentangkerajaan, kerana melantik sebuah firma yang mempunyai beberapa orang pengarah berketurunan Yahudi (APCO) untuk membantu "memulihkan" imej negara yang terjejas teruk oleh dakyah Pakatan Rakyaat sendiri.

Masa itu mereka berjaya mendapat sokongan ramai, dan fitnah mereka bahawa kerajaan sebagai "pro Yahudi", dilihat sebagai sungguh berjaya. Tetapi kini terbukti bahawa semua itu  adalah fitnah dan apa yang belaku adalah sebaliknya. Jika tidak masakan DSAI telah memohon maaf kepada rakan-rakanny yang berfahaman Zionis di Amerika Syarikat kerana beliau telah dilihat oleh mereka sebagai anti Yahudi. Bagaimana seorang yang "ditaja" oleh Yahudi, mahu mengatakan bahawa beliau menentang Zionis?

Jadi jika kapal selam terbaru inipun tidak boleh menyelam...Maka bolehlah mereka menggunakan isu ini untuk "mengalih" perhatian rakyaat daripada isu.

Yang jelas, kita tidak bersifat perkauman dan memusuhi, bangsa Yahudi, tetapi kita hanya menentang sebahgian daripada mereka yang mengamalkan penindasan terhadap bangsa palestine.

4 comments:

  1. salam sahabat seperjuangan..saya agak keliru bila baca berita2 begini..mungkin soalan saya ini agak bodoh dan dangkal, tp pd saya, tak kan lah kapal selam jutaan ringgit ini tak boleh menyelam?? bagaimana kapal ni dipandu sampai ke Malaysia kalau tak boleh menyelam?? minta diperhalusi kerana saya yakin, di luar sana khususnya di kg2, rakyat tidak tahu perkara sebenar dan maklumat pula tidak sampai kpd mereka..hal ini pd saya hanya akan menampakkan kebodohan kerajaan kerana membeli benda yg tak berguna

    ReplyDelete
  2. Kapal selam tu hanya tidak dapat menyelam diSG.KLANG dan SG.GOMBAK JE !

    ReplyDelete
  3. Salam,

    LF setuju dengan komen sdr Rizuan. Satu perkara lagi, nak tambah kalau boleh, ada kalangan orang-orang tertentu yang sangat gemar membuat dakwaan tak berasas dan putar belikan fakta. Kalau betul apa yang mereka cakapkan, tak mengapa dan teruskan ! Dakwa mereka yang buat perkara tak betul itu ke mahkamah !

    Lagi satu perkara, tak kiralah mana parti, mereka tengok pihak lawan mereka itu semuanya "hitam" , semuanya tak betul, tak ada yang baik ! Pihak mereka sahaja yang bagus dan yang bersih. Kalau adapun benda yang tak betul berlaku di kalangan mereka, maka mereka akan senyapkan ataupun mereka kata benda tu kecil atau mereka kata orang luar jangan masuk campur. Mereka memang bijak berhujah sehinggakan yang benar tertolak ke tepi. Terdapat juga kalangan mereka ini yang cuba menggunakan taktik alih perhatian dengan menimbulkan isu baru ! Kalau sudah tak ada apa yang hendak dihujahkan, maka mereka akan cakap "Alah, awak pun sama, buat jugak malahan lebih teruk" .

    LF minta maaf kalau ada yang tak setuju dgn komen LF ini. LF lahirkan apa yang LF rasa sebagai rakyat biasa ! Tak tahu, bila agaknya kita boleh bercakap dan berhujah berasaskan kebenaran. Yang salah kita betulkan, yang benar kita sokong ! Wassalam.

    ReplyDelete
  4. yela diaorg tuduh mcm2 la sbb panglima tldm tak ajak nuat ngan pork ajis nek kapal selam tuh... ala PR dengki la tu...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.