4 May 2010

Status Blok L & M Dan Persamaannya Dengan Terumbu Layang-layang - Pak Lah Sememangnya Tak Bersalah.


Sumber Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Swallow_Reef

Pengenalan

Swallow Reef, known as Layang-Layang Island (Dusun for Place of Swallows) in Malaysia, Danwan Jiao (Chinese: 弹丸礁) in China, Celerio in the Philippines and Đá Hoa Lau in Vietnam, is an uninhabited oceanic atoll of the Spratly Islands situated approximately 300 km northwest of Kota Kinabalu, Sabah. Swallow Reef has a total land area of approximately 0.1 km².

Location and status
                                                                     
As with all of the Spratly Islands, the ownership of Swallow Reef is disputed, but it is controlled by Malaysia. The island serves primarily as Malaysia's claim to ownership of this section of the Spratly Islands, i.e. those which lie closer to its land area. The Malaysian Navy has maintained an offshore security post called Uniform Station [1] on Swallow Reef since 1983 and a Malaysian dive resort has operated on the island for a number of years.

Swallow Reef lies in 2,000 m of ocean and due partly to the depth, this atoll has become famous for sightings of large pelagic species and for wall diving. The naval base has also had an important indirect contribution to the quality of scuba diving in the area in that it has protected the island from the more destructive fishing practices witnessed elsewhere in the region.Location and status




Pulau-pulau ini buat masa ini diduduki oleh beberapa negara seperti berikut:-


Philippine-occupied
Thitu Island · Pagasa Island
West York Island · Likas Island
Northeast Cay · Parola Island
Nanshan Island · Lawak Island
Loaita Island · Kota Island
Flat Island · Patag Island
Lankiam Cay · Panata Island

Vietnam-occupied
Spratly Island · Truong Sa Island
Southwest Cay · Song Tu Tay Island
Sincowe Island · Sinh Ton Island                                                       
Sandcay · Son Ca Island
Namyit Island · Nam Yet Island
Amboyna Cay · An Bang Island

Taiwan-occupied

Malaysia-occupied
Swallow Reef · Layang-Layang Island

China-occupied
Johnson South Reef · Chigua Reef
Mischief Reef · Meiji Reef
Subi Reef · Zhubi Reef




Pulau Layang-Layang - Milik Malaysia.



Pulau Lawak - Milik Vietnam.




Komen Isac:

Kepulauan Spratly telah menjadi rebutan sejak dahulu. Ianya merupakan satu kawasan kepulauan/terumbu karang/pasir yang dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas.

Walaupun kerajaan Malaysia mendakwa sebuah atau dua buah daripada pulau-pulau di kawasan tersebut milik negara (P. Layang-layang), mengapa sehingga ke hari ini tiada kerja-kerja eksplorasi minyak dan gas dijalankan di wilayah berkenaan? Adakah itupun salah Pak Lah???

Pulau tersebut telahpun diduduki oleh angkatan tentera kita sejak tahun 1983 lagi dan selain daripada mendirikan sebuah pengkalan tentera, kita juga mempunyai sebuah resort penginapan/peranginan di pulau tersebut. Secara zahirnya kita boleh mendakwa pulau tersebut milik negara, menandakannya sebagai salah sebuah wilayah kita di dalam peta Malaysia, kita boleh mendudukinya selagi tiada orang lain yang mengusir kita dari sana, tetapi sesuatu wilayah yang "dipertikaikan" masih belum menjadi hak mutlak kita dan pihak ketiga masih boleh mempertikaikan kesahihan hak milikkan tersebut ke mahkamah dunia untuk diadili.

Seperti yang dinyatakan dalam laman berikut (http://ms.wikipedia.org/wiki/Ambalat), "Sedangkan Malaysia menggunakan peta rasmi terbaru 1979 yang dikeluarkan oleh Malaysia.[1] Perlu diketahui, peta Malaysia itu tidak dipersetujui oleh negara-negara jiran kerana didakwa bertindih dengan banyak wilayah. Negara yang tak bersetuju adalah Singapura, Britain yang mewakili Brunei Darussalam, Filipina, Thailand dan Vietnam."

Belajarlah dari fakta dan sejarah, apabila sesebuah pulau/kawasan itu dibangunkan dan diduduki dalam suatu jangka masa yang lama tanpa ada bantahan dari pihak ketiga maka pulau tersebut akan menjadi hak kepada mereka yang membangunkan dan mendiaminya. Itu yang telah berlaku kepada Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di mana Malaysia berjaya memilikinya apabila ianya dibicarakan di Mahkamah Dunia, The Haque, Belanda. Untuk rekod dari segi geografi, kedudukannya lebih memihak kepada Indonesia.

Soalan penulis, apa yang telah kita bangunkan di blok L dan M (yang menjadi pertikaian di antara negara kita dengan negara Brunei)?? Siapakah pula yang telah mendiaminya sejak 52 tahun kita merdeka? Laut dalam "bro" nak mendiami bagaimana??? Adakah dengan hanya menandakan kedua-dua blok tersebut sebagai "blok laut" milik negara kita di dalam peta yang kita keluarkan pada tahun 1979, sudah cukup untuk kita mendakwanya sebagai milik mutlak negara Malaysia?

Sebenarnya, Pak Lah dan Kabinet 2009 "hanya bersetuju" dengan tuntutan kerajaan Brunei bahawa blok L dan M adalah milik mereka. Pak Lah tidak pernah menyerahkan satu kawasan yang milik "mutlak" negara untuk dimiliki oleh negara Brunei!!!

Perlu difahami bahawa ianya adalah satu kawasan bertindih yang didakwa oleh kedua-dua buah negara sebagai perairan negara masing-masing. Tetapi secara geografinya perlu diakui, kedua-dua blok berkenaan, lebih hampir kepada negara Brunei!!! Lihatlah pelan di sebelah ini, janganlah jadi manusia yang munafik dan penuh dengan sifat tamak haloba. Yang benar adalah benar.

Jestru itu tak usahlah kita hendak "mempolitikkan" lagi isu ini, dah cukuplah negara berkocak dek permainan politik sejak PRU 12 yang lalu...... Siapalah kita untuk menghukum Pak Lah sebagai penderhaka? Setakat blogger jalanan???

Selain daripada tuduhan tersebut bersifat perasangka, melulu dan diasaskan tanpa ilmu, kesan negatifnya kepada kita adalah begitu dahsyat sekali!!! Adakah kita mahu biarkan angkara "mulut" sesetengah pihak yang "tak ada insuran" dan kurang ilmu ini, kesemua anggota-angota kabinet yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut mahu kita mahu korbankan??? Mmmm politik sememangnya kejam.....

Sila layari posting terdahulu...http://bumiyang.blogspot.com/2010/05/rundingan-persempadanan-laut-win-win.html


1 comment:

  1. Sayang sekali saya baru baca tulisan anda di blog ini ketika isu ini dah basi. Tapi saya percaya, hal-hal yang melibatkan kedaulatan negara, tidak ada satu pun yang boleh dianggap basi kerana apa yang terjadi pada hari ini, akan jadi bukti untuk tuntutan di kemudian hari.

    Ketika saya baca tulisan anda ini, saya percaya anda tidak tahu banyak tentang isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly, termasuklah di dalamnya ada blok simpanan minyak & gas (migas) L & M.

    Menyorot kembali sejarah keterlibatan Malaysia dalam isu Spratly, ia bermula sejak 1979 bila di dapati kita ada hak untuk menuntut zon ekonomi ekslusif (ZEE) hingga sampai ke bahagian selatan kepulauan itu. Menyedari akan hak itu, Malaysia mulakan langkah meneroka beberapa ciri maritim di sana.

    Langkah berani ini berhasil bila kita berjaya mengawal beberapa bahagian terumbu dan beting pasir, termasuklah antaranya Louisa Reef, satu ciri maritim yang juga dituntut oleh Brunei. Louisa Reef ini terletak di dalam blog Migas L & M yang sudah kita berikan kepada Brunei itu.

    Sebenarnya dalam isu Spratly ini, Malaysia banyak ambil tindakan lembut. Ketika negara penuntut lain meningkatkan pertahanan mereka dengan bina pangkalan tentera di bahagian yang mereka kuasai, Malaysia sebaliknya bina hotel dan promosikan Spratly kita untuk tujuan pelancongan.

    Dan ketika mendarat di Amboyna Cay, kita hanya bina batu tanda pemilikan tak jauh dari baru serupa yang dibina Vietnam. Sedangkan Vietnam yang datang selepas itu langsung meruntuh binaan kita seterusnya menempatkan tentera mereka secara kekal. Malaysia tidak lagi 'usik' Amboyna Cay selepas itu atas dasar yang sopan 'tak mahu cari gaduh'.

    Saya lihat, dalam banyak pemimpin Malaysia yang ambil tindakan lembut ini, Paklahlah yang paling lembut, malah sangat 'baik hati'. Saya tak nampak apa motif pemberian blok migas L & M kepada Brunei. Pemberian itu diberikan 'percuma' tanpa ada sistem barter. Padahal kita boleh tukar kedua-dua blok itu dengan meminta Brunei melupuskan tuntutan Limbang, sayangnya Brunei masih tak mahu hapuskan tuntutan itu.

    Tidak sekadar itu, pemberian kedua-dua Blok migas itu sebenarnya mendatangkan implikasi lain. Pemberian itu sudah tentu akan ditakrifkan oleh Brunei sebagai pengiktirafan kita terhadap kawasan ZEE mereka, seterusnya menguatkan tuntutan mereka terhadap Louisa Reef yang ketika ini dalam pengawasan Malaysia.

    Brunei ketika ini sudah melukiskan sempadan ZEE mereka dan memasukkan Louisa Reef di dalamnya, hanya saja mereka belum mengemukakan tuntutan rasmi pada badan antarabangsa.

    Saya agak hairan bila anda kaitkan blok L dan M ini dengan Pulau Layang-layang kerana ia tak berkaitan langsung. Meski Pulau Layang-layang sebahagian dari kepulauan Spratly, tapi ia tidak berada dalam ZEE Brunei. Jadi ia tak berkaitang langsung.

    Sekian

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.