5 May 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Penyelewengan Berlaku Dalam Pemberian Tendar?

BN: Sistem tender terbuka Pulau Pinang tak telus
Mei 4, 10 4:33pm

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).
"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

Selain itu, Azhar mendakwa bagi projek Bukit Jambul Country Club, tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek itu.

Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.
"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya.

- Bernama



Komen Isac;

Kalau nak bagi pada pembida no 5 terendah, mengapa nak panggil tender terbuka? Apa ingat para kontraktor buat tender tak payah pakai modal ke? Siapa yang nak bayar kos pengurus kontrak, jurutera, jurunilai, pelukis pelan, kerani, "bid bond', belian dokumen tender  dan lain-lain? Lepas tu, katanya diberikan kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan? Jika ianya benar, ada kemungkinan projek tidak akan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pemberian tender kepada pembida yang bukannya pembida terendah biasanya mengundang kegiatan melobi dan rasuah. Dalam kes sebegini bukankah cara kerajaan terdahulu yang mengamalkan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat bumiputera secara "direct negotiation" berdasarkan 'Bill of Quantities" dan harga kontrak yang telah dianggarkan oleh jurunilai-jurunilai JKR adalah dilihat lebih telus?

Tambahan pula tidak akan berlaku pembaziran tenaga dan kos terhadap kontraktor-kontraktor lain yang tidak berjaya mendapatkan sesuatu projek. Kontraktor terpilih  akan mendapat kontrak yang sememangnya menguntungkan dan hanya kontraktor yang mempunyai "track record" yang baik akan terpilih.

Mungkin pembangkang negeri Pulau Pinang boleh nyatakan projek-projek yang terlibat agar rakyaat boleh memantau kemajuan dan penyapan projek-projek tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.