6 May 2010

Tahniah Buat Karpal - Penjenayah Dah Semakin Berani!!! Terbaru Kereta Ketua Polis Pun Kena "Kebas"...

Kereta Perdana V6 Ketua Polis Selangor pun dicuri

06/05/2010 4:30pm

SHAH ALAM 6 Mei – Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi, ketika anggota polis yang bertugas memandu kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu sedang bersarapan di restoran tersebut.Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. – Utusan



Komen Isac;

Lama-lama dek kerana orang-ramai dah tak hormatkan profession kepolisian dan penjenayahpun dah semakin berani, kereta peronda polispun akan kena kebas!!! Siapa yang nak jawab ni???

Kalau macam kereta peronda Mitsubishi Evo 9/10 milik PDRM ni, penulispun terliur.....:)

4 comments:

  1. Nampaknya ada penyamun yang nak menyamar jadi polis. Sangat merbahaya. Lepas ni mereka curi uniform polis dan masuk bank atau mana2 tempat kawalan rahsia untuk curi bukti jenayah.

    Lepas ni ada satu lagi kereta yg kena curi... kereta roda karpal.

    ReplyDelete
  2. Sapa suruh pi minum sewaktu bertugas. Padan muka hang. Itu tuhan nak tunjuk pasal polis tak amanah tentang tugas. Pukul 8.15 bukan time minum, masa tu orang dah masuk kerja.

    ReplyDelete
  3. ISAC- mai kita shorkan kapada PDRM supaya mengunakan kereta jenama VOLVO macam dulu.kereta ini banyak safety,mana kita dengar yang volvo kena curi.kelalaian selalunya bawa padah.tindakan disiplin mesti diambil keatas anggota yang memandu kereta ini.kerana nila setitik habis susu sebelanga.

    ReplyDelete
  4. Salam bro a ali /46sekupang,

    Kete Volvo ni manja lah....Memang power dan safety first class tetapi ware and tare dia, macam anak dara....

    Ni aku punya Volvo, radio rosak lagi....Nak tukar baru, RM 5k baik beli kancil....Tapi aku ada satu kedai luar yang boleh repair....Hari tu dah kena sekali....

    Satu lagi, Syarikat Cina dah beli syarikat kete "VOLVO"....Macam kita beli syarikat "LOTUS"...Sila rujuk posting aku terdahulu...;

    http://bumiyang.blogspot.com/2010/04/kereta-volvo-bakal-menjadi-lebih-murah.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.