6 May 2010

Lagi Titah DYMM Sultan Selangor - Jadikan Negeri Selngor Negeri Beradab.

Adab Dan Warisan Turun Temurun Perlu Dipelihara - Sultan Selangor
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/6/mstar_berita/20100506002228&sec=mstar_berita
SHAH ALAM: Sultan Selangor semalam bertitah bahawa adat dan warisan yang diamal sejak turun temurun perlu dipelihara dan dipraktikkan oleh semua kaum agar Selangor menjadi sebuah negeri yang mempunyai budaya sopan santun dan budi bahasa yang tinggi.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah apa yang dikatakan adab adalah menghormati ibu bapa, orang tua, jiran tetangga, ketua dan pemimpin selain berbudi bahasa serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan maruah orang lain.

Sultan Selangor bertitah baginda menyentuh isu adab kerana dewasa ini gejala 'kurang beradab' berleluasa di kalangan masyarakat di negeri ini kononnya kerana masyarakat moden.

"Sayangnya kurang beradab ini dilakukan oleh mereka yang berjawatan besar dan penting, berkelulusan tinggi dan profesional. Kurang beradab bukan sahaja dilakukan di tepi-tepi jalan tetapi juga di tempat mulia dan tinggi," titah Baginda pada perasmian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) di sini, malam semalam.

Baginda bertitah masyarakat berbilang kaum di negeri ini juga perlu memahami dan menghormati adat resam semua kaum bagi mengelakkan berlaku salah faham atau kekeliruan sekaligus mewujudkan kaharmonian dan kesejahteraan di kalangan masyarakat.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda percaya adab yang diamalkan oleh nenek moyang sejak dahulu itu perlu diterap dalam sistem pembelajaran.

Baginda turut meminta Padat yang dilancarkan malam ini supaya bukan sahaja memelihara adat dan warisan Melayu di Selangor tetapi turut menunjukkan betapa pentingnya adab dalam masyarakat berbilang kaum.

"Beta mengharapkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor dapat menumpukan perhatian kepada penerokaan, pengkajian, persembahan dan penonjolan Adat Melayu dan Warisan Selangor yang keasliannya dapat dipertahankan melalui usaha penyelidikan.

"Beta sedar adalah tidak mudah untuk menonjolkan intipati adat budaya yang bersusurgalurkan warisan negeri Selangor sepenuhnya," titah baginda.

Bagi mencapai matlamat ini, Baginda menyarankan Padat menjejaki dan mengenalpasti sumber-sumber Adat Budaya dan Warisan Selangor seterusnya melakukan penyelidikan saintifik ke atas penemuan-penemuan itu. - BERNAMA


Komen Isac;

Pada pendapat penulis, titah Tuanku kali ini adalah sambungan kepada titah baginda yang terdahulu iaitu masjid-masjid dan surau-surau di dalam negeri Selangor tidak dibenarkan untuk menyampaikan ceramah-ceramah politik yang hanya membawa kepada budaya caci-maki, fitnah-memfitnah, serangan peribadi, tohmahan dan budaya "jatuh-menjatuh" yang hanya akan mejurus kepada perpecahan dan permusuhan di antara umat Islam.

2 comments:

  1. Zaid..Tok Ajis..baca dan faham betul2 apa yang dititahkan oleh sultan Selangor tu...jangan anggap korang berdua tu betul sangat..kepada penyokong bangang boleh laa korang nak kelentong..lain kali belajar lah menghormati orang lain sekiranya mau kalian berdua dihormati..kalau tak tu Zaid ko blah je dok kat negeri ko..kelantan tu..dan tok ajis tak payah laa ko nak berceramah dinegeri orang betulkan dulu pemerintahan ko..ni asyik dok tengok kesalahan orang je sesekali pandang lah diri sendiri tu kain kat bontot dah terlondeh sebab tu laa kena suntut di si nuar.

    Lagi satu SiKhalid gagap dan kroni..ko jangan buat pekak badak pulak dengan titah sultan ko..ko kena ingat ko tu melayu yang dilahirkan dan dibesarkan dengan adap sopan melayu..jangan disebabkan ko terikat dengan puak cina kapiaq tu ko lupa asal usul ko....

    ReplyDelete
  2. Ternyata ke bawah Duli Tuanku lebih beradab dari seorang tokoh/ulamak. Di dalam keadaan baginda diasak dengan gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya dilontarkan, Baginda masih mampu lagi berkias dan menasihati rakyat dengan nada yang tidak sinis tetapi memilukan. Beginikah nasib seorang yang menjadi payong kepada keamanan sesebuah negeri/negara layak diperlakukan?

    tak taulah aku kenapa orang semakin kurang adab(ajar?) sedangkan yang menerajui sikap-sikap sedemikian ialah tokoh-tokoh hebat.

    aku masih bingai memikirkannya
    e-Direktori Bloggers Malaysia

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.