24 May 2010

Sekitar Ceramah Ezam Anjuran Pemuda Umno Segamat - Membongkar Rahsia DSAI !!!


Foto 1: YB Senator Ezam Sedang Menyampaikan Pembongkarannya.


Sekitar 500 pengunjung  hadir pada Malam hari Sabtu 22/5/2010  di Padang Awam, Batu Anam, Segamat untuk mendengar YB Senator Ezzam "Membongkar Rahasia DSAI". Malam yang sejuk dan lembab dek hujan lebat pada sebelah petang, tidak menghalang kunjungan penduduk tempatan. Tahniah buat Pemuda Umno Segamat yang menganjurkan sesi ceramah tersebut.

Sekalong tahniah buat YB Senator Ezam dan juga pihak penganjur. Walau bagaimanapun penulis berharap sesi ceramah dan"road show" sebegini dapat diadakan secara lebih kerap dan dilakukan di seluruh pelusuk kampung maupun bandar dengan tujuan untuk memberikan penerangan kepada rakyaat jelata. Juga diharapkan agar publisiti penganjuran setiap sesi ceramah dapat dipertingkatkan oleh pihak penganjuur agar sasaran pengunjung juga dapat diperluaskan selain menjemput penceramah yang berbeza-beza untuk tujuan menarik kehadiran pengunjung-pengunjung.


Foto 2: Antara Pengunjung-pengunjung Yang Hadir.


Foto 3: Antara Pengunjung-pengunjung Yang Hadir.


Foto 4: Antara Pengunjung-pengunjung Yang Hadir.


Foto 5: Kehadiran Pengunjung-pengunjung Sehingga Melimpah Keluar Kemah-kemah Yang disediakan.


Dalam ceramahnya pada kali ini YB Senator Ezam ada menyelitkan beberapa "pembongkaran" mengenai perilaku DSAI yang tidak pernah beliau ceritakan dalam mana-mana sesi ceramah-ceramahnya yang lepas termasuk ketika berceramah di Kg. Tengah, Segamat pada 9/5/2010 yang lalu. 

Untuk mengetahui apa yang dibongkarkan oleh YB Ezam, silalah hadiri sesi ceramah-ceramah beliau yang bakal diadakan berdekatan tempat kediaman saudara-saudari kerana beliau kini dalam siri jelajah satu Malaysia dalam usaha untuk memberikan penerangan kepada rakyaat Malaysia tentang apakah perilaku DSAI yang sebenar dan akan bahayanya kepada semua.

Kalau penulis ceritakan semuanya disini, nanti mungkin saudara-saudari dah malas pulak untuk  mengikuti ceramah Ezam. Jestru itu pergilah dan dengar sendiri kerana setiap "pembongkaran" yang dinyatakan oleh YB Senator Ezam, beliau akan sertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini, ringan-ringankanlan kaki-kaki saudara-saudari sekelian untuk menghadiri ceramah-ceramah yang bakal dianjurkan berhampiran dengan tempat kediaman masing-masing...

Kebenaran perlu dicari.....

3 comments:

  1. Tahniah Pejuang Meayu YB Ezam dah lama orang Melayu dalam UMNO ketandusan seorang pejuang seberani beliau.
    Kepada penyokong PAS yang gila mendengar ceramah ulamak PAS hentikan lah dulu dengar ceramah ulamak terompah.
    Dengar ceramah YB Ezam lagi banyak dapat pahala...
    Siapa setuju dengan saya....

    ReplyDelete
  2. Tahniah PPU Segamat dapat menganjurkan ceramah-ceramah seperti ini..... YB Senator Ezam teruskan pendedahan siapa Anwar, agar orang-orang Melayu tidak mudah tenggelam dengan penipuan jahatnya...

    Jangan takut untuk hadir, ceramah UMNO tidak perlu kutip derma macam ceramah PAS.....

    ReplyDelete
  3. aku setuju x 1juta.
    - jai

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.