24 May 2010

Apa Yang Sebenarnya YB Soo Nee Ingin Sampaikan??? Juga Berhasrat Mahu Melompat Keluar PKR???

Henti salahkan orang lain - Soo Nee

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


ALOR SETAR 23 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee meminta pemimpin pakatan pembangkang berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain dalam isu lompat parti yang berlaku dalam parti pembangkang.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tentu ada alasan munasabah yang menjadi punca perbuatan tersebut berlaku tetapi ia tidak pernah diakui oleh pemimpin tertinggi pakatan pembangkang. Malah katanya, dalam isu terbaru berhubung spekulasi beberapa ADUN pakatan pembangkang akan meninggalkan parti bagi menjatuhkan kerajaan negeri juga sebenarnya dilakukan 'orang dalam' pakatan pembangkang sendiri.

"Tidak mengapa jika hanya seorang yang keluar tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya 2008. Tentu ada alasan yang munasabah. "Sehingga hari ini, tidak ada bedah siasat dilakukan sama ada dari parti atau kerajaan negeri mengenai punca masalah ini berlaku.

"Mengapa tidak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Jangan hanya duduk saja dan menyalahkan sana sini. Kalau masalah ini berlaku kerana kesalahan sendiri, kita mesti lakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.


Komen Isac;


Mmm...mengapa walaupun mengucapkan "ikrar taat setia" tetapi dalam masa yang sama secara teranga-terangan mengkritik pucuk pimpinan parti?

Lim juga mengatakan isu Kerajaan Negeri Kedah bakal tumbang sebenarnya adalah ankara mainan politik "orang dalam".  Wah hebat betul PKR ni berpolitik sehingga "kawan sendiri"pun mereka mahu cantas sekali...

Inilah kononnya parti yang menegakkan keadilan!!! Inilah parti yang kononnya adil!!! Yang kononnya memperjuangkan hak rakyaat!!! "Kawan sendiri" pun nak "dicantas"!!! Apalah lagi rakyaat???

Semoga rakyaat dapat melihat dengan jelas siapakah PKR yang sebenarnya...Kepada YB Lim, janganlah malu-malu, apa yang nak ditunggu lagi???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.