23 May 2010

Penentangan Pas Terhadap Judi Bola Hanyalah Tipu-Muslihat Politik???

Beranikah Pas Memansuhkan Semua Lesen Premis Judi Di Selangor?
Posted on Thursday, May 20 @ 14:09:19 MYT
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9647


PAS yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, YB Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.


Sebelum Pemuda Pas mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah agar menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri tersebut. Juga lesen permis arak yang ada sehingga ke Kelantan. Apa bezanya cukai arak dan cukai judi?


Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi dan arak.

Penulis percaya kebanyakkan rakyaat Malaysia yang beragama Islam juga kurang senang dengan pemberian lesen judi bola piala dunia tersebut, tetapi usahlah perkara ini dipolitikkan demi untuk meraih sokongan rakyaat. Bantahan tetap boleh disalurkan melalui saluran yang ada. Bak

Jika benar Pas ikhlas untuk membasmi judi dan maksiat-maksiat yang lain mengapa dibiarkan pusat-pusat hiburan, judi, arak, rumah-rumah urut dan pelacuran yang wujud bak cendawan tumbuh di Selangor?

Secara teorinya mana lebih bahaya di antara judi bola piala dunia yang berlangsung selama sebulan dengan aktiviti-aktiviti di atas, yang telah "dihalalkan" atau "dibiarkan" oleh DAP berleluasa, sejak dua tahun Pakatan memerintah Selangor?

Bila pula pemuda-pemuda Pas mahu berdemonstrasi agar kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat-pusat hiburan, judi, arak, rumah-rumah urut dan pelacuran yang bercambah di negeri tersebut ? Secara lojiknya bahayanya adalah lebih besar dan menyeluruh!!!

Dalam kita menentang judi bola sepak piala dunia jangan pula hasil cukai ataupun keuntungan perniagaan "gelap" tersebut digunakan oleh Pakatan untuk berkempen dalam pilihanraya-pilihanraya kecil dan juga PRU...


1 comment:

  1. Yang lebih bahaya adalah ulama yang menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.