23 May 2010

Lagi Kejayaan Anak "Orang"...

Remaja 13 tahun tawan puncak Everest


REMAJA berusia 13 tahun, Jordan Romero dari Big Bear, California menjadi pendaki termuda gunung Everest selepas tiba di puncak gunung setinggi 8,850 dunia itu semalam. - Foto AP


Jordan RomeroBEIJING: Seorang remaja lelaki Amerika Syarikat berusia 13 tahun menjadi pendaki termuda sampai ke puncak Gunung Everest hari ini, sekali gus memecah rekod lalu dalam usahanya menawan semua puncak tertinggi di tujuh benua.

Jurucakap Jordan Romero berkata, pasukannya menghubungi remaja lelaki terbabit menerusi telefon satelit dari puncak tertinggi dunia itu, 8,850 meter dari aras laut. “Impian mereka kini menjadi kenyataan, Setiap daripada mereka amat gembira," menurut kenyataan dalam laman blog Jordan. Remaja berambut kerinting itu yang mendaki Gunung Kilimanjaro di Afrika ketika berusia 10 tahun, berkata beliau mendapat inspirasi daripada lukisan mengenai puncak tertinggi di tujuh benua di lorong sekolahnya.

“Setiap langkah yang saya ambil adalah untuk matlamat terbesar dalam hidup saya, iaitu berdiri di puncak dunia," katanya dalam blongnya sebelum ini.

Rekod lalu bagi pendaki termuda sampai ke puncak Everest dipegang Temba Tsheri dari Nepal. Beliau melakukannya ketika berusia 16 tahun. - AP

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.