19 May 2010

Lagi Giliran BN Hilang MP??? Selepas Kalah di Sibu, Kini Bung Mokhtar Bakal Dipenjara!!!

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BungMokhtardihukumpenjarasebulankeranaberpoligamitanpakebenaran/Article
2010/05/19

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat.



Komen Isac;

Kemungkinan jawatan MP bakal terlucut...

1 comment:

  1. YB Bung tak hilang kelayakan berdasarkan subjek Pengajian Am tingkatan enam ni

    Mana-mana ahli dewan akan hilang kelayakan apabila:

    a)Seseorang ahli mana-mana dewan itu diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal.

    b) Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan.

    c) Memegang sesuatu jawatan yang berpendapatan.

    d) Tidak menghantar penyata perbelanjaan mengikut ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya melebihi tempoh 31 hari.

    e) Disabitkan bersalah dan dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau dengan tidak kurang RM2000.00 dan tidak mendapat ampun.

    f) Memperolehi kewarganegaraan asing atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau membuat akuan setia kepada Negara asing.

    g) Hilang kelayakan berkuatkuasa selepas 14 hari prosedur penghakiman berakhir sama ada tarikh disabitkan, tarikh keputusan rayuan atau tarikh petisyen pengampunan.

    h) Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan akan hilang hak kelayakan selama 5 tahun dari tarikh kuatkuasa perletakan jawatannya.
    Posted by Ronald Mohoni at 8:58 PM

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.