19 May 2010

Inkues Mendiang Teoh: Pornthip Mungkin Hadir Ke Mahkamah Walaupun Secara Maya???

Inkues: Pornthip tak hadir, S'gor sedia sidang video
http://www.malaysiakini.com/news/132186
Shah Othman
2:54pm, Mei 19, 10

Kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan secara langsung dari Bangkok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

"Kerajaan negeri telah membuat persediaan tersebut setelah mendapat kelulusan dari kementerian kehakiman Thailand yang membenarkan Dr Pornthip memberi keterangan melalui sidang video secara langsung," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu akhbar selepas mesyuarat exco hari ini

Dr Pornthip tidak akan hadir untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh esok. Isnin lalu, katanya, peguam yang mewakil kerajaaan Selangor telah membuat permohonan kepada mahkamah koroner untuk mengadakan sidang video itu di dewan acara di I-City, Seksyen 7 Shah Alam esok.

Bagaimanapun, mahkamah koroner belum lagi memberi keputusan rasmi untuk membenarkan sidang video tersebut diadakan, tambahnya.

Kerajaan negeri, katanya, difahamkan bahawa mahkamah koroner hanya boleh membuat keputusan setelah mendapat maklum balas dari Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi.

"Kami berharap pihak mahkamah dapat memberi keputusan positif bagi kepentingan semua pihak.

"Jika sidang video ini dapat diteruskan bukan sahaja Dr Pornthip dapat memberi keterangan, malah isu keselamatan Dr Pornthip tidak perlu timbul lagi.

"Kerajaan Selangor berharap bantuan yang dibuat ini dapat melancarkan prosiding inkues bagi mencari kebenaran dan keadilan dalam kes kematian Teoh," tambahnya.


Komen Isac;

Semoga Mahkamah Inkues akan menerima cadangan tersebut. Walaupun mungkin ia bukannya sesuatu yang menjadi kebiasaan, tetapi mahkamah juga perlu berkembang mengikut peredaraan zaman. Dengan kebenaran menggunakan sidang video, kebenaran pasti akan lebih terjamin. Tanpa kehadiran Dr. Pornthip ke mahkamah pastinya ada pihak yang akan berasa tidak berpuas hati memandangkan beliau tidak berpeluang untuk mempertahankan hipothesisnya yang terdahulu iaitu "80% Teoh telah mati dibunuh".

Dr. Pornthip juga  pasti tidak boleh mengelakkan diri lagi demi kebenaran... Setakat ini semua pakar-pakar yang terlibat di dalam kes ini termasuk Professor Dr Peter Vanezis mempunyai pandangan yang berbeza dengan beliau. Pastinya kita tidak mahu nanti, "rumah siap, pahat masih berbunyi". Penulis juga merasakan bahawa Dr. Pornthip perlu memberikan penjelasan kepada mahkamah mengapa hipothesisnya dulu berbeza....Apa alasan-alasannya sekarang....Khabar angin mengatakan justifikasi Dr. Pornthip "80% kematian Teoh disebabkan dibunuh" sudah bertukar "menjadi tidak pasti....."


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.