8 May 2010

Kes Remaja 15 Tahun Ditembak Mati - Kenyataan saksi tidak konsisten: Panel.

Kes Aminulrasyid: Panel dapati 'tidak konsisen'
http://www.malaysiakini.com/news/131216
Mei 7, 10 3:17pm

Panel Khas siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah mendapati terdapat keadaan "tidak konsisten" yang memerlukan siasatan lanjut.

 

"Daripada taklimat ringkas daripada pihak polis, kami dapati terdepat beberapa perkara yang tidak kosnsisten antara bukti dan (kenyataan) saksi," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Abu Seman menambah, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menyampaikan laporan awal berhubung dapatan panel tersebut minggu depan, sebelum dimajukan kepada kabinet.

Saksi kedua dipanggil lagi.

Sementara itu, polis hari ini memanggil seorang lagi saksi kes itu Zafrullah Zainal Abidin bagi merekodkan kenyataannya buat kali kedua sekitar jam 12 tengah hari tadi.

"Polis muncul di muka pintu dan merakamkan kenyataannya di situ, walaupun sebelum itu beliau memberitahu akan pergi ke balai polis selepas solat Jumaat bersama peguam," kata peguamnya Fadiah Nadwa Fikri.

Katanya, polis hanya bertanyakan satu soalan sama ada beliau ada mendengar bunyi sesuatu selepas kereta yang dipandu Aminulrasyid berlanggar dengan tembok.

"Beliau menjawab tiada, (sekali gus) mengesahkan kenyataan (saksi utama) Azamuddin (Omar)," katanya sambil memberitahu sesi tersebut hanya berlangsung beberapa minit.



Komen Isac;


Biarlah Panel yang dilantik memperhalusi sisatan dengan bebas. Semalam YB Khalid Samad mempertikaikan mengapa saksi di panggil untuk siasatan berulang kali, "Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?" soal Khalid.  http://www.malaysiakini.com/news/131120

Sekiranya kenyataan yang diberikan di antara saksi-saksi tidak konsisten sudah pastilah pihak yang menyisat akan bertanya semula untuk mempastikan kesahihannya...Itulah cara siasatan dibuat. Kepastian diperlukan untuk mempastikan samada percanggahan tersebut dibuat kerana terlupa, sengaja, tersilap ataupun ada berlaku kekeliruan.


Apabila tiba di mahkamah kelak, keadaanya pasti lebih tertekan kerana saksi ataupun pesalah akan ditanya berulang-ulang kali dengan pelbagai-bagai cara  dan kaedah demi untuk mencari kebenaran. Perlu diingat, sekiranya ada bukti yang menunjukkan Azamuddin adalah sebagai "rakan subahat", kenyataannya mungkin tidak akan diterima kerana mungkin ianya di buat atas kepentingan peribadi.


Kepada YB Khalid dan Peguam saksi, mereka sepatutnya lebih memahami proses siasatan, jestru itu janganlah pemikiran rakyaat seolah-olah cuba diselewengkan....Perbicaraan sepatutnya dibawa ke mahkamah dan bukannya di akhbar-akhbar maupun portal-portal berita dan blog-blog.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.