7 May 2010

Ceramah Ezam Di Segamat - Publisiti Hanya Seperti Melepas Batuk Di Tangga!!!



Penganjur: Pentas Pemuda Sekijang, Segamat, Johor.
Ceramah Umum Bersama: Sdr Ezam Mohd. Nor
Tarikh: 9 Mei 2010
Tempat: 8:45 mlm
Lokasi: Perkarangan Rumah Umno Kawasan Sekijang (Kg. Tengah)



Kalau diperhatikan kepada publisiti yang diberikan kepada kunjungan Ezam ke Segamat, penulis rasakan ianya "tak semegah mana". Hanya "ibarat melepaskan batuk di tangga".

Mengapa jadi begini? Adakah dengan hanya menggantung "banner" di beberapa persimpangan utama, maka khalayak pasti akan datang berduyun-duyun, berbandung-bandung? Kawan..... (Umno Sekijang), penulis tak fikir ianya memadai....Penulis sendiri jika tidak kerana seorang kawan (AJK Bahagian Umno kawasan lain) yang memberitahu penulis, penulispun tak terpandang "banner-banner" yang dipasang tu....

Tak ada tarikkan langsung....Perlu diingat, jika tidak berhati-hati, kawasan "Kubu Kuat" pun boleh tumbang...Beberapa bulan yang lepas Dato' Seri Anwar Ibrahim datang berceramah di sebuah sekolah Cina di Segamat, penuh bendera Parti Keadilan di pasang dengan banyaknya di tepi-tepi jalan. Dah macam nak pilihanraya....Itu parti pembangkang...
Ini pemimpin parti Pemerintah, yang datang, seorang Senator pulak tu, tetapi sambutannya begitu "kusam" dan layu....Bendera-bendera Umno hanya dipasang selang 5 tiang lampu menghala ke kawasan ceramah. Kawasan sekitar, tiang-tiang lampunya hanya ada kebel elektrik.... 

Masih ada waktu untuk memperbaikinya, mungkin perlu diwar-warkan menggunakan pembesar suara ke seluruh pelusuk daerah Segamat!!! Ayuh!!! Bangkitkan kembali semangat penentangan "Malayan Union"!!!!!


4 comments:

  1. kamu la turun buat kerja...jgn memerintah orang je, sampai bila nak maju keMELAYUan kamu tu...hidup UMNO-APCO

    ReplyDelete
  2. PASRAEL FOR ALL.

    ReplyDelete
  3. apa pun tahniah la pemuda sekijang dpt anjurkn ceramah drpd ezam, biarlah org kata lepas batuk ditangga ke, lepas muntah di dapur ke, at least korang dah wau keje. Soal komen dan ckp semua org boleh buat. Teguran tu biasa. Yg wat keje tau dah masalah mcm2 nak wat prog ni. Xpe bro pemuda sekijang, wa support u all, tahniah la k

    ReplyDelete
  4. dah gantung bendera banyak bro, tp kena turun dgn org majlis, yang tinggal tu pun psl pemuda sekijang letak tinggi sikit..diaorg rampas bendera kita siap patahkan lg kayu bendera.Tu tak kira gambor ezam yg ko candid kat atas tu kena turun beb.. sebelum ni kat jambatan pertama banner tu kitaorg letak...alasan DO..dia dpt sms ' tekanan' drpd org PKR....tp sekijang kira ok lah buat..UMNO Bahagian korang tak buat apa pun...cakap jer lebih..aku setuju dgn burhanuddin..idup sekijang

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.