13 May 2010

Kes Liwat DSAI - Karpal Bakal Dipanggil Menjadi Saksi Pendakwa???


Jikalau hansard/dokumen Persidangan Dewan Rakyaat tahun 1997 dijadikan sandaran, bukankah lebih baik jika Karpal dipanggil sebagai saksi pendakwa agar beliau dapat menerangkan kepada mahkamah, mengapa beliau membuat tuduhan bahawa DSAI telah melakukan jenayah liwat pada tahun 1997. Pastinya beliau boleh memberi keterangan kepada mahkamah adakah DSAI adalah seorang pengamal homoseksual ataupun tidak.

Sebaliknya sekiranya Karpal mengaku dengan rela hati bahawa, tuduhannya pada waktu itu adalah semata-mata berdasarkan fitnah semata, kenyataannya itu juga mungkin boleh digunakan untuk membersihkan nama DSAI daripada tuduhan liwat. 

Adakah Karpal bersedia untuk "mengorbankan dirinya" kerana DSAI? Yang jelas ada sesuatu yang tidak kena disini, iaitu samada DSAI memang bersalah ataupun Karpal memfitnah DSAI.....

Bolehkah peguam sebegini dipercayai???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.