13 May 2010

Kekuasaan Allah s.w.t. - Pesawat Libya Terhempas Semua Penumpang Terbunuh Kecuali Kanak-kanak 8 tahun....

TRIPOLI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun warga Belanda adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripada 104 penumpang Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan Libya, Mohammed Ali Zidan, berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.
“Nyawanya tidak terancam. Satu-satunya mangsa yang terselamat dan kini berada di Hospital Tripoli,” kata pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Stesen televisyen Libya melaporkan usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas pesawat Airbus A330 Syarikat Penerbangan Afriqiyah yang sedang mendarat dari Johannesburg, Afrika Selatan apabila ia terhempas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa-mangsa terselamat atau punca nahas tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu melalaui laman webnya. "Afriqiyah Airways mengumumkan bahawa penerbangan 8U771 kami menemui nahas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata kenyataan itu.

"Pada peringkat ini, kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai bilangan korban atau mangsa terselamat," katanya. Menurut maklumat yang kami terima terdapat 93 penumpang dan 11 kru yang mengikuti penerbangan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat. Ketua Parlimen Eropah, Jerzy Buzek berkata beliau telah dimaklumkan bahawa 100 orang yang menaiki pesawat berkenaan terbunuh dan hanya seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang terselamat disifatkan sebagai satu 'keajaiban'. - AP


Komen Isac;

Subhanallah.......Innallilah hiwainnalil lah hirojiun....

nota: foto diambil dari Berita Harian Online.

1 comment:

  1. di malaysiapun selalu berlaku benda macam ni. Selalunya time kemalangan jalanraya. ibubapa dan ahli keluarga lain mesti mati. Tapi Allah s.w.t benarkan seorang lagi hidup sebagai penyambung keturunan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.