22 May 2010

Hebat Nye....Kini Rumah Urut Gay Pun Ada....

51 ditahan di pusat urut ‘gay’

20/05/2010 2:37am

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seramai 51 orang, kesemuanya lelaki, ditahan pihak berkuasa dalam serbuan ke atas dua pusat urut di Taman Miharja, Cheras yang dipercayai menawarkan khidmat seks sejenis, malam tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 tukang urut, 28 pelanggan serta dua penjaga. Selain tiga tukang urut tempatan, sebahagian lagi merupakan warga asing iaitu China, Thailand, Indonesia, Myanmar, Iran dan India.

Serbuan pukul 9 malam itu merupakan operasi bersepadu polis Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - Utusan



Komen Isac;


Dah macam manusia yang hidup di zaman Nabi Luth a.s. pulak. Foto di atas, adalah mayat-mayat manusia yang disambar lava gunung berapi, kononnya "manusia" di zaman Nabi Luth a.s. Sekadar untuk renungan....

1 comment:

  1. rujuk artikel : Hebat Nye....Kini Rumah Urut Gay Pun Ada....

    penerangan gambar foto oleh isac kononnya adalah mayat manusia zaman Nabi Lut adalah salah dan menyimpang sama sekali... gambar foto tersebut diambil dari runtuhan Kota Pompeii (zaman tamadun Rom) yang tenggelam di dalam lava gunung berapi.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.