8 Apr 2010

Karpal Biadap & LKS Agen Asing???

Karpal Diarah Keluar Dewan, Tajuddin 'Selamat'
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/7/mstar_berita/20100407152054&sec=mstar_berita
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 10 hari kerana ingkar dan mempersoalkan keputusan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengerusi DAP itu diarah keluar Dewan kerana beliau berterusan melabel Pandikar Amin sebagai diktator ekoran keengganan Speaker itu mengkaji semula usul tergempar daripada Tian Chua (PKR-Batu) yang mendesak kerajaan membatalkan perjanjian dengan Syarikat Komunikasi Antarabangsa Apco Worldwide Sdn Bhd.

Kekecohan bermula apabila Karpal menuduh Speaker telah membelakangi kes-kes yang telah menjadi contoh yang dibuat oleh beliau sendiri apabila menolak permintaan Tian Chua untuk mempertimbang semula usul yang dikemukakannya bagi mendesak kerajaan membatalkan kontrak Apco atas alasan mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.

Usul itu ditolak oleh Speaker dalam kamar beliau.
Menjelaskan dakwaan itu Pandikar Amin berkata,:"Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, walaupun saya pernah putuskan kes untuk dijadikan contoh, saya juga boleh adakan kes lain untuk dijadikan contoh," katanya yang dibantah oleh Karpal.

Kedegilan Karpal itu membuat Pandikar Amin membuat keputusan mengarahkan beliau keluar Dewan. Namun Karpal tidak berhenti di situ, apabila beliau terus mempertikaikan keputusan Speaker dan berterusan melabelkan Speaker sebagai diktator.

Selepas isu Karpal selesai, persidangan Dewan Rakyat panas kembali apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam, dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.


Komen Isac;

10 hari bersidang tanpa Karpal. Kalau tanya penulis, dengan sikapnya yang angkuh dan kurang ajar tu, "gantung sampai mati" pun X apa..... Bukan "digantung" otangnya, digantung dari memasuki dewan yang mulia.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.