9 Apr 2010

Dengan Pemimpin Rendah Moral - Kes Pembuangan Bayi Bakal Meningkat???

Selangor catat kes pembuangan bayi dan dera kanak-kanak tertinggi
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3141.asp

KUALA LUMPUR - Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

"Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu," katanya.


Komen Isac;

Apabila Kerajaan Negeri mempertahankan seorang "Pemimpin Rendah Moral" mereka, apalah lagi yang hendak diharapkan..... Cuma ada pepatah, "pandai makan, pandai simpan". Jika itu pendekatanya mungkin statistik pembuangan akan berkurangan pada masa hadapan tetapi masalah "bersedudukkan" mungkin akan meningkat. Business pil perancang, kondom dan alat-alat mencegah kehamilan yang lain mungkin akan laris bak goreng pisang panas....

 

1 comment:

  1. Salam Tuan,

    Mohon dilinkkan blog ini dengan blog tuan:

    http://umno-kselangor.blogspot.com/

    Terima Kasih.

    Salam perjuangan

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.