30 Apr 2010

Bukan Pak Lah Sorang Yang Kuat Tido! Kickdefella Patut Masukkan Mereka Ini Juga....


Foto 1: LKS dan TH Hj Hadi Lawan Siapa Kuat Tido.


Foto 2: TG Nik Aziz Pun Kuat Tidur Juga.


Foto 3: Tapi Yang Jadi Mangsa Hanya Pak Lah...

Finland Akan Contohi Model Ekonomi Baru Malaysia

28 April, 2010 23:39 PM
Finland Akan Contoh Model Ekonomi Baru Malaysia - Najib
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=494308

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Finland akan menjadi satu daripada contoh bagi Model Ekonomi Baru (MEB) Malaysia.

Najib berkata walaupun jumlah penduduk negara itu hanya lima juta berbanding Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk, Finland mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih tinggi.

"Ini berpunca daripada produktiviti yang tinggi dan kedudukan Finland sebagai peneraju dalam bidang inovasi dan mengamalkan teknologi baru. Kami berharap untuk mencontohi kejayaan anda melalui MEB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan malam di Seri Perdana di sini sempena lawatan dua hari Perdana Menteri Finland Matti Vanhanen ke negara ini.

Najib berkata beliau berharap untuk meningkatkan dagangan dan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara, yang akan disokong oleh perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

"Selain itu kami sedar bahawa syarikat-syarikat Finland dan Malaysia boleh mendapat faedah daripada usahasama pembangunan yang dilakukan di negara ketiga," katanya.

Beliau berkata lokasi strategik Malaysia yang berhampiran dengan China, India dan negara-negara Asean boleh menggalakkan syarikat-syarikat Finland untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran Asian.

"Dan syarikat-syarikat Malaysia mempunyai kepakaran dalam menjalankan perniagaan dengan negara-negara Islam yang boleh menguntungkan sektor swasta di kedua-dua negara," katanya.

Najib turut memuji Finland yang memainkan peranan aktif dalam masyarakat antarabangsa termasuk dalam kegiatan keamanan dan krisis antarabangsa.

"Saya ingin memuji pendirian kerajaan Finland yang menentang tindakan kerajaan Israel membina penempatan baru di Timur Baitulmuqaddis," kata Najib.

Najib berharap Finland dan Kesatuan Eropah, sebagai anggota Kuartet, boleh membantu menyelesaikan konflik Arab-Israel.

Sementara itu, Vanhanen dalam ucapannya berkata beliau gembira kerana berpeluang meneruskan hubungan dua hala dengan Malaysia dan bersedia berkongsi pandangan bagi kelestarian ekonomi.

Vanhanen turut memuji Malaysia yang pesat membangun dan pencapaian yang membanggakan.

"Kami juga menghargai peranan yang dimainkan Malaysia dalam mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia," katanya.

-- BERNAMA


Komen Isac;

Cuma DSAI dan kuncu-kuncunya yang kata kerajaan BN tak pandai mentadbir ekonomi negara, hanya pembangkang sahaja yang menuduh kerajaan BN menindas dan tidak demokratik.....

Sedarlah rakyaat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera, jangan anda terpengaruh untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara kita sendiri!!!!!!

Pembangkang Yang Mahu Gunakan Masjid Untuk Sebarkan Dakyah Politik - Jangan Datang Ke Selangor!!!!

Selangor tak alu pemimpin salah guna masjid
Apr 29, 10 1:06pm
http://www.malaysiakini.com/news/130503

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berceramah di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.

Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.



Komen Isac;

Kalau dalam ilmu agama dan sirah Rasullah yang diamalkan oleh TG ni memang baik, mana ada pemimpin mana-mana negara Islam dalam dunia ini yang menjadikan  kuliah agama kepada jemaah sebagai rutin kehidupan sehari-hari. Hidup serba serba sederhana. Tetapi bila masuk bab politik TG ni tiada bezanya dengan lain-lain politikus!!!

Cakap berbeli-belit, hari ini cakap lain esok pulak dah tak sama....Semua yang Pas dan sekutunya buat jadi 'halal"....Waima menuduh tanpa buktipun "halal", menceritakan aib lawan, "halal" fitnah dan caci-maki menjadi senjata politik....

Ini semua sangat berbeza dengan peribadi dan pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Mengapalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas "butakan mata" melihat kemungkaran ini???



Penyokong-penyokong Pembangkang Memang Bodoh??? Atau Buta Mata Hati???



Saban hari ada sahaja nama-nama besar pemimpin-pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu. Mereka adalah Ruslan Kassim, Dr Chandra Muzaffar, Ezzam, Lokman Nor Adam, Sallehuddin, YB Zul, YB Zahrin, Dr. Hailaili dan lain-lain.

Yang peliknya semasa mereka ini berada dalam PKR, mereka ini disanjung sebagai wira. Tetapi apabila mereka keluar PKR dan mendedahkan akan cerita "busuk" yang dilakukan oleh DSAI, penyokong-penyokong fanatik PKR langsung tidak mengendahkanya.

Samada mereka ini dah "dibodohkan" oleh DSAI, sememangnya "bodoh" ataupun telah "dibutakan mata-hati" mereka sehinggakan tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk!!!

Penyokong Pembangkang Bersubahat Biaya RM 4 Juta Untuk Burukkan Imej Pak Lah/BN???

UMNO Kelantan sifatkan PAS peruntuk RM4 juta burukkan BN sebagai keji
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3518.asp
KOTA BAHARU -- UMNO Kelantan mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4 juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Foto 1: Adakah ini sumbernya???


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana
rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog kickdefella itu.

"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya.



Komen Isac;

Nampaknya apa sahaja yang dilakukan oleh Pas menjadi "halal"....Tak kiralah samada fitnah, caci-maki, tohmah, serangan peribadi dan lain-lain...

RM 4 Juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Manalah agaknya Pas memperolehi dana tersebut. Kalau dana tersebut digunakan untuk memperbaiki imej Kerajaan Negeri seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat melantik APCO, tiada menjadi kesalahan. Ini tidak, menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyerang "musuh politik"? Jika itulah relitinya maka Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan wang rakyaat ataupun pecah amanah. Sekiranya itu yang berlaku SPRM patut menjalankan siasatan.


Selain dari dana kerajaan negeri, Pas juga mungkin telah membiayai aktiviti ini melalui dana-dana berikut;

i)   Derma yang dikutip dari mereka yang menghadiri sesi ceramah politik mereka.
ii)  Hasil royalti balak.
iii) Sumbangan pihak ketiga.

Foto 2: Balak Kelantan (Gambar Hiasan)


Untuk mengelakkan daripada bersubahat/bersengkongkol dengan kerja-kerja keji ini rakyaat Malaysia dinasihatkan agar mendermakan wang mereka kepada badan-badan atau kegiatan-kegiatan yang jelas hukum halal-haramnya.

Yang penulis paling takut ialah sekiranya Pas menggunakan sumbangan wang asing yang mungkin disumbangkan oleh mana-mana Yayasan Yahudi yang anti Islam maupun kerajaan asing yang sememangnya mahu menangguk di air yang keruh. Dengar cerita semua konsesi balak di Kelantan sebenarnya dimonopoli oleh seorang Tauke Cina dari Singapura. Mungkinkah beliau yang menaja semua ini? Itu Pas kena jawablah....


29 Apr 2010

Johor Bakal Henti Bekal Air Kepada Singapura Secara Berperingkat - Kedah Bila Nak Hentikan Bekalan Air Ke Pulau Pinang???


Johor henti jual air kepada Singapura

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm


JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu melibatkan penjualan air dari Loji Skudai yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor)," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini semalam.



 
Komen Isac;
 
Adakah ianya realiti atau satu fantasi? Menurut perkhabaran yang penulis dengar sebelum ini, perjanjian bekalan air ke Singapura sememang ketat dan berat sebelah. Untuk menamatkanya hampir mustahil ataupun perlu membayar dengan harga yang terlalu tinggi.
 
Adakah Kerajaan Negeri Kedah lebih berani atau bijak untuk menamatkan perjanjian bekalan air mereka kepada Pulau Pinang? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

"Ezam Kotak" Antara Empat Dilantik Senator...


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator
Apr 28, 10 6:32pm
http://www.malaysiakini.com/news/130463

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.



Komen Isac;

Tahniah buat Ezam. Beliau sememangnya seorang pemimpin yang berbakat, sayangnya, dahulu beliau terlalu taat kepada DSAI, sehingga sanggup dipenjarakan gara-gara enam "kotak kosong". Walau bagaimanapun semoga penghargaan sebegini tidak akan menyebabkan "orang-orang lama" dalam Umno/BN berasa irihati.

Setiap individu dalam parti ada tanggung-jawab dan peranan yang perlu dimainkan. Penghargaan boleh datang dalam pelbagai bentuk dan sebagai "pejuang", apa yang penting matlamat perjuangan kita tercapai. Buangkan sifat dengki dan irihati jauh-jauh, insyaallah perjuangan kita diberkati dan kita selamat dunia akhirat.

Bilalah agaknya bloggers pro BN mempunyai seorang wakil dalam Dewan Negara ya?

28 Apr 2010

Peruntukkan RM 3 Juta Untuk Sekolah Cina Hulu Selangor - Janji Dikota.

PUTRAJAYA, 28 Apr -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan mok cek bernilai RM3 juta kepada Pengurus Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Ng Tek Kui dan Guru Besar SJKC Rasa, Ng Kin Mooi (dua kiri) pada majlis penyampaian cek bernilai RM 3 Juta kepada SJKC Rasa di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. Turut sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (tiga kiri) dan Pengerusi PIBG SJKC Rasa, Lee Kheng Hong (kiri). Peruntukan itu bagi menaik taraf sekolah berkenaan yang kini berusia lebih 80 tahun itu. --foto BERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA



Komen Isac;

Bagaimana pula dengan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan BN? Adakah masih ditakuk lama?

PRK Sibu - Bukti Pemimpin DAP Tamakkan Kuasa!


Pengerusi DAP Sarawak calon pembangkang di Sibu
http://www.malaysiakini.com/news/130385

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kini kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.

Pemilihan Wong yang juga ADUN Bukit Assek, diumumkan oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis jamuan malam yang dihadiri pemimpin Pakatan di Sibu malam tadi.

BN telah mengumumkan pemilihan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN.



Komen Isac;

Tak ada calon lain kah? Kalau dahulu bila calon BN bertanding kerusi ADUN dan juga Parlimen "serentak" mereka akan dilebel sebagai gila kuasa! BN tak ada calon lain! Dan lain-lain tanggapan yang negatif. Dalam kes Pakatan Pembangkang ni mereka pun "gila kuasa" kah??????

Soalan penulis kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang di Sibu, adakah anda semua sememangnya tidak layak untuk dicalonkan???

Kematian Aminulrasyid - Perlu Dijadikan Iktibar Dan Pengajaran....



Jimadie Shah Othman | Apr 27, 10 3:56PM
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Noh Omar berkata, beliau sendiri akan bangkit kes remaja yang ditembak mati oleh polis itu dalam mesyuarat kabinet esok untuk perhatian kerajaan.
Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.


Komen Isac;

Baguslah kalau kerajaan sendiri cepat bertindak dan mengambil tindakan yang proaktif. Saksi kes juga perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya. Ya lah takut2 nanti, saksi kes iaitu rakan simati akan digunakan oleh pembangkang sebagai modal untuk menghentam integriti pihak polis!!!!! dan Kerajaan BN!!!

Mungkin mereka sudah pun memulakan gerakan ke arah tersebut....

Maka akan berulanglah seperti episod kematian mendiang S. Kuhan dalam tahanan polis dan kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM

Walaupun kebenaran dan siasatan perlu, seperti juga hasrat keluarga simati untuk "membersihkan" nama simati, tetapi janganlah pula integriti Polis diinjak2 sesuka hati demi populariti dan kepentingan politik pihak yang suka menangguk di air yang keruh!

"Janganlah disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga!"

Pengajaran dari kes ini, (kepada ibupa dan penjaga) jangan biarkan anak-anak kita keluar larut malam dan memandu tanpa lesen. Akibatnya sangat dahsyat. Pastinya mereka akan disalah anggap, kerana orang yang keluar larut malam tanpa tujuan selalunya akan dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan tidak bermoral.

Pemilik kenderaan juga perlu memastikan kenderaan mereka tidak digunakan oleh remaja bawah umur kerana memandunya tanpa lesen, bakal mengundang bahaya bukan sahaja kepada pemandu tetapi pemilik kenderaan. Remaja yang memandu tanpa lesen pasti akan "gementar" apabila terserempak dengan pihak polis, jestru jika mereka bertindak cuba lari dari kepungan polis sehingga hampir melanggar anggota polis tersebut kesannya pasti dahsyat dan membahayakan nyawa mereka sendiri kerana pihak polis juga berhak mempertahankan nyawa mereka apabila dirasakan keselamatan diri mereka terancam.

Kepada pihak polis peronda pula, cuba elakkan menembak "suspek" walaupun ditujukan kepada tayar kenderaan dengan tujuan memberhentikannya, kerana anda bukannya "starsky & hutch" maupun seorang "sharp sooter". Dengan kenderaan yang sedang bergerak, sebahagian tembakan anda pasti akan tersasar...Masukkan dalam "Standard Operating Procedure" pihak polis, " mereka hanya dibenarkan jika diserang ataupun nyawa mereka benar-benar terancam".

Dalam kes kejar-mengejar, pihak polis boleh melanggar bahagian tepi belakang kenderaan yang sedang dikejar agar kenderaan tersebut hilang arah atau hilang kawalan. Bila ini berlaku kenderaan tersebut akan dapat dipintas dengan dengan mudah dan resiko kehilangan nyawa yang agak rendah kepada kedua-dua pihak,

Tragedi seperti ini telah berulang kali berlaku, jestru itu pihak polis perlu mempertingkatkan keupayaan anggota-anggotanya dan mengajar mereka cara terbaik untuk menguruskan dan menangani situasi seumpama ini untuk kebaikan dan keselamatan semua pihak.

Berkenaan adanya sebilah parang, walaupun ianya menjadi kesalahan...Tetapi penulis percaya setiap orang yang biasa ke kebun ataupun biasa berjalan jauh, menyimpannya di bonet kereta, adalah suatu perkara biasa walaupun bagi seorang anggota polis. Jadi adakah wajar kita mengatakan mereka ini "penyamun" ?

Kejayaan BN di P94 Hulu Selangor - Juga Terimakasih Pada Puak Azmin & Akar Umbi Pas???



Perkara Yang Tersirat;

Mungkinkah kejayaan BN di Hulu Selangor pada hari Ahad yang lepas, juga adalah kemenangan buat Puak Pro Azmin dalam PKR dan Akar Umbi Pas?

Walaupun Azmin kelihatan terus lantang mengkritik BN, tetapi tingkah-lakunya dilihat seolah-olah tidak berapa "bersungguh" di dalam berkempen untuk memenangkan Datuk Zaid...

Cabarannya agar dikeluarkan bukti bahawa Datuk Zaid adalah seorang kaki botol juga dilihat seperti sengaja menempah maut...


Begitu juga halnya dengan sebahagian akar-umbi Pas terutamanya dari kawasan Hulu Selangor, yang dikatakan tidak berkempen bersungguh-sungguh untuk Zaid kerana tidak mahu dikaitkan dengan calon yang dipertikaikan moralnya. Takkan ahli parti agama mahu bersengkokol dengan calon yang dikatakan sebagai "fasik"...Buat mereka itu memang "pantang nenek/moyang lah".

Apapun golongan ini juga sebenarnya telah "berjasa" untuk memenangkan YB P. Kamalanthan yang walaupun seorang penganut agama Hindu berketurunan India Malaysiabeliau bukan seorang kaki botol apa lagi judi kuda.

Tahniah buat Azmin dengan kekalahan Datuk Zaid ini kerana pengaruhnya dalam PKR dilihat kembali cerah. Begitu juga tahniah kepada akar umbi Pas yang dilihat berjaya mempertahankan "pegangan" mereka untuk tidak bersengkokol dengan kemungkaran.....

Bahkan penulis percaya undi rosak yang berjumlah melebihi 700 undi itu sebahagiannya disumbangkan oleh akar umbi Pas dan puak pro Azmin.

27 Apr 2010

Nazri Hina Mahkamah? Karpal Tak Boleh Nak Putar Belit Lagi!!!

Peguam Negara mohon jadi pencelah permohonan abang Teoh

2010/04/27

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamNegaramohonjadipencelahpermohonanabangTeoh/Article

SHAH ALAM: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, memfailkan tengahari tadi untuk menjadi pencelah dalam permohonan abang Teoh Beng Hock, Meng Kee, supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dikenakan tindakan mahkamah kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, berbohong.

Abdul Ghani juga memohon keputusan terhadap permohonan Meng Kee yang sepatutnya diberikan hari ini ditangguh bagi mendengar hujahnya menjadi pencelah esok.



Komen Isac;

Ibarat buku bertemu ruas. Dengan adanya Peguam Negara sebagai pencelah, diharapkan Karpal dan Gobind tidak lagi boleh sesuka-hati "mempermain-mainkan" mahkamah dengan gaya "politician" mereka.

Takkan Kerajaan akan membiarkan  seorang Menterinya dibiarkan tanpa pembelaan? Adakah pembelaan hanya khas untuk Pakatan Pembangkang sahaja? Jestru itu Pak Menteripun boleh "mereka" perlakukan sesuka hati???

Kita sememangnya mahu agar punca kematian mendiang Teoh disiasat dan diberitahu kepada umum , tetapi janganlah pula Inkues ini digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab untuk mencari populariti, kepentingan politik dan memfitnah orang yang tidak bersalah!!!

Tergempar!!! Inkues Teoh - Peter Veneziz Dan Keluarga Diugut!!!! Angkara Pakatan Pembangkang???

Pakar Patologi British Buat Laporan Polis Dakwa Diugut
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/4/27/mstar_jenayah/20100427112214&sec=mstar_jenayah
SHAH ALAM: Pakar patologi British, Peter Veneziz membuat laporan polis berikutan dakwaan menerima ugutan melalui emel yang mengancam diri dan keluarnganya.

Vanezis yang mula memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock semalam membuat laporan berkenaan malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.



Komen Isac;

Adakah dengan ugutan ini  kita boleht terus menunding jari kepada Pakatan Pembangkang dan mengatakan mereka yang bertanggung-jawab???

Keterangan oleh Prof. Dr. Peter Veneziz yang mengatakan, "kecerdaan pada tubuh Teoh selari dengan kesan jatuh dari tempat tinggi termasuk kesan dileher dan bukannya bekas beliau telah dicekik"sudah tentu akan memberikan tekanan kepada Pakatan Pembangkang yang selama ini sengaja mempolitikkan isu ini dengan sengaja menuduh SPRM/BN yang "membunuh" mendiang Teoh.

Bahkan pendedahan terbaru oleh seorang pakar yang tersohor seperti Prof Dr Peter pastinya memberikan tamparan yang hebat terhadak kenyataan Dr. Pornthip yang sebelum ini mendakwa mendinag Teoh telah dicekik dan kemungkinan beliau mati sebab dibunuh adalah 80%. Untuk rekod Dr. Pornthip mewakil kerajaan negeri Selangor.

Adakah mereka ini cuba menutup mulut Professor Dr. Peter Veneziz dari menceritakan perkara yang sebenarnya? Ataupun akan ada pula tuduhan yang mengatakan beliau (Prof. Dr. Peter Veneziz)adalah  berbangsa Yahudi? Demi untuk menaikkan kemarahan orang ramai dan lari dari isu yang sebenar? Itu sememangnya "kepakaran" Pakatan Pembangkang!!!

Apapun biarlah pihak polis menyiasat perkara ini dan semoga pihak yang "bersalah" dapat dihukum. Ugutan melalui email biasanya boleh dikesan....Janganlan terburu-buru dalam membuat tanggapan menghukum orang lain....Ingatlah, kita bukanya seperti Pakatan Pembangkang, yang sentiasa menunding jari dan menuduh orang lain.



Berita ini juga dilaporkan di sini:

 Malaysiakini; http://www.malaysiakini.com/news/130306


Utusan Malaysia;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Malaysian Insider;
http://m.themalaysianinsider.com/articles_headlines.php?id=malaysia/61414

Bernama;
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=493748

Sinar Harian;
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3479.asp

Pertujukkan Udara - Sempena 200 Tahun Kemerdekaan Venezuela Dan Gambar2 Menarik Jet Pejuang.

Foto 1: MENARIK: Persembahan udara pesawat tentera Venezuela ketika mengambil bahagian dalam acara perarakan sempena sambutan
 ulang tahun ke-200 kemerdekaan Venezuela di Caracas, pada 19/4/2010. - Foto Reuters



Komen Isac;

Ini bukan injin jet pejuang TUDM yang hilang tu ye :), pesawat pejuang di atas adalah model baru. Pada pengamatan penulis ianya mungkin jenis Jet Sukhoi SU 30 . Jet pejuang F5E dan F 16 hanya mempunyai satu ekzos tapi pesawat pejuang ini mempunyai 2 ekzos.

Tentera Udara Venezuela mempunyai pesawat-pesawat dari jenis F 16 Fighting Falcon dan Sukhoi SU 30.



Foto 2: Jet F 16 Fighting Falcon.




Foto 3: Jet Sikhoi SU 30.





Apr 20, 2010 12:06 pm

26 Apr 2010

Penemuan Dr. Peter Vanezis - Tamparan Kepada Dr. Pornthip??? Mendiang Teoh Tidak Dicekik!!!



Foto: PAKAR patalogi dari United Kingdom, Dr. Peter Vanezis (tengah) hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam, 26 April. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI

Isnin April 26, 2010

Teoh Dalam Keadaan Sedar Semasa Jatuh, Tidak Dicekik - Pakar Forensik British

SHAH ALAM: Bekas pembantu politik Teoh Beng Hock berada dalam keadaan sedar semasa beliau jatuh dan telah cuba menahan dirinya daripada jatuh dari tempat tinggi, kata pakar forensik British Profesor Dr Peter Vanezis semasa memberi keterangan pada inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh di sini hari ini.

Dr Vanezis, yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang pejabat suruhanjaya itu terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Dr Vanezis dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengkategorikan sama ada atau tidak si mati telah ditolak keluar dari tingkap secara fizikal semasa beliau berada dalam keadaan sedar," kata Dr Vanezis yang memberikan keterangan buat pertama kali pada inkues itu.

Beliau memberitahu inkues itu bahawa kaki Teoh mencecah lantai terlebih dahulu berdasarkan corak keretakan pada pelvis, paha dan betis.

Kecederaan pada betis menunjukkan Teoh telah cuba menahan diri daripada jatuh, kata Dr Vanezis.

Pakar patalogi British itu yang turut serta dalam penyiasatan punca kematian Puteri Diana, berkata beliau mendapati tiada tanda-tanda kekejangan pada badan Teoh.

"Tidak terdapat tanda-tanda kekejangan dilihat pada badannya. Bagaimanapun adalah mungkin seseorang itu mengalami kekejangan tanpa kesan bengkak ditemui, ia bergantung kepada cara dan paksaan yang digunakan dalam keadaan seumpama itu," katanya.

Berdasarkan pemeriksaannya, Dr Vanezis berkata tiada bukti menunjukkan bahawa leher Teoh telah dicekik.

Kesan bengkak pada bahagian leher merupakan sebahagian daripada kecederaan menyeluruh akibat jatuh itu, katanya.

Inkues itu dikendalikan Koroner Azmil Muntapha Abas.- BERNAMA



Komen Isac;

Dalam bidang profesional, seseorang pakar  perlu bertanggung-jawab di atas hasil kerja mereka. Bagi seorang doktor, nyawa pesakit adalah tanggung-jawabnya. Bagi seorang jurutera pula, ketahanan struktur yang dibina maupun direka-bentuk akan menjadi tanggung-jawabnya. Untuk seorang Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) kiraan kos sesuatu projek/pembinaan adalah menjadi tanggung-jawabnya.

Sebagai professional, mereka ini perlu bertanggung-jawab ke atas hasil kerja mereka. Bahkan kos untuk sesuatu projek pada kebiasaannya tidak boleh melebihi 20% daripada jangkaan asal. Dalam kes Inkues Mediang Teoh penulis hairan bagaimana seorang "pakar" seperti Dr. Pornthip boleh membuat andaian/hipotesis yang telah terbukti jauh tersasar. 
Apakah "pegangan" ataupun bukti yang membuatkan beliau begitu konfiden ketika membuat kenyataan di mahkamah, bahawa 80% Mendiang Teoh mati dibunuh???  Dari mana beliau dapat angka 80% ???. Mengapa beliau boleh begitu pasti? Adakah hasil kerja dan kenyataan seorang Dr. Kroner tidak perlu dipertanggung-jawabkan ke atas mereka semata-mata kerana mereka "membedah" orang yang telah mati? Bagaimana jika kenyataan mereka boleh menimbulkan rasa tidak puas-hati atau kekacauan? Bagaimana jika kenyataan/penumuan mereka didapati/terbukti salah?

Kenyataan Dr. Peter Vanezis telahpun menepis kenyataan/hipotesis Dr. Pornthip. Menurut Dr. Peter, kesan kecedaraan dileher Mendiang bukan disebabkan oleh kesan cekik. Menurut beliau lagi kesan tersebut adalah selari dengan kesan jatuh dari tempat tinggi. Pastinya pengalaman Dr. Peter jauh lebih luas dari Dr. Pornthip.

Adakah keengganan Dr. Pornthip untuk hadir ke Inkues Teoh, pada kali ini kerana mahu mengelak daripada mendapat malu? Itu hanya beliau yang tahu. Yang jelas, imej dan kepakaran Dr. Pornthip pastinya akan tercalar disebabkan tingkah-lakunya dalam Inkues Mending Teoh yang dilihat, agak terburu-buru dan seperti "memihak" kepada pakatan pembangkang.



Anwar Bila Lagi Nak Bersumpah? Najib Dah Bersumpah Banyak Kali, Zaid Dahpun Mengaku....

Altantuya: Najib sumpah lagi ketika kempen pilihan raya

Oleh G. Manimaran

Foto 1: Gambar Palsu Ini Dihasilkan Menggunakan Teknik  CNP Oleh Pembangkang Untuk Memfitnah Najib. Najib Telah Banyak Kali Bersumpah Bahawa Beliau Tidak Mengenali Mendiang Altantunya.


HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008.

Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.

“Saya tak kenal dia, jangan tuduh,” kata Najib lagi. “Satu pembohongan besar dan dahsyat,” kata beliau.

Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.

Malam ini, Najib juga berkata, beliau telah dimaklumkan segala-galanya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada beliau baru-baru ini.

Zulkifli yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat oleh PKR mengikuti rombongan lawatan ke luar Washington, diketuai Najib, baru-baru ini.

Najib berkata, Zulkifli selaku bekas peguam salah seorang tertuduh kes Altantuya, Azizul Azilah Hadri tahu segala maklumat mengenai kes itu.

Ketika berkempen di sini tiga hari lalu. Najib berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington baru-baru ini - bekas wakil rakyat PKR - sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.

“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau.


Foto 2: Walaupun Gambar Ini Hasil CNP, Tetapi Zahid Sendiri Telah Mengaku, Memang Pernah Terlibat Dengan Arak.





Foto 3: TG Hj. Hadi Mungkin Sedia Untuk Menjadi Saksi.




Bagaimana pula dengan Anwar? Bila lagi Anwar mahu bersumpah bahawa beliau tidak pernah  meliwat Saiful???

Selami Dan Patuhilah Nasihat/Titah Raja-Raja Melayu - Jangan Sampai Sejarah Kejatuhan Melaka Berulang....


Suara Raja Melayu

Pada 27 Mac lalu, Sultan Kedah, DYMM Tuanku Abdul Halim meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelak negara dijajah oleh pihak asing. ''Jika kita mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain," titah baginda.

2. Pada 22 April, DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak cadangan kerajaan pimpinan DAP untuk melantik Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

Keputusan Seri Paduka menamatkan kontroversi yang tercetus ekoran bantahan pelbagai pihak dan umat Islam yang menentang pelantikan Mansor yang juga pemimpin PKR negeri.

Mereka bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik pembangkang termasuk DAP dan bukannya golongan asnaf.

3. Pada 22 April juga, DYMM Tuanku Sultan Perak mengingatkan semua wakil rakyat di negeri tersebut supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu ketika memberikan perkenan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

4. Pada 23 April, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adat Melayu hendaklah terus dipertahankan dan dipatuhi. Malah baginda mengingatkan kuasa mutlak dalam kedua-dua urusan itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun.

5. Pada tarikh yang sama, DYMM Tuanku Sultan Selangor menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Awang paparkan semula sebahagian titah Raja-Raja Melayu itu untuk renungan semua pihak. Tafsirlah suara hati baginda sekelian dengan penuh kebijaksanaan. Awang terharu dalam kesyukuran. Bayangkan apa yang akan jadi jika Raja atau Sultan tidak campur tangan dalam menjaga kepentingan agama dan bangsa dalam isu-isu kritikal termasuk pelantikan Pengerusi PUZ di Pulau Pinang.

Siapakah pula yang dimaksudkan dalam peringatan dan penegasan baginda semua? Sememangnya pasca Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan Raja-Raja Melayu terpaksa tampil membuat banyak peringatan. Tidak pernah berlaku keadaan sedemikian dalam sejarah tanah air. Malah institusi istana makin tidak dihormati. Lebih buruk ada pemimpin pembangkang sama ada secara terbuka mahupun berselindung menghina institusi yang menjadi tonggak dalam Perlembagaan negara.

Awang ingin ulangi bahawa menjadi agenda kelompok berkenaan untuk menulis semula perlembagaan yang antara matlamat akhirnya bagi mewujudkan negara republik. Ia bukan teori kosong. Dalangnya tidak sukar ditelah dan yang rela diperalatkan pula adalah pemimpin pembangkang Melayu yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.

Ramai tahu siapa orangnya. Pengkhianatan dan ancaman sudah di depan mata. Maka Awang menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana terus menjadi payung dalam melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ternyata baginda sekelian tidak gundah untuk bersuara. Daulat tuanku.

 

Komen Isac;

Raja-raja Melayupun telah sedar siapa  "pakatan pembangkang" yang sebenarnya, kepada sekalian rakyaat Malaysia, lihatlah dengan mata hati siapakah mereka ini, Insyaallah anda juga akan dapat mengenali wajah mereka yang sebenar...

Bukalah hati dan minda anda, sedarlah sebelum terlambat......

PRK 94 Hulu Selangor - Sebahagian Gambar-gambar Sekitar Hari Mengundi....



Pemenang PRK Hulu Selangor, P. Kamalanathan (no 1 kanan) meraikan kemenangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah), Datin Seri Rosmah Mansor (no. 2 kiri), Tan Sri Muhyiddin Yassin (no 2 kanan), dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (no 1 kiri). – Gambar oleh Jack Ooi (Malaysian Insider)



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau pusat-pusat pembuangan undi SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru, 25 April. - Utusan/NOORADZRENE MOHD.NOOR



P. Kamalanathan dan Datuk Seri Hishamuddin mengangkat tangan kepada jurugambar di pusat penjumlahan undi. - Foto The Star GLENN GUAN



PETUGAS SPR membawa masuk sebahagian peti undi yang baru sampai di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompek Sukan Hulu Selangor, sebentar tadi. - Foto BHOnline
Apr 25, 2010 6:56 pm
 


PETUGAS SPR mengira undi pos sambil diperhatikan wakil calon di pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid (Berita Harian).




Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi pos ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daearah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, di sini hari ini. -- Foto BERNAMA.



Orang-ramai beratur untuk mengundi.

25 Apr 2010

BN Menang!!!!!!!! Dan Sedikit Post-mortem.




Keputusan resmi (Buletin Awani, 501), calon BN, Saudara P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.


Tahniah pemimpin-pemimpin BN, Calon BN saudara Kamal, Jentera Pilihanraya BN, Media, Pengundi-pengundi, penyokong-penyokong BN dan para Bloggers!!!!! Akhirnya usaha kita meraih kejayaan, syukur Alhamdulillah....




Walaubagaimanapun secara keseluruhannya undi PKR bertambah 95 undi, manakala undi BN bertambah 2018. Ini bermaksud mereka yang mengundi PKR dalam PRU 12 masih "tegar" menyokong PKR. BN perlu berbuat sesuatu!!! 

Juga boleh rujuk artikel di bawah (mStar);

Rasmi: Calon BN Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi
Ahad April 25, 2010

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/25/mstar_berita/20100425203108&sec=mstar_berita

KUALA KUBU BARU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tepat jam 9.12 malam ini mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan berjaya memperolehi 24,997 undi berbanding Zaid Ibrahim 23,272 undi.

731 undi diisytihar sebagai undi rosak.

Sebelum itu pada lebih kurang jam 7.51 malam, selepas 40 daripada 137 peti undi dikira, P. Kamalanathan memperolehi 5,946 berbanding Zaid Ibrahim (PKR) 6,552.


PRK 94 Hulu Selangor - Keputusan Rasmi, BN Menang!!!!!


Keputusan resmi (Buletin Awani, 501), calon BN, Saudara P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.


Tahniah pemimpin-pemimpin BN, Calon BN saudara Kamal, Jentera Pilihanraya BN, Media, Pengundi-pengundi, penyokong-penyokong BN dan para Bloggers!!!!! Akhirnya usaha kita meraih kejayaan, syukur Alhamdulillah....



Juga boleh rujuk artikel di bawah (mStar);

Rasmi: Calon BN Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi
Ahad April 25, 2010

KUALA KUBU BARU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tepat jam 9.12 malam ini mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan berjaya memperolehi 24,997 undi berbanding Zaid Ibrahim 23,272 undi.

731 undi diisytihar sebagai undi rosak.

Sebelum itu pada lebih kurang jam 7.51 malam, selepas 40 daripada 137 peti undi dikira, P. Kamalanathan memperolehi 5,946 berbanding Zaid Ibrahim (PKR) 6,552.





PRK 94 Hulu Selangor - Calon BN Kamal, Menang Bergaya!!!


Keputusan tidak resmi, calon BN, Saudara P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,683 undi.

Tahniah pemimpin-pemimpin BN, Calon BN saudara Kamal, Jentera Pilihanraya BN, Media, Pengundi-pengundi, penyokong-penyokong BN dan para Bloggers!!!!!