28 Apr 2010

Kejayaan BN di P94 Hulu Selangor - Juga Terimakasih Pada Puak Azmin & Akar Umbi Pas???



Perkara Yang Tersirat;

Mungkinkah kejayaan BN di Hulu Selangor pada hari Ahad yang lepas, juga adalah kemenangan buat Puak Pro Azmin dalam PKR dan Akar Umbi Pas?

Walaupun Azmin kelihatan terus lantang mengkritik BN, tetapi tingkah-lakunya dilihat seolah-olah tidak berapa "bersungguh" di dalam berkempen untuk memenangkan Datuk Zaid...

Cabarannya agar dikeluarkan bukti bahawa Datuk Zaid adalah seorang kaki botol juga dilihat seperti sengaja menempah maut...


Begitu juga halnya dengan sebahagian akar-umbi Pas terutamanya dari kawasan Hulu Selangor, yang dikatakan tidak berkempen bersungguh-sungguh untuk Zaid kerana tidak mahu dikaitkan dengan calon yang dipertikaikan moralnya. Takkan ahli parti agama mahu bersengkokol dengan calon yang dikatakan sebagai "fasik"...Buat mereka itu memang "pantang nenek/moyang lah".

Apapun golongan ini juga sebenarnya telah "berjasa" untuk memenangkan YB P. Kamalanthan yang walaupun seorang penganut agama Hindu berketurunan India Malaysiabeliau bukan seorang kaki botol apa lagi judi kuda.

Tahniah buat Azmin dengan kekalahan Datuk Zaid ini kerana pengaruhnya dalam PKR dilihat kembali cerah. Begitu juga tahniah kepada akar umbi Pas yang dilihat berjaya mempertahankan "pegangan" mereka untuk tidak bersengkokol dengan kemungkaran.....

Bahkan penulis percaya undi rosak yang berjumlah melebihi 700 undi itu sebahagiannya disumbangkan oleh akar umbi Pas dan puak pro Azmin.

2 comments:

  1. salam tuan,
    teman tak rasa hulu selangor pengundi pas tak sokong zaid kuda...ya jentera mereka tak berjalan tetapi bab tenyeh depa tetap tenyeh zahid...700 undi rosak tuh teman rasa pelbagai kes...bab tak suka MIC pun ada...protes umno pun ada dan tolak zaid pun ada(pas)...

    puak pas mana ada prinsip...asal satu geng (mata dajjal atau roket) semua maksum...semua dah insap...kepala hotak depa!!! hehehe emosi sikit!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Dendam Azmin mungkin masih lagi membara mungkin bila teringatkan Zaid langgar arahan Anwar pergi ke Sabah bertemu Pairin Kitingan, sekaligus mencabar kedudukannya sebagai orang no.2 dalam PKR. Masa tu Azmin 'dipertiakikan' kepimpinan PKR Sabah kerana memilih beliau untuk mengetuai kepimpinan di Sabah. Zaid dilihat cuba masuk campur dalam kes ini yg mengambil inisiatif cara sendiri bagi menyelesaikan masalah Azmin..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.