30 Apr 2010

Pembangkang Yang Mahu Gunakan Masjid Untuk Sebarkan Dakyah Politik - Jangan Datang Ke Selangor!!!!

Selangor tak alu pemimpin salah guna masjid
Apr 29, 10 1:06pm
http://www.malaysiakini.com/news/130503

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berceramah di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.

Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.



Komen Isac;

Kalau dalam ilmu agama dan sirah Rasullah yang diamalkan oleh TG ni memang baik, mana ada pemimpin mana-mana negara Islam dalam dunia ini yang menjadikan  kuliah agama kepada jemaah sebagai rutin kehidupan sehari-hari. Hidup serba serba sederhana. Tetapi bila masuk bab politik TG ni tiada bezanya dengan lain-lain politikus!!!

Cakap berbeli-belit, hari ini cakap lain esok pulak dah tak sama....Semua yang Pas dan sekutunya buat jadi 'halal"....Waima menuduh tanpa buktipun "halal", menceritakan aib lawan, "halal" fitnah dan caci-maki menjadi senjata politik....

Ini semua sangat berbeza dengan peribadi dan pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Mengapalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas "butakan mata" melihat kemungkaran ini???



2 comments:

  1. DORANG DAH KENA BRAINWASH KOT? DORANG DAH KENA BOMOH KOT? DORANG DAH MINUM AIR SELIPAR TOK GURU KOT?

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz dgn sengaja melanggar : mengabaikan Firman : Perintah Larangan Allah :

    Surah alJinn (72) ; 18.
    * dan bahawa sesungguhNya Masjid2 itu utk... (Ibadah : Zikir kpd) ...Allah semata2... (Ittaqullah), MAKA...(Imama) ...jangan lah kamu seru...(selain dari semata2 kerana Allah -Ittaqullah) ...dan...(ma'mum jangan lah kamu taat : patuh) sembah sesiapa pun bersama Allah./

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.