18 Mar 2010

Tak Dapat Jadi PM - Kini DSAI Nak Jadi Agong Pula?





17 Mac, 2010 21:11 PM


Anggota Parlimen BN Sifatkan Anwar Tidak Hormati Tuanku Mizan






KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika membahaskan usul menjunjung kasih pada persidangan Dewan Rakyat Rabu disifatkan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati Ketua Negara.

Masing-masing melihat Ketua Pembangkang itu cuba mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong kerana beranggapan draf titah perasmian itu disediakan kerajaan untuk memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata walaupun pada kebiasaannya draf titah disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) namun draf akhir adalah di atas kebijaksanaan Istana Negara dan harus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi sudah tentu Istana Negara dengan kepakaran yang mereka miliki boleh membuat sebarang pindaan dan saya kira itu yang telah berlaku. Saya tak nampak yang JPM sendiri mendrafkan sesuatu untuk menaikkan nama Perdana Menteri.



Komen Isac;




Rakyaat boleh lihat sendiri kebiadapan dan belang DSAI. Beliau mempersoalkan titah Perasmian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang memuji Memanda DSN dengan mengatakan kononnya DYMM Agong berbuat demikian kerana "mengikut telunjuk" DSN/BN. Perbuatan DSAI itu samalah juga dengan mengatakan Yang Dipertuan Agong sebagai "Bodoh", "Pak Turut" dan mudah untuk dipengaruhi oleh kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN.

1 comment:

  1. Salam Sahabat,

    Anwar punya peranngai mana bleh orang lain puji Najib dan BN lebih2 lagi orang tu adalah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung! hehe..

    Kalau orang puji dia melangit, takpe! hehe..

    Bila dah kena bantai dengan Zahrain, panas punggung! Selalunya dia 'panaskan' punggung orang! keh..keh..keh..!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.