17 Mar 2010

Jika LGE "Rasuah" Warga Tua P. Pinang, RM100. Kerajaan BN Pula Cuba "Beli" Hati Pengundi Kelantan Dengan Wang Ikhsan???


Ibu bapa bergaji bawah RM1,500 dapat wang ehsan
http://www.malaysiakini.com/news/126792
Mac 17, 10 3:41 pm



Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ehsan yang akan dibahagikan mulai awal April depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, selain itu, ibu bapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.

"Mereka mungkin akan menerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Machang, hari ini.

Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan hasil perolehan gerudi minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.

Ahad lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang berkenaan antara lain akan diagihkan kepada pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, kebakaran serta kemalangan serius.

- Bernama




Komen Isac;



Kerajaan Pusat perlu lebih bijak... Bantuan secara terus kepada golongan miskin ini bukanlah penyelesain yang bijak.... Mereka ini perlu disediakan untuk menghadapi kehidupan yang mencabar...Bak kata pepatah Cina," Berikan jala dan ajarkan mereka (orang miskin) cara menangkap ikan dan bukannya memberikan mereka ikan". Memberikan mereka kemahiran hidup akan membolehkan mereka berdikari dan jika sebaliknya mereka akan terus bergantung kepada kerajaan.


Pada pandangan penulis gunakanlah wang ikhsan ini dengan bijak, seperti wang royalti balak, wang ikhsan hasil minyak/gas juga akan habis....Untuk itu wang itu sepatutnya digunakan untuk memakmurkan ekonomi dan memujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di Kelantan. Memberi peluang pembelajaran percuma untuk anak-anak orang miskin seperti biasiswa di sekolah-sekolah berasrama penuh, kolej-kolej dan sehingga ke peringkat universiti. Mewujudkan kursus kemahiran jangka pendek dan jangka panjang untuk para belia agar mereka lebih bersedia untuk menceburi bidang kerjaya. Memberikan bantuan kewangan untuk peniaga dan petani memulakan dan mengembangkan perniagaan/ladang mereka. Bantuan sebegini pastinya akan membantu memakmurkan ekonomi negeri dan peluang masa depan yang lebih cerah untuk golongan muda.


Sebaliknya pemberian bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah ditakuti kesannya hanyalah sementara, sekadar meraih populariti dan akan menjadikan golongan miskin terus-terusan bergantung kepada Kerajaan. Kesan dan sumbangannya dalam memakmurkan ekonomi negeri untuk manfaat semua juga amat-amat diragui... Setelah mentadbir negara hampir 53 tahun dengan bermacam-macam pahit-maung kerajaan BN sewajarnya bertindak dengan lebih bijak....Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan....

2 comments:

  1. Salam Isac, setuju dgn komen tuan.... tetapi sepatutnya ini yg perlu difikirkan oleh pemerintah serambi Mekah, mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan... waima apa bentuk sekali pun, rakyat Kelantan, khususnya Melayu akan menikmati wang ihsan....jangan jadi wang balak yg tak tahu ke mana hala....

    ReplyDelete
  2. HARI INI HARI YANG INDAH APABILA X-PKR DS ZAHRAIN MENGHENTAM ANUAR CUKUP-CUKUP DIPARLIMEN.

    ANUAR LARI LINTANG PUKANG KELUAR DEWAN..

    TERUSKAN WAHAI SEMUA X-PKR..

    KASI HANTAM..
    KASI ULI..
    KASI TENYEH..
    KASI GALI..
    KASI BOCOR..
    KASI KARAM..
    KASI TENGELAM..

    KAH KAH KAH KAH ...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.