4 Feb 2010

Petronas Dapat Boss Baru





Teka teki mengenai kedudukan Tan Sri Mohd Hassan Merican di Petronas terjawab petang Rabu.Bekas Pengarah Urusan MISC Berhad (MISC) Datuk Shamsul Azhar Abbas, 57 dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang berkuatkuasa pada 10 Februari 2010.

Beliau ganti Mohd Hassan yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 9 Februari ini.
Pengumuman ini dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan. Menurut kenyataan itu Shamsul Azhar, turut dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas. MISC Berhad (MISC) merupakan syarikat perkapalan terkemuka dimiliki Petronas.

Shamsul bersara dari jawatannya di MISC pada Januari lalu. Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar Mohd Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Presiden, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak tahun 1995.

Mohd hassan mula berkhidmat dengan Petronas sejak tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1995.
Beliau kemudiannya menyandang sebagai Pemangku Pengerusi pada tahun 2004 hingga sekarang.-3/2/2010




Komen Isac;



Setiap yang bermula akan berakhir. Patah tumbuh hilang berganti. Jutaan terimakasih diucapkan kepada Tan Sri Mohd Hassan Merican kerana telah memimpin Petronas dengan cemerlang sejak lebih 15 tahun yang lalu. Kepada Datuk Shamsul Azhar Abbas tahniah dan selamat menjalankan tugas sebagai Presiden Petronas yang baru. Mudah-mudahan beliau dapat membawa Petronas ketahap yang lebih tinggi.

1 comment:

  1. jgn melayu tipu melayu sudah. susahnya nak comment.. ade je word verification.. dah type panjang2 tapi page load separuh bila sampai ke part word verify. boleh disablekan tak function tu?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.