3 Feb 2010

LGE Beri Lebih Banyak Kontrak Kepada Kontraktor Melayu - Baiknya Dia???

Guan Eng dicabar dedah nilai tender kontraktor Melayu

PULAU PINANG 1 Feb. - Kerajaan negeri dicabar mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu. Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender ditawarkan kerajaan negeri tidak mencerminkan senario sebenar sistem secara terbuka itu.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran telus, nilai tender yang telah diberi kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu perlu didedahkan kepada orang ramai. "Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu. "Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Guan Eng dalam kenyataannya semalam memberitahu, sejak pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum di negeri itu, jumlah kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh kerja-kerja ditawarkan melebihi kontraktor bukan Melayu. Daripada 23 tender yang ditawarkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), 16 (70 peratus) dimenangi kontraktor Melayu dan selebihnya iaitu tujuh (30 peratus) oleh kontraktor bukan Melayu. Bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mengeluarkan 66 tender terbuka, 44 (67 peratus) diberi kepada kontraktor Melayu dan 22 (33 peratus) diperoleh oleh kontraktor bukan Melayu.


Mohd. Nor Suhaili menjelaskan, rakyat berhak mengetahui nilai sebenar tender yang dimenangi kontraktor Melayu dan bukan Melayu bagi menentukan sama ada kerajaan negeri berlaku adil atau sebaliknya. Katanya, jumlah yang dinyatakan dalam bentuk peratusan sebenarnya tidak menggambarkan nilai yang diperolehi. "Kita lihat apa yang dibuat Kerajaan Pusat selama ini, mereka selalu mengumumkan sesuatu pemberian kepada rakyat dalam bentuk nilai bukannya peratusan. "Dengan mendedahkan jumlah pemberian, kita dapat melihat secara lebih jelas nilai sebenar pemberian itu," ujarnya.

Komen Isac;

Baiknya dia.......Ye ke dia ni baik? Yelah penulis teringin jugak nak tahu tender-tender yang macam mana yang kontraktor-kontraktor Melayu dapat? Berapa nilaian kontraknya? Berapa peratusan yang kontraktor Melayu dapat berbanding nilai keseluruhan kontrak? Jika keterangan-keterangan tersebut dapat diumumkan kepada khalayak dan kontraktor-kontraktor Melayu bukan sahaja memperolehi majoriti kontrak bahkan menguasai dari segi jumlah nilaiannya juga (70% dari nilaian kontrak) mungkin LGE boleh/patut kita dikekalkan.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.