10 Feb 2010

Percubaan Menangguhkan Lagi Perbicaraan Kes Liwat Berjaya???





Kes liwat: Permohonan Anwar lucut hakim diketahui 18 Feb



KUALA LUMPUR, Feb 10 — Keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dari mendengar kes liwatnya akan diputuskan Khamis depan.


Hakim Mohd. Zabidin ketika memutuskan demikian berkata beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkan permohonan Anwar yang dikemukakan oleh peguam utamanya Karpal Singh.


Kelmarin Anwar memohon agar Hakim Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah dalam permintaan mereka agar mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia.


Prosiding itu ditangguhkan sehingga pagi ini berikutan permohonan Karpal semalam agar diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.


Karpal membuat permohonan supaya Hakim Mohd Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.


Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.


MENYUSUL LAGI





Komen Isac;


Pandainya......

2 comments:

  1. Salam Isac, inilah yang si AnuWar kata dia dikonspirasi......tetapi sentiasa berhelah bila berhadapan dengan dakwaan....... inilah chameleon...

    ReplyDelete
  2. Itulah dia Anwar Ibrahim yang kita kenal dari dulu hingga lah sekarang ini, sering menimbulkan ketidak selesaan di dalam penghakiman belaiu di Mahkamah.
    Jangan dilayan sangat dengan Pengkhianat Bangsa ini.
    Teruskan penghakiman.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.