11 Feb 2010

Pembangunan Kg. Baru - Jangan Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung Berciciran....













K'jaan cadang konsep pembangunan semula Kpg Baru
Feb 6, 10 6:24pm

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di ibunegara yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Perdana Menteri berkata di bawah kaedah pembangunan itu, yang akan dicadangkan untuk persetujuan pemilik tanah dan penduduk, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan pembangunan baru itu selepas mendapat persetujuan mereka.

Menurutnya kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan demi kepentingan penduduk Kampung Baru.

"Saya harap bila kita sudah buat cadangan yang mantap, penduduk di sini ada peluang teliti cadangan serta konsep yang akan digunakan...saya harap selepas itu penduduk terutama pemilik tanah di sini boleh menerima dan memberi persetujuan kepada cadangan kerajaan ini," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tinjauan mesra di beberapa kawasan Kampung Baru.

Najib juga berkata dalam pembangunan semula itu, ciri kebudayaan Melayu dan legasi kawasan ini akan dikekalkan di mana yang sesuai, sebagai gambaran dan imej unik kawasan ini.

Menjawab soalan, Perdana Menteri membayangkan antara aspek pembangunan semula yang bakal dilaksanakan termasuk pembangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera.

Kawasan Kampung Baru seluas 90.2hektar itu, yang berusia kira-kira 110 tahun, kini mempunyai 35,000 penduduk yang meliputi tujuh buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang.

Najib juga mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampung Baru selepas meninjau keadaan flet tersebut yang menurutnya dalam keadaan amat menyedihkan.

Komen Isac;

Sememangnya teramat bagus cadangan kerajaan tersebut. Jika cadangan pembangunan tersebut dapat direlisasikan, ianya akan dapat menaikkan nilai hartanah Kg Baru dari hanya sekitar RM 2.9 Billion kepada RM 19.4 Billion.

Adalah lebih baik jika pemilik-pemilik tanah di Kg. Baru sendiri dapat memainkan peranan di dalam membangunkan kawasan tersebut dan tentunya dengan kerjasama dari badan-badan kerajaan. Perkongsian ini boleh dilakukan dalam bentuk syarikat maupun koperasi. Bayangkan jika pembangunan semula ini dapat direlisasikan, sudah tentu kita dapat mencairkan RM 19.4 Billion asset milik Melayu/Bumiputera ke dalam pasaran modal. Selain akan dapat menaikkan nilai asset milik Melayu/Bumuputera secara langsung ia juga akan memesatkan lagi pembangunan di Kuala Lumpur, ibukota negara secara amnya.

Selain diharap pemilik-pemilik tanah di Kg. Baru ini nanti tidak akan melupuskan keseluruhan equiti mereka untuk mendapat keuntungan segara, penulis juga berharap pihak kerajaan dapat mengggantikan jumlah tanah rezab Melayu yang bakal dimajukan ini di tempat lain agar perlembagaan negara berkaitan tanah rezab Melayu terpelihara. Mudah-mudahan orang-orang Melayu/Bumuputera akan mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit mereka sendiri di pusat ibukota dengan terlaksananya projek ini nanti.

Juga harapan penulis agar pemilik-pemilik tanah Kg. Baru agar berhati-hati supaya tidak ditipu sebagaimana yang berlaku ke atas pemilik-pemilik tanah di sesetengah projek pembangunan yang terdahulu, bak kata pepatah,"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.