15 Jan 2010

TG Nik Aziz Kata Blogger Kaki Umpat - Untung Jadi PM, Selalu Dapat Buat Umrah......

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah, malam tadi. Perdana Menteri tiba di Arab Saudi kelmarin sempena lawatan empat hari ke negara itu.
- Foto Bernama.

Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100115152014/Article/index_html

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca. Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing. "Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Komen Isac;

Penulis setuju dengan Tok Guru, tetapi tok guru perlulah menasihati blogger-bloger pro pembangkang juga. Kekalahan Umno/BN di dalam PRU 12 yang lalu di sesetengah kawasan/negeri, juga antaranya disebabkan oleh "umpatan/fitnah" blogger-blogger pembangkang, termasuk yang pro Pas. Sebagai tokoh spiritual/agama Pakatan Pembangkang, Tok guru juga perlu menegur anak-anak buah Tok Guru. Mengapa tidak kita memulakan tahun baru ini dengan pendekatan yang berbeza? Kita berkempen dengan menonjolkan kebaikkan pemimpin-pemimpin/parti dan bukannya "menelanjangkan" peribadi pemimpin-pemimpin. Sebagai parti yang membawa nama "Islam" Pas bolehlah menunjukkan jalan dan menjadi teladan!!!!!


Walaupun hebat ditohmah, difitnah dan dicerca blogger-blogger dan pemimpin-pemimpin Pembangkang, Dato' Seri Najib "tenang" menjalankan ibadat tawaf di Masjidil Haram. Sejak menjadi PM ke enam lebih kurang 10 bulan yang lalu, sudah dua kali batang tubuh yang puas dihina dan dicerca ini menjadi "tetamu Allah s.w.t" di kota Mekah. Jika Allah "menerima" beliau sebagai tetamunya, siapa kita untuk menuduh yang bukan-bukan tanpa bukti dan saksi yang "adil" ? Bukan "semua" orang yang diterima sebagai tetamu......

5 comments:

  1. Pergi pun berpuluh kali tetapi bila balik Malaysia tetap perangai sama macam sebelum pergi mekah, baik tak payah. Rasuah dan tipu rakyat tetap jadi amalan UMNO jugak

    ReplyDelete
  2. Anon....anon....memang dah otak negatif, mudah2an kita sama-sama dapat petunjuk...

    ReplyDelete
  3. anon, tu antara dia dengan tuhan, yang ko sibuk-sibuk ape hal??? dia ada kacau ke kehidupan ko??

    lantak dialah...kat sana, kalau tuhan nak bagi cash, kat sana dia dapat....yang penting niat...kalau niat tak baik, tak jadi beb...ala, mamat yang dapat tajaan p mekah beberapa kali tu pun sama gak macam tu...bila dah kantoi, tak jadi pergi pulak...

    ReplyDelete
  4. Ya Zam, kawan cuba cakap berlapik dalam posting di atas.

    Yang kawan nak tekankan juga sebenarnya adalah, apabila "batalkan pemergian ke Mekah untuk buat Haji" sebab dah kecoh jadi isu "rasuah", itupun bermaksud X sampai "seru". X dapat jemputan Allah......

    Masalah dengan kita manusia, salah orang kita nampak.....Sendiri punya masuk bawah karpet....

    ReplyDelete
  5. Ala anon9:05pm... Sang Al-Juburi selalu ke luar negara, Jeddah la, Turki la, tapi berada kali dalam lawatan sesumpah tu mengerjakan umrah pun??? Pernah la kedengaran setakat ini dah dua kali sesumpah tu lakukan umrah. Tapi tak pernah ada gambar atau bukti pun.

    Cuba kalau DS Najib di'kata'kan mengerjakan umrah tanpa ada gambar, mesti pencacai macam kau tu kata "semua tu sandiwara pihak UMNO je, mana mungkin DS Najib boleh sampai ke Mekah, dosa pun banyak sangat". Betul tak???

    Lagi satu jangan cakap rasuah dan tipu rakyat tu orang UMNO sahaja yang banyak buat, cuba tengok dalam parti hamPAS dan PoKeR juga. Sang Al-Juburi tu tak pernah rasuah ke???? Sesumpah tu tak pernah tipu rakyat juga ke???

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.