16 Jan 2010

Sumpahan Terhadap Bangsa Kurdish Kerana "Dosa" Salahuddin Al Ayubi????

Ilustrasi Pelukis: Salahuddin Al Ayubbi.


Bangsa Kurdish merupakan penduduk asal wilayah Kurdistan, iaitu satu wilayah yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria dan Turki. Satu bangsa yang tidak pernah mempunyai negara hingga kini. Walaupun Salahuddin Al Ayubi adalah satu nama besar dalam dunia Islam di mana beliau berasal daripada bangsa Kurdish, sejarah bangsa ini tidak mendapat nasib yang sama.



Ramai yang beranggapan kerana marahnya Barat/Orang-orang Kristian terhadap kehebatan Salahuddin memimpin dunia Islam di dalam Perang Salib era Baitul Mukaddis, maka dunia barat telah memikirkan supaya apabila dunia Islam dipecah-pecahkan kepada negara-negara yang kecil, bangsa kurdish tidak akan pernah merasa nikmat mempunyai negara mereka sendiri. Apabila ini dapat dilakukan, maka mereka percaya bangsa ini akan sentiasa sibuk dengan masalah bangsa mereka sendiri sehingga tidak akan mampu lagi untuk melahirkan seorang pemimpin terbilang seperti Salahuddin Al Ayubbi untuk menerajui dunia Islam. Perancangan mereka ini memang menjadi, kerana sehingga kini bangsa Kurdish "ditindas" oleh saudara seislam mereka.




Begitulah dahsyat dan halusnya perancangan mereka(Barat), cuma kita (orang-orang Islam) sahaja yang buta mata dan hati sehingga kalimah Allah pun rela untuk kita kongsikan bersama. Kalau setakat kita, orang kebanyakkan yang buta hati, bolehlah tahan lagi, ini dengan sesetengah ulamak kita pun sama sekali "buta hati". Patutlah bangsa Kurdish tak pernah-pernah bangkit lagi sejak jatuhnya empayat Otthman, kita orang Melayu yang tak berapa kerat dan tidak pernah diuji sehebat itu pun tak boleh nak bangkit dan bersatu....Apa lagi mereka....
Jestru itu rakyaat Malaysia mesti bersatu!!!!! Kerana penjajahan akan menjajah kita dalam pelbagai bentuk....Barat menjajah menggunakan agama....

1 comment:

  1. sedarlah kita, bangkitnya salahudin bukan kerana bangsanya tetapi disebabkan oleh kesyumulan islam itu sendiri.
    tidak penah tinggal tahhajud antara rahsia yang ada pada pemimpin agong ini.
    begitu jd melayu, hebatnya melayu bkn kerana bangsa ini tetapi heabatnya jika amalkan islam yang mendalam...
    sekian

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.